TYA memandang pantulan wajahnya di cermin. Dia nampak... berbeza. Wajahnya telah dirias dengan mekap yang ringan. Walaupun begitu, Tya tetap nampak menyerlah seperti pengantin baru. Hasil tangan jurusolek pilihan Puan Kayla.
Hari ini sudah tiba. Hari yang bakal mengubah hidupnya 360 darjah. Tak sangka dia dan Sehzade sudah berjaya sehingga ke tahap ini. Hari ini Sehzade akan menjadi suaminya, dan dia akan bergelar isteri kepada Sehzade.
"Tya..." seru satu suara dari arah belakang. Tya menoleh seraya menjawab seruan itu.
"Ya." Senyuman ceria Tya mati selepas memandang wajah Judith yang nampak tidak tenang itu. Macam ada masalah sahaja.
Janganlah ada masalah. Beberapa minit saja lagi dia bakal diijabkabulkan sebagai isteri orang. Dia tidak mahu ada masalah di saat-saat akhir begini.
Jurusoleknya Judith, atau lebih senang digelar Kak Ju itu datang menghampiri. Wajahnya berkerut gusar. Macam dia pula yang nervous. Siapa yang nak kahwin ni? Aku atau dia?
"Suami kau ni datang ke tidak? Papa kau kata dia dah tunggu lama dah. Pengantin lelaki tak sampai-sampai," beritahu Judith.
Jantung Tya yang sedang elok berdegup kencang kerana gugup nak kahwin, semakin laju berdegup selepas mendengar berita daripada Judith itu. Dengan pantas tangannya mencapai telefon di atas meja cermin. Menaip sesuatu sebelum menghantar mesej itu kepada Sehzade.
To: Sehzade Dayyan
Awak... kat mana? Awak datang tak?Janganlah dia buat hal tak datang pulak. Hari ini hari penting mereka berdua. Sepatutnya, Sehzade sudah sampai lebih awal darinya. Lelaki itu sepatutnya sudah ada di dewan sekarang.
Tidak mahu terlalu ikutkan perasaan panik dan gusar, Tya cuba tenangkan diri. Diyakinkan diri sendiri bahawa segalanya bakal berjalan dengan lancar. Sehzade akan datang untuk menikahinya. Lelaki itu tidak akan mungkir janji. Tya yakin dan percayakan Sehzade.
Bersama senyuman, dia mengalihkan pandangan ke arah Judith. Menyalurkan vibe positif kepada Judith yang masih tayang muka tak senang.
"Kejap lagi dia sampailah tu, Kak Ju. Jangan panik. Tya yakin Sehzade mesti datang," kata Tya.
"Kalau dia buat hal tak datang macam mana? Haru la majlis kau ni, Tya oi!" ujar Judith membuatkan Tya kembali berfikiran tinggi.
Kenapa Sehzade tak datang pula? Hari ini hari bahagia mereka. Lelaki itu ubah fikiran saat-saat akhirkah? Hampir bergenang tubir mata Tya memikirkan kemungkinan Sehzade tidak akan datang.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Bahagia
RomanceTiga tahun bercinta, tak pernah sekalipun topik kahwin terbit dari bibir kekasih hatinya, Sehzade. Pelik. Orang lain yang bercinta tak sampai setahun pun, dah gatal bincang nak bagi nama anak apa. Saat Tya mula mengungkit soal kahwin sekali lagi, a...