29

224 16 0
                                    

TYA mengusap lengan kekar Sehzade yang setia memeluk pinggangnya sejak tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TYA mengusap lengan kekar Sehzade yang setia memeluk pinggangnya sejak tadi. Kepala Sehzade yang berlabuh di atas bahunya membuatkan posisi baringnya menjadi selesa. Suhu bilik itu sangat sejuk, namun dengan kehangatan yang datangnya dari badan Sehzade, memberikan rasa suam pada tubuhnya.

Jarum pendek jam sudah bergerak ke angka 3 pagi, namun rasa kantuk masih belum menyapa mereka. Tya tersenyum panjang. Dia mengeratkan lagi lingkaran tangan Sehzade di pinggangnya membuatkan tubuh sang suami semakin merapatinya.

Entah kenapa, berada dalam dakapan Sehzade membuatkan dia rasa selamat dari sebarang ancaman. Rasa macam tak nak lepas.

"Don't you think I'm disgusting?"

Senyuman yang terlakar di bibir Tya tadi terus lenyap selepas mendengar soalan Sehzade. Tubuhnya juga mengeras, terkedu sekejap. Tidak mengerti maksud di sebalik soalan itu.

Tya membalikkan tubuhnya menghadap Sehzade. Kini, dua pasang mata sedang berpandangan dalam jarak yang sangat dekat.

"No. Why should I?" jawab Tya. Dahinya masih berkerut, ingin tahu mengapa Sehzade menyoalnya begitu.

"My body is covered with ugly scars. I look awful and disgusting." Sehzade menghina tubuh badannya. Tahu dan sedar yang semua parut yang cuba disorokkan dari pengetahuan Tya selama ini sudahpun dilihat oleh isterinya itu.

Di fikirannya cuma satu. Insecure. Tubuhnya terlalu banyak kesan parut kisah lama. Buruk. Hodoh. Like a beast. Tak gelikah Tya melihat badannya selepas malam ini?

Namun reaksi si isteri berbeza. Tya memegang bahu Sehzade sebelum menekap tapak tangannya di leher lelaki itu. Memandang lama ke dalam mata Sehzade yang redup.

"Tya tak benarkan abang kutuk diri sendiri lagi. Tya haramkan abang cakap buruk pasal badan abang," kata Tya, sedikit tegas dan memaksudkannya.

Dia langsung tidak jijik dengan Sehzade, sebaliknya dia gembira dan rasa cintanya kepada Sehzade semakin mendalam. Lagipun, bukankah cinta itu tentang menerima kekurangan seseorang tanpa menghakimi mereka.

"Maybe you're not perfect in other people's eyes, but in my eyes, you look perfect. Lagipun, badan abang, cuma Tya yang boleh tengok." Ikhlas nadanya berkata.

Itulah hakikatnya. Cuma dia yang nampak Sehzade seorang yang serba-serbi sempurna. Penangan cinta gamaknya.

"And..." Sehzade masih terdiam. Menanti bicara si isteri.

Namun, saat jemari Tya turun menyentuh dada bidangnya sehingga ke perut, tubuhnya mengeras. Sentuhan Tya mengalirkan suatu rasa yang tak mampu diungkapkan. Sensitif.

Dia pandang wajah Tya yang tayang senyuman menggoda. Tak tentu arah Sehzade dibuatnya. Dia berharap isterinya itu tidak melebih-lebih.

"At least, parut dekat badan abang ni buatkan abang lagi nampak hot and sexy," usik Tya seraya mengenyit sebelah matanya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 10 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Bukan Untuk BahagiaWhere stories live. Discover now