22

210 22 2
                                    

HARI ini, dia sudah mula bekerja seperti biasa selepas diberi cuti kahwin selama tiga hari

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARI ini, dia sudah mula bekerja seperti biasa selepas diberi cuti kahwin selama tiga hari. Walaupun malam tadi berakhir dengan drama air mata, tapi dia tetap gembira dapat luang masa dengan Sehzade sebelum masing-masing kembali sibuk dengan kerja masing-masing.

Seperti biasa, ahli bakeri yang lain melakukan kerja mereka di bahagian masing-masing. Hari ini, Tya ditugaskan untuk menjaga bahagian donut. Jadi, kerjanya ialah menggoreng donut, mencelup donut dan menyusun donut untuk esok pula. Walaupun nampak macam mudah, tapi sebenarnya memenatkan!

Kalau chocolate bar habis, kena lari ke backroom untuk ambil yang baru. Selain itu, nak cairkan chocolate bar pun ambil masa juga. Bukan senang nak jaga bahagian donut saja! Senang cerita, setiap bahagian itu ada cabaran tersendiri.

Sedang dia membersihkan kawasan fryer donut yang baru habis diguna selepas menggoreng donut tadi, bahunya disentuh oleh seseorang dari arah belakang. Tya menoleh.

"Tya, kami keluar rehat dulu. Tya okey kan jaga bakeri? Kejap lagi Kak Qiela kau sampailah tu. Dia shift petang." Fatin memaklumkan kepada Tya. Tya sempat terpandangkan kelibat Kak Maz dan Meor yang sudah keluar dari bakeri.

Dia menganggukkan kepalanya sebagai jawapan sedia maklum yang Qiela shift petang hari ini. Diperhati ulah Fatin yang sedang menanggalkan apronnya sebelum wanita tua 4 tahun darinya itu turut keluar meninggalkan dia berseorangan di dalam bakeri.

Begitulah hari-harinya. Disebabkan shiftnya bukan seawal 6:30 pagi seperti ahli bakeri yang lain, dia terpaksalah keluar rehat lambat sikit kerana waktu rehatnya dikira selepas cukup 4 jam waktu bekerja.

Sesudah memastikan bakeri itu kosong, Tya menghabiskan kerjanya yang tergendala tadi. Dibersihkan kawasan fryer donut yang dikotori sisa minyak yang tidak sengaja ditinggalkan. Kemudian, dia menuju ke arah chiller.

Di dalam chiller, Tya menggunakan fungsi matanya untuk mencari paket mini donut.

Disebabkan Kak Maz telah masuk ke dalam frozen pagi tadi, untuk mengeluarkan donut yang beku dan memindahkannya ke chiller bagi proses nyahbeku, dia yakin paket mini donut yang dicari tidak sempat tersorok di bahagian belakang-belakang. Oleh itu, cuma dengan sekilas pandang, dia sudah jumpa apa yang dicari di atas stainless rack di dalam chiller itu.

Tangannya mencapai paket mini donut itu di atas stainless rack yang cuma separas dadanya saja. Nasib baik Kak Maz tak letak barang-barang yang dia perlukan di aras yang sukar untuk dia yang sememangnya pendek itu gapai.

Paket mini donut dibawa rapat ke dada sebelum memusingkan badannya, ingin keluar dari chiller. Belum pun tangannya mencecah daun pintu chiller, pintu itu terlebih dahulu dibuka dari luar. Fikirnya, Qiela yang baru sampai ingin masuk ke dalam chiller untuk mengambil bahan yang diperlukan, tapi alangkah terkejutnya dia saat sekujur tubuh lelaki berhoodie hitam yang tidak asing di matanya itu, memasuki ruang chiller.

Bukan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now