Zaril Idham digelar 'singa buas' oleh pekerjanya, kerana sikapnya yang suka mengamuk dan marah tak tentu fasal walaupun tiada kesalahan yang dilakukan. Disebabkan cinta pertamanya curang, dia tak pernah sukakan perempuan. Jikalau ada perempuan yang menggodanya, memang sedas terus dia bagi. Erin Alana seorang gadis yang happy go lucky. Dia menyembunyikan identitinya sebagai anak Dato disebabkan satu kejadian. Walaupun dia seorang happy go lucky, dia ada memendam perasaan yang membuatkan dirinya begitu merana. Erin Alana bekerja sebagai Personal Asistant Encik Zaril. Dia berjanji pada rakan baiknya Dahlia, untuk mengubah singa buas itu kepada kucing parsi. Dapatkah Erin mengubah Encik Zaril? Adakah Encik Zaril akan berputik cinta untuk kali kedua? Mengapakah Erin menyembunyikan identitinya? Nak tahu, kenalah baca! :)