2

4.3K 294 42
                                    

HARI pertama bekerja di bakeri sungguh mencabar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HARI pertama bekerja di bakeri sungguh mencabar. Belum pun petang, namun satu badannya sudah terasa lenguh yang amat. Waktu inilah dia rasa urutan kimoterapi mama sangat diperlukan. Hari pertama bekerja, shift Tya bermula pukul 8 pagi. Pukul 7:30 pagi tadi dia sudah berada di bakeri. Tidak mahu lambat untuk hari pertama bekerja.

Sempat juga dia diperkenalkan kepada beberapa orang staf bakeri sebelum chief bakernya, Jessica, melakukan sedikit lawatan di dalam bakeri. Dia juga sudah diperkenalkan kepada alatan-alatan yang ada di dalam bakeri.  Peraturan-peraturan di dalam bakeri turut diingatkan kepadanya.

Bagi staf lelaki atau staf perempuan yang tidak bertudung, mereka diwajibkan memakai hairnet. Hal ini bagi mengelakkan rambut mereka terjatuh ke atas makanan yang bakal didisplay kepada para pelanggan.

Setiap staf telah dibahagikan tugas masing-masing. Empat tugasan termasuk membuat roti, menjaga oven, mencelup donat dan membakar pizza. Untuk permulaan hari pertama bekerja sebagai trainee baker, Tya cuma perlu menjadi tulang belakang baker yang lain. Memerhati sambil belajar.

Jadi pembantu pun sudah lenguh satu badan apatah lagi bila diberi tugasan sendiri nanti. Badannya masih belum terbiasa dengan kerja baru ini, sebab itulah dia cepat penat. Namun begitu, Tya tetap kuatkan semangat demi mencari rezeki untuk keluarganya.

Waktu rehat tiba. Tya rehat seorang diri di food court yang cuma berhadapan dengan bakeri. Dia bawa bekal dari rumah. Papanya yang masakkan untuknya pagi tadi. Bau mi goreng udang itu sejak tadi menguji rongga hidung.

Sejak Tya dibangku sekolah, papanya sudah menerapkan di dalam diri untuk berjimat dan cuma makan makanan yang dimasak dari rumah. Mujurlah papa memang pandai masak. Masakan papa juga memang sedap dan lazat.

Sedang berselera dia menyantap mi goreng udang itu, tiba-tiba ruang kosong di sebelahnya diduduki oleh seseorang. Terkejut Tya apabila lelaki itu ialah Nash. Nash memakai pakaian rasmi Aeon. Tersemat tag 'Promoter' pada dadanya. Bermaksud, Nash juga salah seorang ahli Aeon ini. Dia baru tahu!

"Ya zaujah..." tegur Nash dengan senyumannya seperti biasa setiap kali berjumpa Tya. Lelaki itu dengan panggilan 'Ya Zaujah', tidak pernah terpisah. Dari zaman sekolah lagi Nash suka menggelar Tya begitu.

Pernah dia bertanya kepada kawan baiknya, Hasya, apa maksud perkataan 'zaujah' itu dan Hasya kata, maksud 'zaujah' ialah isteri dalam bahasa Arab.

Buat pertama kali dalam hidup, dia tercekik air liur kerana terkejut. Dan sehingga sekarang, Nash masih tetap menggelarnya dengan nama itu sedangkan mereka langsung tiada ikatan suami dan isteri. Perbuatan itu buat dia berasa kurang selesa. Namun, walaupun sudah berkali-kali dia menegur, Nash tetap tidak mendengar kata.

Bukan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now