6

2.7K 241 11
                                    

"Tya, lepas ni tolong abang buat mochi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tya, lepas ni tolong abang buat mochi."

"Tya, timbangkan doh ni kejap..."

"Tya, lepas habis timbang, pergi basuh semua yang kat singki tu. Singki tu dah penuh."

Sudah masuk dua bulan dia bekerja di bakeri, kerjanya semakin bertambah. Kadang-kadang, dia kena buat kerja orang lain. Boleh dikatakan hampir setiap hari dia kerja lebih masa sebab kerja dia sendiri tak siap.

Dia pernah ditegur oleh Nash agar tidak terlalu naif dan baik dengan orang kerana di dunia luar sebegini, banyak orang cuma mahu mengambil kesempatan saja di atas kebaikan yang dilakukan. Tya tidak menafikan apa yang Nash katakan itu memang benar. Tapi, dia masih tidak merasa susah walaupun sukar untuk dia nafikan bahawa memang penat bekerja lebih masa.

Habis, apa lagi yang boleh dibuat? Terus mengeluh? Bukankah sifat itu tidak sihat dalam kita bekerja keras mencari rezeki? Kerana setiap usaha dan titik peluh ini akan diberi ganjaran yang besar daripada Allah SWT kelak.

Di atas meja stainless steel itu, sudah tersedia beberapa bahan membuat roti sosej. Ada dua paket doh 50g dan dua paket doh 60g yang sudah siap ditimbang, mangkuk besi yang berisi orange breadcrumb, mangkuk besi bersaiz besar yang berisi empat paket sosej dan akhir sekali, penggelek.

Tya menggelek doh tersebut di atas meja stainless steel menggunakan penggelek sehingga doh tersebut berubah bentuk panjang dan leper. Lantas diletakkan sebatang sosej dari bawah ekor doh sebelum digulung dengan kemas supaya sewaktu pembakaran nanti, gulungan tidak terbuka. Kemudian, Tya menggolekkannya ke dalam mangkuk besi berisi orange breadcrumb.

Untuk sentuhan terakhir, semua sosej yang sudah digulung dengan doh tadi disusun di atas tray sebelum diletakkan di atas troli. Sedang dia melakukan kerja, wajah Sehzade si kekasih hati tiba-tiba terlayar di fikiran. Kali terakhir dia berjumpa dengan Sehzade ialah sewaktu di tasik. Kini genap seminggu mereka tidak berhubung.

Sehzade umpama iklan biskut chipsmore. Sekejap ada sekejap tak ada.

Tiga tahun bercinta senyap-senyap dan ini bukan kali pertama dia menghilang lama begini secara tiba-tiba. Kadang-kadang Tya rasa seperti dia cuma persinggahan dalam hidup Sehzade. Sebelum ini, Sehzade kerap menghilang cuma untuk beberapa hari. Tapi kali ini berbeza. Paling lama. Seminggu.

Tipulah kalau dia sebagai kekasih tidak meragui lelaki itu. Apa dia buat hilang lama sangat tanpa khabar berita? Notifikasi daripada Sehzade juga sepi.

Sukar untuk dia memahami Sehzade kerana lelaki itu seorang yang susah untuk memaklumkan apa-apa berkaitan dirinya. Namun, lebih sukar untuknya menidakkan perasaannya yang sedang sarat dengan rindu. Rindukan kekasih hati.

Hasya muncul di dalam bakeri secara tiba-tiba. Terkejut Tya dengan kedatangan kawan baiknya itu.

"Sya? Awak buat apa dekat sini? Sekarang waktu rehat awak ke?" soal Tya kepada Hasya. Sambil itu, tangannya melakukan kerja.

Bukan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now