HPS - EPILOG

2.9K 192 18
                                    

sebelum baca, vote dulu okay. ☆

           " Hello? "

" Kau dah siap? "

" Belum. Mak andam tengah make up kak Hannah. Why? "

" Kau dah ready? "

Dhia tertawa.

" Saya takde hal. Awak tu ha. Jangan buat malu ye ulang akad banyak kali. "

Ian mendecit.

" Aku dah practice lima kali dengan Ayril ni ha. T-tapi aku em.. nervous. "

" Selawat banyak banyak. Tak apalah ulang banyak kali pun. "

" Kau jangan tinggalkan aku tau kalau aku ulang banyak kali. "

" YaAllah awak. Cuba jangan negatif sangat? Kemain susah saya plan wedding ni dengan awak yang banyak complaint lagi. Takkan sebab awak ulang akad banyak kali saya nak tinggalkan awak? "

" Manalah tau. Hati manusia beru - "

" Jangan nak merepek. I love you, bye. "

Talian dimatikan.

Ayril yang berada disebelahnya hanya tertawa.

" Kau nak takut apa? Aku yang pertama. Baru kau. ", ujar Ayril sambil membetulkan songkok.

Ian mendecit.

" Kau salam tok kadi. Aku salam bapak kau tau. ", balas Ian.

" Apahal? Bapak aku makan orang ke? ", soal Ayril pelik.

" Bapak kau. Manalah aku tahu. "

" Setahu aku bapak aku tak makan orang. "

" Ah! Diamlah kau. "

" Kurang ajar. Aku ni bakal jadi abang ipar kau untuk beberapa minit je lagi tau. Kang aku cakap kat bapak aku takpayah terima kau jadi menantu baru kau tau. Biar kau tak dapat kahwin dengan Rose. ", ugut Ayril.

" Cubalah kau buat. Aku culik Rose biar semua tak dapat jumpa dia. ", balas Ian taknak mengalah.

" Kau - "

" Wahai bakal imam muda mama sekalian, ayahanda kalian sedang tunggu dibawah. Sila turun sekarang. Pengantin perempuan dah nak turun dah pun. ", pintas Puan Anggun laju.

" Ye ma. Kejap lagi kami turun. ", jawab Ayril.

" Tak dan tak Ayril Dian. I said now. ", tegas Puan Anggun.

Ian sudah menegup air liur.

Garangnya mak mertua dia.

" Ye ma ye. "

Mereka terus turun ke bawah bersama Puan Anggun dan mengambil tempat masing masing.

Book 1; He's Psycho SweetWhere stories live. Discover now