HARI-HARI mereka sebagai suami dan isteri berlalu seperti biasa. Dua minggu sudah berlalu sejak hari Sehzade cedera parah. Luka di tangan Sehzade juga sudah pulih.
Kini, Sehzade semakin sibuk dengan dunia pemodelannya sehingga terpaksa bekerja lebih masa. Walau bagaimanapun, mama dan papanya sudah selamat berpindah ke rumah baru mereka minggu lepas. Mereka nampak seronok dan suka dengan pemberian Sehzade itu.
Baru semalam mereka ke rumah keluarga Tya. Selepas selesai makan makan bersama, Sehzade mengajak Tya pulang. Katanya ada hal penting ingin diselesaikan. Mereka balik ke mansion Sehzade sebelum Sehzade mengatakan dia ingin keluar. Bila ditanya ingin ke mana, jawab Sehzade cuma ingin menguruskan hal penting. Sehzade sempat berpesan kepadanya agar tidak menunggu kepulangannya dan tidur awal.
Tapi Tya degil. Dia mahu tunggu juga suaminya balik. Sehingga tepat pukul 3 pagi semalam, dia tersedar dan Sehzade masih belum pulang. Dia yang tertidur di sofa ruang tamu terus bangkit naik tidur di bilik atas.
Pagi ini bila dia bangun, ruang sebelahnya sudah kosong tanpa Sehzade. Ke mana lagi agaknya si Sehzade ni?
Tya turun dari katil. Sarung tudung dan turun ke tingkat bawah. Ruang dapur dituju sambil mata mencari kelibat Sehzade di setiap ruang yang dijelajahi, tapi hampa. Tiada Sehzade. Jazel juga tiada.
Tiba di dapur, Amaia menyapanya dengan sebuah senyuman manis. Sarapan pagi sudah disediakan oleh wanita itu. Matthew yang sedang menyantap di meja makan dipandang.
"Matt. Mana Sehzade?" Tya menyoal kepada Matthew.
"Dia dah pergi awal pagi tadi, puan," jawab Matthew sebelum menyisip air teh buatan Amaia.
"Pergi? Pergi mana?" soal Tya bingung. Takkan la Sehzade menghilang lagi? Tanpa memberitahunya?
"Sehzade ada photoshoot di Shah Alam, puan," beritahu Matthew.
"Bila dia balik sini semula?"
"Esok pagi," balas Matthew lagi.
Tya angguk kepala. Dilabuhkan duduknya di atas kerusi sebelum menilik telefon. Ada beberapa notifikasi daripada Sehzade yang belum dibacanya. Notifikasi itu dikirimkan kepadanya awal pagi tadi. Pukul 7 pagi.
Awalnya Sehzade bangun, sedangkan dia lena tidur memandangkan dia tidak boleh solat. Hari ini hari terakhir. Sekejap lagi dah boleh mandi wajib.
From: Sehzade Dayyan
Abang minta maaf tak sempat nak bagi tahu Tya. Abang ke Shah Alam, ada photoshoot. Balik esok. Take care, sayin. Apa-apa, bagi tahu Matthew. I love you.Tersenyum sekejap dia membaca kiriman mesej pagi tadi itu. Baru aje nak merajuk sebab fikir Sehzade langsung tidak meninggalkan pesanan kepadanya. Rupa-rupanya, ada pesanan yang ditinggalkan berserta ucapan sayang. Berbunga hati si isteri yang membaca.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Bahagia
RomanceTiga tahun bercinta, tak pernah sekalipun topik kahwin terbit dari bibir kekasih hatinya, Sehzade. Pelik. Orang lain yang bercinta tak sampai setahun pun, dah gatal bincang nak bagi nama anak apa. Saat Tya mula mengungkit soal kahwin sekali lagi, a...