Bab 11

519 51 0
                                    

Kedengaran bunyi mesin yang berdekatan dengannya buat Yuni terjaga dari lena panjangnya. Kepala yang terasa pening diurut lembut. Mata dibuka perlahan-lahan. Siling benda utama yang dia nampak. Fikirannya terimbas kembali pada kejadian semalam.

" Arfan..."

" Yuni kau dah sedar?" Dee bangun dari kerusi bila suara Yuni kedengaran memanggil nama seseorang. Tetapi siapa?

Perlahan Yuni bangun bersandar pada kepala katil. Matanya meliar ke kiri dan ke kanan mencari Arfan tapi hanya muka risau Dee saja yang menjengah penglihatannya. Keluhan dilepaskan. Berat sekali.

Dadanya dipegang. Masih kedengaran debaran buat lelaki itu. Sungguh dia rindukan Arfan. Perlukah lelaki itu melarikan diri sehingga sebegini? Atau memang Arfan sudah tidak mahu bertemu dengannya?

" Yuni kau okay tak ni? Muka kau pucat ni. Macam ada something tak kena." Penuh risau Dee bertanya.

Yuni senyum tipis. Hambar sekali senyumannya itu. Tak dapat dia terus senyum andai dia tidak bertemu dengan Arfan. Hatinya memanggil nama lelaki itu agar ada di depannya. Dia mahu tahu kemana lelaki itu menghilang selama ini.

" Dee, siapa yang hantar aku dekat sini?"

" Aku tak tahu... Tiba-tiba ada satu doktor call aku. Dia cakap kau pengsan. Aku sampai saja dekat sini, terus dia bagi aku kunci kereta dan barang kau." Dee tuding jari pada sofa yang ada dekat dengan mereka berdua. Menunjukkan barang Yuni selamat ada di sini.

" Kau naik apa datang sini?"

" Teksi. Kau ambil kereta aku, kenderaan apa lagi yang aku ada? Lembu? Ke beca?" Perli Dee selamba.

Yuni senyum saja. Jarinya dimain antara satu sama lain. Dalam diam dia mendambakan Arfan agar datang ke mari. Wad mewah yang dia duduki saat ini dipandang seluruhnya. Mewahnya... Tak mampu dia bayar andai mewah sebegini.

" Siapa yang letak aku dalam wad VIP macam ni?"

Dee angkat bahu.

" Aku tak tahu. Yang aku tahu doktor tu cakap semua kos dah dibayar oleh seseorang. Aku dah tanya siapa tapi doktor tu cakap orang tu arahkan agar merahsiakan identitinya."

Yuni mengetap kuat giginya. Digenggam kuat tangannya agar airmatanya tak turun laju. Hampir dia nak menangis bila mengingatkan lelaki itu. Yuni tahu lelaki itu Arfan. Siapa lagi yang hantar dia selain Arfan bukan?

" Kau tak nampak ke mana-mana lelaki yang pakai hoodie warna hitam masuk wad ni?" Setitis airmata yang keluar dari celah mata dikesat lembut Yuni.

Penuh fokus Yuni melihat muka Dee. Nak dengar akan penjelasan daripada Dee tapi sayang... Dee hanya mampu menggeleng saja.

" Sorry Yuni... Aku memang tak nampak."

" Takpelah."

Yuni senyum tawar. Kaki diturun ke bawah untuk bangun. Yuni nak balik. Tak nak duduk dalam wad ini lagi. Lagipun dia tak nak terus mengingatkan lelaki bernama Arfan itu lagi.

" Kau nak pergi mana Yuni? Kau tak sihat lagi ni. Janganlah bergerak lagi." Larang Dee keras.

" Aku nak balik. Aku tak nak terus duduk sini."

" Tapi doktor arahkan kau rehat dulu. Kau still tak okay lagi ni."

" I don't care Dee!"

Mengapa kau terlalu lemah hati?

Perlukah lelaki itu menjadi seorang yang kau rindui sedangkan dia bukan yang halal untuk kau?

Yuni meraup kasar mukanya.

Ya Allah maafkan aku... Aku tahu berdosa merindui lelaki bukan mahramku. Tapi aku sendiri tak mampu mengawalnya. Mengawal rindu dan sayang pada dia.

" Kenapa kau jadi degil macam ni? Apa salahnya duduk dalam wad ni sampai esok? Lagipun dah ada yang bayar. Tak usah kau nak pening kepala."

Yuni mengetap kuat giginya. Dee tak tahu apa-apa memang senang dia cakap sebegitu. Tapi dia yang masih tak mampu melupakan Arfan buat Yuni terus mahu melarikan diri.

Andai tidak, pasti dia akan selalu terhutang budi pada Arfan dan hatinya akan lebih mengharap pada Arfan.

" Kau tak faham Dee..." lirih Yuni menjawab. Perlahan saja. Mungkin kecewa dengan diri sendiri. Kecewa bila dia dah terpaut pada lelaki yang bukan miliknya.

" Apa maksud kau?"

" Aku rindu dia..." Akhirnya Yuni meluah dengan airmata dan kali ini dia akan pastikan untuk terakhir kalinya airmata mengalir. Dia sudah tidak mahu menangis untuk Arfan lagi. Tak nak...

" Siapa yang kau maksudkan ni? Kau rindu siapa?" risau Dee bertanya. Masakan tidak risau, pipi itu sudah penuh dengan airmata.

Dee bertindak memeluk erat si kawan baiknya itu. Terhinjut bahu Yuni menandakan perempuan itu sudah teresak menangis dengan sendu yang makin kedengaran bergema di dalam wad itu.

" Arfan... Kawan lelaki yang aku kenal dari alam maya."

" Yuni..."

" Ye aku tahu. Aku tahu semua ini pelik. Mustahil dan tak betul tapi aku tak mampu Dee... Lelaki tu selalu ada di mana-mana. Dia tolong aku. Dia faham aku dan dia jugak..."

Yuni menggeleng. Makin erta tubuh Dee dipeluknya. Sudah ditahan tangisannya agar tidak berbunyi tapi apalah sangat kekuatan yang dia ada?

" Yang bayar semua kos pembiayaan hospital aku. Kau bayang? Macam mana aku nak lupakan dia? Setiap kebaikan dia bermain dalam fikiran aku. Kau tahu tak?" Hambur Yuni sepenuh hatinya.

Dalam beberapa minit, baru esakan itu terhenti. Dee merungkaikan pelukan mereka berdua. Dipegang lembut kedua bahu Yuni.

" Kau tahu dari mana dia yang bayar semua ini untuk kau?"

" Sebab dia yang selamatkan aku semalam. Dia yang cempung aku masuk dalam kereta even aku tahu, aku sedang pengsan tapi aku nampak baju hoodie hitam dia sebagai bukti." Jelas Yuni lagi.

Dikerling sekilas akan beg kertas yang ada di sisi meja. Dahi Yuni berkedut tapi tidak lama mata itu terbuntang bila baju yang dia sukakan ketika pilih dalam butik ada di sini. Bagaimana semua ini boleh berlaku?

Yuni yakin, pasti Arfan yang belikan untuknya. Siapa lagi kan? Hanya lelaki itu yang menolongnya tadi.

" Dan ini pun... Dia bagi jugak."

Yuni mengeluh kuat. Tak perlu rindu ini. Pantas dibuang saja dalam tong sampah. Tak suka tapi pada masa yang sama... Yuni sayang dengan baju kembang ini. Kegemaran kut! Gila tak nak!

Dee senyum. Kepala Yuni diusap lembut. Memberi sokongan agar terus kuat.

" Kau akan baik-baik saja. Percayakan aku. Okay?" Dee memberi kepercayaan.

" Insya Allah... Thank you Dee." Ucap Yuni ikhlas.

Tidak sedar mereka berdua sudah diperhati melalui video cctv. Tak ada apa-apa reaksi. Hanya membeku saja. Ucapan kata rindu dan sayang itu juga tidak dikatakan Nasa kerap seperti selalu. Semuanya sudah berubah. Haih...

" Saya minta maaf..."

Arfan menghidupkan enjin keretanya sebelum memandu laju pulang ke rumah.

Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️Where stories live. Discover now