HPS - 28

2.3K 151 14
                                    


Sudah seminggu, Dhia dibawa oleh Zack ke suatu tempat yang tidak diketahui orang.

Semua keluarga Dhia termasuk keluarga Ian risau dengan kehilangan Dhia. Laporan polis telah dibuat. Polis sedang memburu Zack dan konco konconya.

Mereka semua baru tahu yang Zack memang dikehendaki oleh polis kerana dia menjalankan kegiatan haram dalam bisnesnya. Dia merasuah orang yang ingin bekerjasama dengannya.

Sudah seminggu juga Ian ditahan di hospital private. Zack menembak bahagian perut Ian.

Seminggu itu juga Ian tak bercakap dengan sesiapa. Hatinya risau akan Dhia. Takut akan kehilangan Dhia. Kadang kadang sampai mengamuk dan mereka tiada pilihan lain selain menyuntik Ian dengan ubat penenang.

Adrianna datang bersama Mikhael untuk melawat Ian.

" Ian. Aku datang ni bawa fav food kau. Jom makan? ", pujuk Ad.

Dia duduk di birai katil wad Ian.

Diam.

" Ian. Sampai bila kau nak macam ni? ", soal Ad lembut.

" Aku nak Ayrose. Kau faham tak? ", kata Ian bengang.

" Iye aku faham. Macam mana kita nak cari dia kalau kau tak sihat? Kau kena makan supaya kau cepat sihat. Lepastu kita pergi cari Dhia sama sama eh? Aku pun risau pasal dia. ", pujuk Ad.

" Aku rindu dia, Ad. Aku yang bersalah dalam hal ni. Dia hilang sebab aku. ", kata Ian dalam sedu sedan.

Ya, Ian akan menangis setiap kali cakap pasal Dhia.

Ad mengusap lembut belakang badan Ian.

" Aku faham. Aku dah suruh Adam dengan Khai tolong cari dia sekali. Kau jangan lah risau. ", kata Ad lagi.

" Tak apalah, aku letak makanan kau dekat sini. Nanti kau nak makan kau ambil okay? Aku dengan Mikhael nak pergi check-up. Nak ambil gambar baby. Baby, tengok ni uncle Ian sedih sedih. Baby doakan segala urusan uncle Ian dipermudahkan okay? ", kata Adrianna sambil mengusap lembut perutnya yang masih kempis itu.

Ye guys, Adrianna pregnant 2 months!

Ian hanya melihat Adrianna dengan senyuman nipis. Perut wanita itu diusap.

" Elok elok pergi check up nya. ", pesan Ian.

Adrianna mengangguk.

" Aku yakin Dhia dalam keadaan baik baik. Kau jangan overthinking sangat okay? ", ujar Adrianna.

Ian hanya diam.

" Ian, kitorang gerak dulu. ", kata Mikhael dan mereka terus keluar.

" Mummy, Ian nak Ayrose. ", kata Ian sendirian.

Dia memeluk lututnya sambil menangis.

Itulah Ian.

Menangis kerana gadis yang dicintainya.

☆ ☆ ☆

2 bulan kemudian

" Ian. ", panggil Ayril.

Ian sedang duduk diatas katil didalam biliknya yang gelap. Tingkap dikunci. Suruh makan takmahu. Bila dipaksa dia mengamuk.

Dirinya sangat tak terurus.

" Aku nak Rose. ", kata Ian.

" Sabar bro. Aku tengah usaha cari dia. ", ujar Ayril lembut.

" Tolonglah aku Ril! Aku tak boleh hidup tanpa Ayrose! Pulangkan lah balik Ayrose aku! ", herdik Ian sambil menangis.

Book 1; He's Psycho SweetWhere stories live. Discover now