11

2.3K 235 7
                                    

DUA hari sudah pun berlalu sejak tragedi malam itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DUA hari sudah pun berlalu sejak tragedi malam itu. Semalam Tya ambil cuti sehari. Seharian dia berkurung di dalam bilik. Mengenang nasib. Kini, dia sudah tiada teman lelaki. Tiada Sehzade lagi di dalam hidupnya selepas ini.

Seharian dia meratapi Sehzade. Bergilir-gilir dengan bayangan Nash yang datang mengganggu mindanya. Sepanjang hari dia menangis.

Dalam masa satu hari, banyak benda terjadi kepadanya. Dia kehilangan Sehzade, sekali gus dia mendapat trauma atas perbuatan keji Nash. Kuatkah dia untuk menghadapi semua ini?

Tya cuma berharap agar dia tidak bertemu muka lagi dengan Nash. Dia benci Fil Nash! Dia tak rasa boleh tengok muka Nash lagi selepas apa yang terjadi. Dia mahu singkirkan Nash dari hidupnya.

Malah, dia juga tak mengaku Nash sebagai kawannya lagi!

Pagi ini, Tya datang awal ke tempat kerja. Sangat awal sehingga tempat dia selalu slide id cardnya, masih kosong dan sunyi. Dia yang paling awal agaknya hari ini.

Setelah selesai slide id cardnya di mesin yang mencatat waktu shift mula bekerja secara automatik itu, Tya bergerak ke bilik yang menempatkan loker. Kadang-kadang, dia akan meletakkan begnya di dalam loker memandangkan staf bakeri dilarang meletakkan beg di dalam bakeri.

Tya membuka lokernya sebelum memasukkan beg telekung di dalamnya. Dikemaskan kedudukan beg itu di dalam loker sebelum pintu loker ditutup dengan perlahan dan menguncinya menggunakan mangga. Mengelakkan pencurian berlaku.

Bila dia pusingkan badan, sekujur tubuh lelaki berhoodie hitam sedang berdiri di hadapannya sambil kedua-dua belah tangan diselukkan ke dalam saku hoodienya. Tya terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Lelaki itu menekur memandang lantai.

Tya memandang ke luar bilik loker itu. Tiada orang. Cuma mereka berdua di dalam bilik loker tika itu.

"Tya..." serunya seraya menaikkan pandangan.

Jantung Tya berhenti berdegup sekejap sebelum lututnya terasa lemah longlai. Tubuhnya hampir tumbang ke belakang sehingga bilik itu bergema dengan bunyi tubuhnya yang berlanggar dengan loker.

"Tya, bagi saya peluang untuk bercakap dengan awak. Please..." Lembut nada suara Nash merayu.

Sekali lagi Tya melirik ke arah luar bilik itu menggunakan ekor matanya. Dia takut. Dia perlu lari selamatkan diri, atau perkara buruk akan berlaku lagi.

Bila rasa ada peluang untuk lari, Tya membuka langkah ingin berlari keluar. Namun, pinggangnya pantas ditarik kasar sebelum tubuhnya ditolak kuat ke loker.

Gedegang! Nyaring dan kuat bunyi itu terhasil saat badannya dan loker berlaga. Tya sedikit meringis. Bila dia sedar Nash sedang mengepungnya, dia buka mulut untuk menjerit, tetapi Nash lebih cepat membaca perbuatannya.

Lelaki itu menekup mulut Tya dengan kuat. Tya meronta-ronta sebelum dia mengukir wajah minta simpati dan belas kasihan daripada Nash untuk melepaskannya pergi.

Bukan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now