Bab 15

747 58 4
                                    

" Yuni!"

" Ha!?"

Yuni tersedar dari lamunan. Baru dia ingat yang dia masih ada di kawasan parking kereta. Spontan mata Yuni mencari Arfan. Tak sedar senyuman sudah tersungging di bibir. Gembira boleh bertemu muka dengan Arfan. Dahlah handsome. Kacukan pulak tu!

" Kau ni asal? Tersenyum sorang-sorang macam orang tak betul. Kau tahu tak aku cari kau dari tadi? Kau buat apa dekat tempat parking ni?" Dee menyoal pelik.

Hanya ada Yuni saja dalam kawasan ini. Tak ada pula lelaki mahupun perempuan yang dia nampak bertemu dengan Yuni. Naik hairan dia lihat Yuni tersenyum dari tadi. Dah kena sampuk hantu ke?

" Aku dah jumpa dia, Dee." Penuh teruja Yuni bersuara.

Muka berkerut seribu Dee dilihat dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya. Hari ini hari yang paling gembira baginya. Jumpa lelaki pujaannya. Akhirnya... Alhamdulilah. Jumpa jugak!

" Kau jumpa siapa?"

" Arfan. Kawan maya aku. Yang aku selalu cerita dekat kau tu."

Dee mengangguk.

" Kau still nak kejar dia lagi ke?"

Malu-malu Yuni mengangguk. Gila tak nak, dia dari dulu lagi nak jumpa lelaki itu. Bila dah dapat jumpa ni, baik dia ambil terus peluang ini. Ya tak?

" Kalau kau kejar dia and dia still tak suka kau? Kau masih nak dia jugak ke?"

Pudar senyuman Yuni mendengarkan itu. Kepalanya dibawa menunduk ke bawah dengan bibir yang dikemam rapat. Macam mana kalau yang dikatakan Dee itu betul? Bertepuk sebelah tangankah dia?

" Tak salah kalau aku cuba kan?" Yuni memperlahankan suaranya.

Dee menghembus nafas kasar.

" Yuni..."

Bahu Yuni dipaut lembut itu agar rapat dengannya. Dipeluk erat memberi semangat pada kawan baiknya itu. Semangat agar tidak dibelenggui dengan rasa sedih lagi.

" Kau tak perlu simpan sayang dan cinta dekat lelaki yang tak hargai cinta kau. Tak berbaloi pun. Jaga maruah kau sebagai seorang perempuan. Kau tak boleh terus kejar dia. Okay?"

" Tapi-"

Tidak semena kata Yuni dicantas Dee. Tak memberi peluang pada Yuni dari bercakap. Lagipun Dee tahu Yuni mahu mempertahankan lelaki bernama Arfan itu lagi. Apa yang istimewa dekat si Arfan itu dia pun tak tahu.

" Ye... Aku tahu kau sayang dia disebabkan kebaikan dia tapi kau kena ingat... Jangan disebabkan lelaki maruah kau tergadai. Faham?" Dee menasihati Yuni.

Yuni menghela nafas berat ada betulnya nasihat Dee itu. Sudah difikir yang dia akan berhenti dari menginginkan lelaki itu tapi mampukah dia sedangkan hatinya sudah sayang pada Arfan. Haih... Sukarnya!

" Aku cuba."

Dee menepuk lembut bahu Yuni.

" Jom." Tangan Yuni digenggam erat diheret masuk ke dalam mall.

Yuni tak jadi bergerak bila Arfan sudah keluar dari tempat persembunyiannya dengan senyuman sinis. Mungkin dengar semua perbualannya tadi. Pasti Arfan anggap dia mengaku kalah kan? Biarlah. Mungkin ini yang terbaik.

" Hey asal ni?" Tak jadi Dee mengheret Yuni bila badan itu sengaja dikeraskan.

" Tak ada apa. Jomlah." Yuni mengalihkan matanya dari pandang Arfan.

Masuk saja kakinya dalam Mall terus nafas diambil. Hilang nafas Yuni bila Arfan melihatnya tadi. Itu baru tengok, tak cakap lagi kalau Arfan goda dia. Mahu pengsan Yuni agaknya.

Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️Where stories live. Discover now