17

328 32 0
                                    

To: Sehzade Dayyan Awak, teman saya pergi tempat abang Taim

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


To: Sehzade Dayyan
Awak, teman saya pergi tempat abang Taim. Abang sorang je lagi tak tahu kita nak kahwin.

Mesej itu Tya kirimkan kepada Sehzade beberapa minit yang lalu. Hajatnya ingin pergi ke tempat Taim bersama Sehzade untuk mengundang abangnya ke majlisnya. Tak lama kemudian, dia terima mesej balas daripada Sehzade. Dibaca barisan ayat yang tertulis di paparan skrin telefonnya sebelum mendengus halus.

From: Sehzade Dayyan
Aku tak janji, but I will try. Suddenly got an urgent call. Apa-apa pun, tunggu aku. Jangan pergi sorang.

Huh! Dia buat hal lagi. Sibukkan hal apa pula kali ini? Ingatkan bila menghitung hari nak kahwin ni, sibukkan hal kahwin sahaja. Rupa-rupanya, Sehzade masih sibukkan hal sendiri yang dia pun tak tahu apakah halnya itu.

Sehingga ke petang Tya menunggu update daripada Sehzade, namun telefonnya masih diam tanpa notifikasi daripada Sehzade. Tak betah menunggu lama, dia cuba menghubungi Sehzade. Tetapi...

"The number you have dialed..." Terus dimatikan panggilan itu selepas tiga kali dia cuba, tetap juga keluar suara operator wanita itu.

"Isy... awak ni, Sehzade. Tak pernah nak berubah," bebel Tya sendirian.

Dia perlu pergi ke tempat Taim untuk menjemput abangnya itu ke majlisnya. Taim bukan orang asing. Taim antara orang yang terpenting perlu ada di majlisnya nanti sebab itulah dia tidak lupa untuk menjemput abangnya itu sekali.

Cuma Taim seorang sahaja lagi yang belum terima jemputannya. Walaupun Tya tahu, jika hal ini sampai ke telinga Encik Osman, mesti dia akan dimarahi. Papanya benar-benar sudah membuang Taim dari keluarga sehingga awal-awal lagi papanya sudah memberi amaran kepadanya agar tidak menjemput Taim ke majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung tidak lama saja lagi.

Tapi Tya tidak mempedulikan amaran papanya. Ini majlis kahwinnya. Dia yang berhak menentukan siapa yang perlu hadir dan siapa yang tidak layak hadir ke majlisnya yang bakal berlangsung minggu hadapan. Taim abang kandungnya dan dia perlu ada. Kalau papanya buang Taim, dia tidak pernah buang abangnya itu dari hidupnya.

Nekad tidak mahu menyusahkan Sehzade yang 'sibuk', Tya akhirnya membuat keputusan untuk pergi ke tempat Taim sendirian. Alang-alang di bawah apartmennya itu menyediakan perkhidmatan teksi, jadi dia menggunakan saja pengangkutan yang ada.

Tak sampai 10 minit, pemandu teksi lelaki dalam lingkungan umur 50-an itu memberhentikannya di hadapan sebuah gudang. Di sebelah gudang terbiar itulah lokasi kegemaran tempat Taim melepak dengan kawan-kawannya. Dah lama Tya tak datang ke sini.

Kali terakhir, kira-kira tiga tahun lepas kut. Waktu itu, dia masih bersekolah di sekolah menengah. Masih segar diingatan tragedi dia diselamatkan oleh Sehzade saat dirinya hampir diperkosa oleh teman-teman abangnya sendiri.

Bukan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now