Pulang saja dari restoran mewah, terus Yuni masuk ke dalam rumah sewa Dee sekaligus membersihkan diri. Rambut yang masih lembap dikesat dengan tuala. Mata meliar ke kiri dan ke kanan mencari si kawan.
Kaki dihayun turun ke bawah menuju ke ruang tamu. Wajah sugul Dee menjadi santapannya ketika dia turun tangga. Dirapati kawan baiknya itu. Punggung dilabuhkan duduk di sebelah Dee.
" Dee..."
Dee kelihatan masih mengelamun. Timbul kerutan pada dahi Yuni bila Dee mengelamun dari tadi. Kenapa ni?
" Dee... Aku panggil kau ni." Yuni mengenggam tangan kawan baiknya itu.
Spontan bahu Dee terangkat naik sebelum tangan itu panjang menggosok dada sendiri.
" Kau ni... Terkejut aku." Dee menjeling tajam si Yuni.
Yuni tersengih nampak gigi. Risau sebenarnya pada si Dee bila muka itu masih muram walaupun dia cuba menceriakan suasana dengan senyumannya. Hanya senyuman tipis Dee menyambut huluran senyuman manisnya.
" Dee... Asal kau murung sangat ni?"
" Takde apa." Dee pandang sekilas telefon pintarnya.
" Aku tak percaya. Kau ada masalah ke? Kalau ada bagitau aku." Yuni mengenggam erat tangan Dee. Senyuman manis terukir bila genggamannya dibalas Dee.
" Yuni... Andai kata kalau kawan kau selalu salahkan kau, apa yang kau akan buat?" Sedih suara Dee mengeluarkan kata.
" Maksud kau apa?"
Dee memegang telefon pintarnya. Mesej dulu-dulu dari kawan baiknya dibaca sekilas dan secara tiba-tiba airmatanya keluar. Sedih bila semuanya sudah berubah. Keadaan atau sikapnya sendiri, Dee pun tak tahu.
" Dulu... Aku rapat sangat dengan kawan aku tapi kini..."
Dee menggeleng.
" Aku bukannya tak sayangkan dia. Aku sayang, tapi setiap kali aku chat dia. Dia akan bagi bluetick atau lagi kejam dia tak balas mesej aku. Dia selalu cakap aku bagi alasan kalau aku cakap benda betul tau. Susahkan kalau orang tak faham keadaan kita?"
" Kejap, kejap. Apa kau cuba cakap ni Dee? Aku tak faham."
Dee mengambil nafas panjang lalu hembus.
" Macam ni... Aku tahu. Aku ada buat kesilapan dekat dia. Aku ada buat salah dekat dia. Aku jarang mesej dia tapi dia kena tahu yang aku tak selalunya online. Adakalanya aku boleh online sekejap je dan seterusnya aku akan tolong Mak Ayah aku."
" So... Apa motif kau bagitau semua ni?"
" Motifnya... Dia cakap aku tak pentingkan dia. Dia nak aku selalu chat dia setiap hari bila aku free sebagai tanda aku ingat dia. Tapikan... Kau tahulah aku jenis macam mana kan. Bukannya selalu free."
Yuni mengangguk faham. Susah jugak kalau ada kawan sebegini. Memang merumitkan.
" Dee... Kalau betul kawan kau tu sayang kau. Dia akan percayakan kau. Dia takkan cakap macam tu dekat kau. Dia takkan sesekali cuba buat kau sedih macam ni. Kau tak perlu hargai dia andai dia tak hargai kau."
Dee sudah mahu menangis. Ditundukkan kepalanya ke bawah. Setia tangan Yuni menggosok belakang Dee. Sedih hatinya melihat Dee sebegini. Dee terlalu baik mempertahankan persahabatannya walaupun banyak kali hati dia dilukai.
" Tapi... Aku sayangkan dia."
" Aku tahu kau sayangkan dia tapi sampai bila kau nak bagi hati kau terluka? Andai orang cakap kau lupa kawan ke apa, why not. Kau buat bodoh je. Lagipun mulut manusia ni... Dia takkan pernah diam. Ada saja manusia yang dengki dan sakit hati dengan kita." Yuni menambah perasa lagi.
" Kau tahu tak Yuni... Aku pernah tau cuba happykan dia. Aku puji dia. Aku cakap benda betul pasal dia. Tapi dia? Dia tak pernah hargai benda tu. Siap dia burukkan lagi diri dia sendiri. Aku tak suka tengok dia macam tu." Adu Dee lagi. Tapi kali ini dengan tangisan yang sudah bergema di ruang tamu.
Airmata sakit kerana terlukaan dari kawan baiknya. Dia sudah cuba membaiki keadaan tapi kenapa sukar sekali dimaafkan? Andai tak dapat memaafkan, mengapa masih mahu bertahan dalam perhubungan sahabat ini?
" Shhh... Kau jangan nangis macam ni. Tak cantik dah. Andai kau saja yang mempertahankan persahabatan ini. Ada baiknya kau undur diri. Kau cakap elok-elok dengan dia. Kalau dia cakap sayang... Kau tanya dia kenapa perbuatan dia berlawanan dengan kata? Sayang boleh diluah melalui kata dan taipan dari mesej tapi... Sayang itu adakalanya palsu."
Dee mengemam rapat bibirnya. Dipeluk Yuni erat agar dapat menenangkan hatinya yang bercelaru saat ini. Dalam persahabatan begitu sukar untuk dia membuat keputusan. Dia perlu menjaga hati semua manusia. Tapi siapa nak jaga hati dia?
" Kau jangan nangis lagi ya?" Yuni menepuk lembut bahu Dee.
" Yuni, kalau aku bagitahu hal sebenar and dia masih tidak terima. Apa yang patut aku buat?"
Yuni senyum payah. Soalan ini terlalu sukar untuk dijawab tapi diringankan juga bibirnya untuk menjawab soalan itu.
" Putus kawan secara baik."
Terdiam terus Dee bila kata itu sampai ke halwa telinganya. Bergetar tangannya. Mampukah dia menyebut perkataan itu sedangkan hatinya masih sayang?
" Tapi-"
" Sampai bila kau nak jaga hati dia Dee?"
Dee menunduk kepalanya ke bawah. Dipegang seketika dadanya. Masih terasa sakit akan setiap kata dari kawan baiknya itu.
" Sampai bila kau nak hati kau terluka lagi? Tak cukup ke dengan semua yang jadi dalam hidup kau?"
Dee tahan airmata dari menitis.
" Kawan baik kau tu tahu tak masalah yang kau hadap setiap hari?"
" Aku ada cerita sedikit tapi tak banyak."
" Baguslah macam tu."
" Asal pulak kau cakap macam tu?"
Yuni senyum sinis.
" Sebab kawan boleh jadi syaitan di belakang kita dan kawan jugak boleh tikam belakang kita."
Usai menghabiskan kata, Yuni laju membawa langkahnya naik ke atas. Sudah serik nak nasihatkan pada si Dee agar tidam berteman dengan kawan baiknya itu. Tapi mahu juga pertahankan. Sayang yang terlampau!
YOU ARE READING
Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️
RomantizmBook 12 [ ¥uπi & αrfαπ ] Saya ada di mana-mana untuk semua orang. Termasuk awak sendiri Tapi benarkah akan itu semua? Dia yang mendambakan lelaki itu dan dia yang mahukan lelaki itu dalam hidupnya. Logikkah andai dia sukakan lelaki...