Erfan pandang geram pada Arfan yang masih bersiap tika ini. Bukannya dia tak tahu yang si Arfan ni nak jumpa Mirul. Ruan sudah bagitahu akan hal sebenar. Arfan tak ada bagitahu tapi Ruan bijak meneka dari kelebihan yang dia ada.
Mereka bertiga adalah kawan baik. Erfan, Ruan dan Arfan. Kawan baik sejak azali lagi. Kerana itu mereka bertiga rapat sekali bagai abang dan adik. Arfan berumur dua puluh lima manakala Erfan berumur dua puluh tiga dan Ruan berumur dua puluh satu.
" Kau memang nak pergi sana ke?"
Arfan mengangguk. Lagipun Mirul memang tak berpuas hati dan nak jumpa face to face dengan dia. Tak kesah pun sebenarnya. Selagi Mirul tak lebih limit, dia akan okay tapi kalau dia dah lebih mungkin koma jugaklah si Mirul tu kena.
" Aku rasa Yuni perlu tahu akan hal ini." Terhenti perbuatan Arfan mengzip baju hoodienya. Kerutan dahi menampak bila tiba-tiba nama Yuni disebut. Apa kaitannya?
" Kau mengarut apa ni? Aku tak faham."
" Kau jangan buat-buat tak faham. Kau buat semua ni untuk Yuni kan? Kau ingat aku tak tahu?"
Arfan diam. Tahulah Erfan akan jawapan yang sebenar bahawa Arfan memang buat semua ini kerana Yuni.
" I don't want talk about this."
Erfan tertawa sinis. Lengan Arfan dipegang kejap. Muka dibuat sehabis serius untuk menakutkan Arfan.
" Kalau kau tak nak Yuni, aku nak."
Automatik mata Arfan sudah membesar garang. Kelihatan rahang lelaki itu bergerak-gerak menahan marah pada si kawan baiknya.
" Kau jangan berani usik dia. If not... Kau jangan tertanya-tanya kenapa mayat kau dah tertanam dalam kubur." kasar ugutan Arfan tapi tidak sedikitpun menakutkan Erfan.
Malah lelaki itu tersenyum lebar. Suka dengan permainannya yang sudah menampak lenggok cemburu dari si Arfan.
" Wait, wait, wait. Apa ni gaduh-gaduh. Macam budak-budak." Ruan cuba menegah daripada pergaduhan tercetus.
Suasana sudah tegang semacam dengan tatapan bahaya daripada Arfan pada si Erfan. Bersinar garang mata Arfan bagai harimau mahu membaham saja Erfan tika ini.
Ruan menepuk kuat dahinya bila Arfan sudah keluar dari mansion dengan muka tegang. Marah benar lelaki itu pada si Erfan tapi bukannya dia tak tahu yang Erfan jenis perangai gila-gila. Tak kesah pun bila kena marah dengan si Arfan.
" Kau ni pehal! Kau tengok Arfan dah marah. Kau takkan tak kenal dia bila marah macam mana, kalau dah marah memang takkan layanlah kita." Ruan sudah membebel geram.
Erfan buat muka. Telefon pintarnya dicapai dalam poket. Lincah jari itu menyambung game PUBG yang dia main tadi. Tak endahkan langsung bebelan daripada Ruan.
" Kau dengar tak aku bebel ni."
" Dengar. Arfan merajuk kejap je tu. Nanti-nanti aku pujuk jugak..." Penuh malas Erfan menuturkan bicara.
Ruan hanya menggeleng saja. Tiba akalnya dengan fikiran jahat. Mahu jugak tengok akan perbuatan Arfan andai tahu dia buat benda yang boleh menaikkan kemarahannya.
Yuni, Arfan ada dekat sini. Tengah jumpa Mirul. - Ruan
Ruan tersenyum sinis. Disimpan telefon pintarnya dalam poket. Senang hatinya dengan rancangan ini. Nak tengok jugak setakat mana hati batu itu akan terus membeku. Sayang ke tidak dekat Yuni dan Ruan percaya yang Arfan akan selamatkan Yuni ketika itu. Hahaha
Arfan sudah tercegat berdiri di lorong gelap hanya ditemani lampu jalan saja tapi walaupun begitu, mata itu turut meliar ke sekeliling. Mencari akan susuk tubuh yang ingin bertemu dengannya.
YOU ARE READING
Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️
RomanceBook 12 [ ¥uπi & αrfαπ ] Saya ada di mana-mana untuk semua orang. Termasuk awak sendiri Tapi benarkah akan itu semua? Dia yang mendambakan lelaki itu dan dia yang mahukan lelaki itu dalam hidupnya. Logikkah andai dia sukakan lelaki...