Bab 13

664 50 2
                                    

Pregnant test dipegang Yasmin. Terketar-ketar tangan itu bila mendapat jawapan yang dia positif hamil. Tersedu-sedan Yasmin menangis. Ditekup mulutnya agar Ummi dan Babah tak dengar. Takutnya dengan keputusan yang dia dapat. Dia tak nak anak ini.

" Baik aku buang saja."

Tidak sempat dibuang ke dalam tong sampah. Ummi sudah merampas benda yang ada di tangan Yasmin. Terbuntang mata Ummi melihat akan garis yang sudah menunjukkan positif hamil itu.

" Apa ni Yasmin?" Kasar benda alah itu dilempar Ummi.

" Ummi... Ni bukan seperti apa yang Ummi nampak. Semua ini palsu!" Yasmin cuba menipu. Cuba disentuh tangan Ummi tapi laju tangannya ditepis.

" Anak siapa?"

" Tak Ummi, Yas tak mengandung!" Yasmin cuba menindak lagi akan kebenaran yang sebenar.

" Aku tanya, anak siapa dalam perut kau tu! Aku tak tanya benda ni tipu ke betul!" Lantang suara itu memarahi si Yasmin.

Yasmin menggeleng. Dipaut dan dipeluk erat kaki Umminya itu dengan esakan yang sudah tidak berlagu. Pasti Ummi sudah membencinya disebabkan perbuatan dia sendiri.

" Ummi... Maafkan Yasmin, Ummi... Yasmin minta ampun..." Yasmin merayu bersungguh-sungguh. Dipegang kuat kaki sang ibu bila kaki itu dialih lari.

" Aku tak ada anak murah macam ni! Kau dah conteng arang dekat muka aku, Yasmin! Aku nak letak mana muka?! Selama ini aku bagi semua benda dekat kau. Ini yang kau balas dekat aku? Huh! Aku tak sangka!" Ummi mengalihkan kakinya menjauh.

Jadi membengkak pulak marah pada Yasmin bila tengok muka itu. Dikesat kasar airmata yang mengalir. Kecewa dan sedih dengan berita yang dia dapat.

Punah hatinya bila Yasmin disahkan mengandung. Nak tipu apa lagi? Dah sah-sah dalam pregnant test tu menunjukkan garis yang Yasmin mengandung! Apa lagi yang nak ditipui?

" Apa yang bising-bising ni?" Babah dan Abang sudah masuk ke ruang dapur.

Ketar lutut Yasmin melihat pandangan tajam Babahnya itu. Takut menguasai dirinya. Lari macam mana pun dia, Yasmin tahu yang seluruh keluarga ini akan terbongkar akan kebenaran ini.

" Kau bagitahu sekarang dekat Babah apa yang terjadi. Aku nak dengar dari mulut kau sendiri. Cakap semua kebenaran. Tak payah nak menipu lagi!" Nampak sangat Ummi tengah marah. Panggilan manja untuk Yasmin sudah bertukar aku-kau. Tak ada dah Sayang-ummi.

Yasmin mengetap kuat giginya. Airmata sudah lecur memenuhi setiap ceruk pipi. Babah dan abah sudah menanti sejak tadi jawapannya. Nafas ditarik panjang dan dihembus.

" Yasmin mengandung." Senafas Yasmin mengaku.

Pang!

Pijar pipi Yasmin bila pipinya ditampar Babah. Terteleng ke kiri mukanya akibat tamparan kuat itu. Dapat dirasai pipinya sudah naik merah.

" Anak tak kenang budi! Aku bela kau dari kecil sampai besar. Ini balasan kau dekat aku?! Hah! Beraninya kau conteng arang dekat muka aku. Anak jenis apa kau ni! Tak guna!" Hambur Babah penuh kemarahan.

Bergetar hebat tangan Babah. Masih terasa tangannya menampar Yasmin tadi. Tak dapat tahan marah menyebabkan dia terus tampar Yasmin.

Syirhan hanya diam melihat Yasmin ditampar. Lagipun dia tak berhak memukul Yasmin. Cuma hatinya tetap rasa mengeleggak nak marah pada Yasmin. Diikutkan barannya memang dia turut sama menampar si Yasmin tapi disabarkan saja hatinya. Babah lagi berhak. Ingat tu!

" Ampunkan Yasmin Babah... Ummi... Abang... Yasmin dah terlanjur. Yasmin tak sengaja..." Rayu Yasmin penuh sedih.

Muka garang Babah ditatap sayu. Kedua kaki itu dipautnya tapi laju kaki itu dibawa lari dari dipeluknya. Pasti Babah dan Ummi dah jijik padanya.

" Aku tanya sekali lagi... Anak siapa dalam perut kau tu?!" Ummi menyoal untuk kali kedua.

Teragak-agak bibir itu mahu menyebut nama lelaki yang telah terlanjur dengannya. Malu untuk dia menyebut lagipun lelaki itu adalah kawan kepada abangnya.

" Syarif."

Sepatah ayat itu cukup buat abangnya tergamam. Ditenung tajam Yasmin meminta akan sebuah penjelasan. Bila dapat anggukan, tahulah Yasmin betul-betul sudah terlanjur dengan kawan baiknya itu.

" Kau tahu tak siapa Syarif tu?" Soal Syirhan yang sudah mencerlung tajam pada Yasmin.

" Ka-kawan ab-abang..." Terselit gagap akan jawapannya itu.

Tubuh Yasmin ditolak kasar sehingga jatuh ke bawah lantai. Tidak cukup itu, leher Yasmin dicekiknya. Tak dapat kawal barannya yang satu. Begitu sensitif bila mengetahui Yasmin ada hubungan dengan Syarif.

" Kau tahu tak Syarif tu buaya! Sampai bila-bila dia akan lepaskan kau macam kain buruk! Sekarang siapa nak bertanggungjawab kalau dia tak nak anak dalam perut kau tu? Hah! Cuba kau jawab!" Pekik Syirhan kuat dengan tangannya masih setia mencekik leher Yasmin.

Tak hiraukan sama sekali pukulan dan kata lepas dari Babah dan Ummi agar lepaskan Yasmin. Yang dia tahu. Dia telah dikuasai dengan perasaan marahnya.

" A-a...bang... Sa-sa...kit..." Yasmin meronta minta dilepaskan tapi sayang Syirhan masih hanyut dengan perbuatannya. Sehinggalah Babah menjerkah kuat Syirhan, baru leher itu dilepaskan.

" Syirhan! Lepas!" Jerkah Babah kuat.

Syirhan menatap garang mata Yasmin. Menghantar ugutan melalui anak mata bahawa dia masih belum habis lagi dengan Yasmin. Kakinya dihayun keluar dari ruang dapur itu.

Kunci kereta diambil. Tubuh dibawa masuk ke dalam kereta. Mahu ajar si kawan baiknya itu. Beraninya buat benda terkutuk itu dengan si Yasmin!

Sayu Yasmin melihat Ummi dan Babah yang sudah keluar dari ruang dapur. Tinggallah dia sendiri di sini menangisi nasib diri. Itulah. Terlalu ikut hati dan perasaan. Suka bergatal dengan lelaki tanpa batas beginilah jadinya. Habistu apa yang aku perlu buat saat ini? Habislah...

Buk!

Syirhan menumbuk kuat muka Syarif yang ada di dalam kelab malam. Tajam mata Syarif menusuk pada anak mata Syirhan.

" Kau ni dah kenapa? Tiba-tiba tumbuk aku tak tentu pasal." Syarif mengesat darah yang ada pada tepi bibirnya.

" Kau tanya aku kenapa? Hey! Kau rogol adik aku kenapa? Aku nak kau bertanggungjawab! Jantan tak guna!" Hambur Syirhan kuat.

Syarif terkekeh ketawa. Bait kata dari Syirhan melucukannya. Bertanggungjawab? Untuk apa? Memang taklah dia nak bertanggungjawab. Lagipun Yasmin tu mengandung anak orang lain. Tah-tah anak lelaki lain dan nak jadikan aku kambing hitam. Ceh!

" Tak nak aku bertanggungjawab. Lagipun bukan salah aku. Yasmin yang serahkan tubuh dia dekat aku. Aku sebagai lelaki yang mulia, kenalah terima." Semudah itu lelaki itu bercakap buat Syirhan mengenggam erat penumbuknya.

Buk!

Buk!

" Baik kau jadi binatang jelah! Dah buat bertanggungjawablah! Lelaki jenis apa kau ni?!" Pekik Syirhan kuat. Menguatkan ton suara agar dapat melawan muzik yang sudah kedengaran bingit sejak tadi.

" Bawak dia keluar." Arah Syarif.

Anak buah Syarif terus mengheret Syirhan keluar daripada kelab malam itu. Syarif tersenyum sinis. Menyemak je datang sini. Huh! Hilangkan nafsu aku nak enjoy malam ni.

Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️Where stories live. Discover now