TERRBARING tubuh Tya di tanah selepas kedua-dua belah bahunya ditolak kuat oleh Nash. Tya meronta-ronta minta dilepaskan saat tubuhnya ditindih oleh lelaki itu. Ini bukan Fil Nash. Ini ialah nafsu syaitan yang sedang menguasai tubuh Nash!
Nash mengukir senyuman sinis. Sekelip mata saja, dia melucutkan bajunya dari badan. Terserdang dadanya yang putih sehingga ke pusat. Berderau pembuluh darah di dalam badan Tya melihat Nash yang sudah tidak berbaju itu.
Nash merangkak ke atas badan Tya sebelum Tya menolak dan memukul dada Nash yang berada di atasnya itu. Berharap agar lelaki itu merasa sakit dan melepaskan dirinya. Dia perlu lari selamatkan diri sebelum tubuhnya diratah oleh syaitan yang merasuki Nash.
Nash menangkap tangan Tya lalu menekannya pada tanah dengan kuat dan erat sehingga Tya tidak boleh bergerak lagi. Dikunci tubuh Tya yang berada di bawahnya. Tajam matanya menikam iris Tya, tanda amaran jika gadis itu berani melawan.
Apabila Tya semakin lemah dan tidak berdaya menolaknya lagi, Nash tersenyum sinis. Langsung tidak merasa bersalah melihat air mata yang sudah membasahi pipi Tya saat itu.
Dia lagi sedih selepas ditipu oleh gadis itu selama ini! Selayaknya dia yang menangis! Sungguh dia sakit!
"Aku dah penat jadi baik, Tya. Bila aku baik, kau tak hargai cinta aku..." ujar Nash sambil mengusap pipi Tya.
Tya mengalihkan pandangannya ke tepi. Tidak mahu bersemuka dengan Nash dalam kedudukan mereka yang sangat intim begini.
Mahu melawan, dia tahu dia tiada peluang lagi. Nash sudah mengunci kedua-dua belah tangannya.
"Mungkin kalau aku berubah sikit, hati kau pun akan berubah juga untuk aku. Maybe you like the rough kind of love, right Tya?" Nash berbisik penuh sensual.
Tya mengucap di dalam hati. Kenapa sekelip mata sahaja Nash boleh berubah begini?
Nash menahan lututnya pada tanah sebelum tangannya turun ke zip seluar. Semakin terkedu Tya melihat perbuatan lelaki itu yang sudah hilang akal. Makin kuat Tya meronta, makin ketat cengkaman tangan Nash yang menekan tangannya di tanah.
Senyuman Nash semakin sinis.
"Tya... aku terpaksa mungkir janji dengan papa kau. Mungkin kau balik tanpa dara lepas ni." Nash ketawa.
"Empat tahun, sayang. Empat tahun aku tahan dengan perangai degil keras hati kau yang susah sangat nak terima aku. Kau tahu tak sakit? Kau tahu ke tak?!" jerit Nash di wajah Tya.
"Nash, tolonglah lepaskan saya! Ini bukan awak, Nash! Fil Nash yang saya kenal takkan buat saya macam ni. Tolonglah sedar!" Tya bersuara sedikit serak, merayu-rayu lelaki itu.
"Tak, sayang. Aku nak kau bayar semula nilai titik peluh aku berkorban demi untuk pikat hati kau dengan serahkan diri kau pada aku. Malam ni kau milik aku, sayang," kata Nash seraya mendekatkan wajahnya dengan wajah Tya. Sekali lagi Tya memalingkan wajah ke tepi.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Bahagia
RomanceTiga tahun bercinta, tak pernah sekalipun topik kahwin terbit dari bibir kekasih hatinya, Sehzade. Pelik. Orang lain yang bercinta tak sampai setahun pun, dah gatal bincang nak bagi nama anak apa. Saat Tya mula mengungkit soal kahwin sekali lagi, a...