Bab 36

535 40 0
                                    

Longlai langkah Yuni masuk ke dalam wad yang menempatkan abangnya, Syirhan. Mulutnya ditekup bila dia nampak keadaan Syirhan yang penuh dengan wayar. Hanya mesin yang menentukan lelaki itu hidup ataupun tidak.

" Yuni..." panggil Syirhan lemah.

Terhenti langkah Yuni yang mahu keluar dari wad Syirhan. Tak sanggup Yuni untuk berpusing mengadap Syirhan. Bila Arfan memberi isyarat agar berpaling, Yuni memejam seketika matanya sebelum tubuhnya perlahan dipusing ke arah Syirhan.

" A-abang..."

Panggilan itu buat airmata Syirhan automatik mengalir beberapa titik. Jarinya bergerak mahu panggil Yuni dan Arfan tapi jarinya tak mampu untuk bergerak lebih.

" Yuni, Arfan. Syirhan panggil korang berdua." Amir menjadi wakil kepada si Syirhan.

Dua pasangan itu mara dekat dengan Syirhan. Syirhan tersenyum bila Yuni sudah ada di depannya. Cuba digapai tangan itu. Airmata Syirhan mengalir lagi. Lupa yang seluruh tubuhnya sudah tidak mampu bergerak banyak gara-gara perlanggaran itu.

" Yuni..."

Yuni gigit bibir mendengar panggilan. Sungguh dia sebak dan sedih dengan keadaan Syirhan yang nampak tenat saat ini. Yuni memejam matanya. Beberapa titis airmata yang jatuh dibiarkan tanpa diseka. Ya Allah... Kuatkanlah aku.

" Arfan... Aku nak minta maaf untuk segala dosa yang aku lakukan."

Arfan pandang sayu Syirhan yang terlantar di atas katil itu. Nafas lelaki itu kelihatan begitu payah untuk ditarik dan dihembus. Seksanya Arfan melihatnya.

" Aku dah dapat balasan atas apa yang aku buat dekat kau..."

Menitis airmata Syirhan menuturkan kata itu. Tangannya yang sudah patah akibat dilanggar lori dikerlingnya.

" Tangan aku dah patah belah kiri... Aku dah terima balasan aku dekat dunia Arfan."

Arfan mengetap kuat giginya. Dalam diam, hatinya tersentuh dengan kata maaf dari lelaki itu. Senyuman diberi. Tak lama, kepala Arfan mengangguk.

" Aku dah lama maafkan kau."

Kedengaran helaan nafas lega keluar dari bibir Syirhan. Amir hanya pandang saja sesi luahan daripada Syirhan. Untuk menyibuk, dia sendiri sudah mahu menangis.

Tadi pun dia dah menangis disebabkan Syirhan yang tak habis-habis minta maaf dengannya. Syirhan benar-benar buat dia sebak hari ini. Mengapa dia rasa ajal Syirhan akan tiba tidak lama lagi? Adakah ia hanya sebuah rasa saja?

" Aku harap kau dapat jagakan Yuni untuk aku. Sayanglah dia. Cintailah dia. Cinta dia hanya untuk kau. Bukan untuk aku." pesan Syirhan penuh makna.

Mana tahu kalau dia dah tak ada nanti kan? Senanglah untuk Arfan jaga. Hati dia pun tenang di sana.

Arfan mengangguk. Syirhan senyum pahit. Dikerling Yuni yang masih menangis dengan airmata sudah penuh di ceruk muka itu.

" Jangan menangis..." larang Syirhan sayu.

Yuni menggeleng. Macam mana tak menangis kalau keadaan Syirhan teruk macam ni?

Syirhan menarik nafas panjang. Cuba kuatkan diri sedangkan ketika ini dia sudah rasa nafasnya makin lama semakin sudah hilang.

" Ab-abang... Nak minta maaf untuk semua dosa abang dekat Yuni. Abang tahu abang jahat... Abang kejam..."

Tangisan Yuni sudah bergema dalam wad Syirhan. Kuat tangisan itu dihamburnya. Digeleng lemah kepalanya. Melarang Syirhan burukkan diri sendiri.

" Tak, abang bukan macam tu..."

Yuni sedar airmata Syirhan sudah makin mengalir dicelah mata itu. Yuni gigit bibirnya. Tak sanggup tengok Syirhan menangis.

" Abang tahu abang banyak dosa dengan Yuni. Abang terlalu sayang dan obsess dengan Yuni sampai abang berubah jadi psiko yang terlalu inginkan Yuni. Maafkan abang..."

Syirhan mengambil nafas. Ketat terasa nafasnya. Sudah hilang nafasnya sedikit demi sedikit. Sakitnya bila dia hidup hanya bertahan melalui mesin.

" Boleh abang minta satu permintaan daripada Yuni?"

Yuni mengangguk perlahan.

" Andai ini adalah pertemuan kita untuk kali terakhir..."

Yuni mengemam rapat bibirnya. Digempal kuat penumbuknya. Menahan rasa sebak di dada yang kian membelenggu diri.

"Abang pinta... Bacakanlah yasin untuk lelaki pendosa ini. Abang tahu yang abang banyak dosa. Agaknya Allah ampun ke dosa abang?"

" No... Abang please jangan cakap macam ni. Abang takkan pergi mana-mana. Abang tak mati lagi. Jangan cakap macam ni abang..." lirih Yuni merayu pada abangnya itu.

Syirhan menggeleng lemah. Airmata sudah makin mengalir menunjukkan dia adalah lelaki yang paling lemah ketika ini. Kuasanya sebagai seorang manusia sudah hilang. Semua hak kepunyaan Allah sedikit demi sedikit sudah diambil oleh Allah. Ya... Inilah balasan untuknya.

" Abang rasa... Abang dah tak lama."

Yuni sudah meraung kuat dalam wad Syirhan. Tak membenarkan lelaki itu pergi dari hidupnya. Syirhan tersenyum sakit.

" Abang nak mintak permintaan untuk sekali lagi... Boleh?"

Yuni mengangguk laju. Tak lekang anak mata itu menatap abangnya itu. Syirhan memejam seketika matanya.

" Cium dahi abang untuk kali terakhir. Boleh?"

Yuni tergamam akan permintaan itu. Bila tak ada tanda Yuni nak cium dahi Syirhan. Syirhan ketawa kecil. Pedih sekali kedengaran tawa itu. Nafasnya dihembus lembut.

" Abang tahu... Yuni akan jijik dengan abang. Maafkan abang..."

Habis saja kata dari lelaki itu, mesin pun berbunyi menandakan lelaki itu sudah tiada di dalam dunia. Kedengaran raungan Yuni begitu kuat dalam wad itu. Penuh linangan airmata membasahi wajah itu. Dahi Syirhan dicium beberapa kali.

" Abang... Bangunlah! Yuni dah cium dahi abang. Tolonglah abang..." Yuni merayu kuat dengan suara yang sudah sengau.

Digoncang tubuh itu, tapi sayang beribu kali sayang. Tubuh itu sudah kaku tidak bernyawa.

" Abang!!!"

Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️Where stories live. Discover now