Yuni meliarkan matanya ke kiri dan ke kanan mencari akan si kawan baiknya itu. Sejak tadi dia mencari Dee tapi tak memunculkan diri pun. Yuni menghembus nafas kasar. Haih... mana Dee ni?
Dalam sibuk mencari, mata Yuni tertancap pada seorang lelaki yang memakai hoodie hitam. Mukanya tak nampak tapi baju itu sepertinya dia kenal saja. Dikecilkan matanya. Yuni bangun dari duduknya. Beg tangan halusnya dicapai. Lelaki yang baru keluar dari restoran mewah diikutnya sehingga sampai ke parking kereta.
" Arfan!" Laung Yuni kuat.
Automatik kaki itu sudah terhenti dari berjalan. Yuni perlahan merapati Arfan yang sedang tercegat berdiri. Ditahan sebaik mungkin daripada menangis. Tak perlu untuk dia menangis lagipun dia dah jumpa lelaki itu.
" Sekejap awak." Yuni memegang lengan lelaki itu bila lelaki itu cuba melarikan diri darinya.
Erat lengan itu dipegang. Sedikit sebanyak Yuni terasa bila lelaki itu merentap tangannya. Tak suka disentuh agaknya. Mungkin dah jijik. Kan?
" Jangan sentuh saya. Saya bukan suami awak. Kita tak ada hubungan yang halal." Lelaki itu bercakap membelakanginya.
" Ask me anything sebelum saya pergi."
Yuni merapati lelaki itu sebelum tubuh Arfan dipeluk erat. Terhinjut bahu lelaki itu kerana terkejut. Rontaan Arfan tak dihiraukan. Kemas Yuni memeluk lelaki itu. Tak mahu lepaskan walaupun sekejap. Yuni cuba menahan airmatanya tapi bagai air hujan airmatanya turun. Begitu lebat sekali.
" Awak... Kenapa menghilangkan diri? Saya rindukan awak... Saya dah lama cari awak tapi tak jumpa-jumpa. Ke mana awak menghilang?"
Arfan hanya membiarkan saja dia dipeluk. Lagipun dia tak boleh nak lari dengan keadaan Yuni memeluk dia erat sebegini. Boleh dirasai belakang badannya sudah basah gara-gara airmata Yuni.
" Saya tanya ni... Jawablah. Jangan buat saya macam ni." Yuni sudah merengek sedih pada si Arfan.
Disembam mukanya pada belakang tubuh lelaki itu. Walaupun dari belakang tapi Yuni tahu lelaki itu kacak. Masakan tidak, rambut pacak dari belakang begitu cantik menampak.
" Saya ada di mana-mana saja. Tak perlu dicari. Saya bukannya orang yang penting untuk dicari."
" Tapi awak orang yang terpenting bagi saya." Laju Yuni mencelah.
Mahu saja dipusing badan lelaki itu untuk melihat raut wajah lelaki yang dipeluknya tapi lelaki itu bijak mengeraskan badan sendiri. Tak bagi dia pusing. Sengaja lelaki itu nak menjauh dari dia kan?
" Kenapa awak diam? Awak dah jijik dengan saya ke? Kerana itu awak tak nak jumpa saya kan? Saya memang menyusahkan awak. Sa-"
" Stop talking! Nonsense! Boleh tak jangan nak burukkan diri sendiri? Sampai bila nak downkan diri sendiri? Tak boleh ke hargai dan sayang diri awak sendiri? Perlu ke nak cakap semua ni?" Nada lelaki itu kuat sedikit menandakan Arfan sedang marah. Tidak terlalu kuat. Cukup untuk dia sahaja yang dengar.
" Ta-tapi benda tu betul." Sayu Yuni bersuara.
Arfan mengetap kuat giginya. Cuba dilepaskan diri dari pelukan Yuni tapi makin kuat Yuni memeluknya. Tak nak lepaskan Arfan walaupun sekejap.
" Let me go."
Yuni menggeleng. Sekali lagi Yuni menangis bila Arfan mahu tinggalkan dia. Sanggup lelaki itu mempermainkan dia. Bila dah bertemu mahu perpisahan pula? Habistu selama ini kenapa lelaki itu menolongnya? Apa motif Arfan sebenarnya?
" Saya tak nak lepaskan awak. Saya sayang awak, Arfan. Tolonglah jangan buat saya macam ni."
Yuni teresak-esak menangis. Erat dia memeluk lelaki itu. Sungguh dia tak nak Arfan pergi untuk kali kedua. Hatinya mendambakan lelaki itu. Mahukan cinta dan sayang dari lelaki itu. Mengapa terlalu sukar untuk Arfan terima dia? Teruk sangat ke dia?
" Mudahnya cakap sayang..." Arfan tergelak sinis tapi tak lama hilang gelaknya bila bait kata Yuni keluar menyentapkan hatinya dalam diam.
" Saya sayang sebab kebaikan awak. Awak penyelamat saya. Tanpa awak, mungkin saya takkan hidup. Mungkin saya dah bunuh diri. Saya tak mengharapkan apa-apa selain cinta daripada awak. Boleh awak bagi cinta awak pada saya?"
Arfan diam. Tidak mampu dia bercakap. Lumpuh serasa peti suaranya. Tak dapat dia balas akan permintaan Yuni itu.
" Saya ada untuk semua orang termasuk awak. Tak perlu untuk mencintai lelaki seperti saya. Saya tak perlu dicintai."
Yuni mengetap kuat giginya. Dicengkam baju lelaki itu kuat. Mengharap pada lelaki itu. Sakit hatinya dengan pengakuan lelaki itu. Tak perlu cinta? Nak buang dia macam tu je ke? Sampai hati...
" Awak nak buang saya, Arfan? Kalau macam tu ada baiknya saya mati saja. Tak ada orang yang suka saya pun dalam dunia ni. Nobody loves me. Nobody!" Yuni menjerkah lantang. Emosinya sudah tidak stabil. Marahnya makin kuat terasa tapi hilang seketika marahnya bila Arfan mengenggam tangannya. Baru dia perasaan Arfan pakai sarung tangan. Tapi walaupun pakai sarung tangan masih terasa hangat bila tangan itu bersatu dengan tangannya.
" Aku sayang kau."
Yuni tergamam.
" Tapi hanya sebagai seorang kawan."
Arfan memusing tubuh mengadap Yuni. Kini dia sudah bersedia untuk menunjukkan mukanya pada Yuni. Lagipun untuk apa dia sembunyikan lagi. Sudah semestinya dia akan bertemu jugak dengan Yuni nanti.
Yuni kelihatan tergamam bila muka kacak China campuran Melayu itu menjadi santapannya. Mahu saja disentuh tapi laju lelaki itu menepis. Tak suka dia sentuh. Ish! Orang sentuh pun tak boleh!
" Tapi saya tetap sayang awak lebih daripada seorang kawan." Tegas Yuni dengan sekali pakej kakinya dihentak beberapa kali.
Geramnya pada Arfan yang menolaknya. Muka beku lelaki itu ditenung tajam. Sedikit cair Yuni bila lelaki itu memasukkan tangan ke dalam poket baju hoodie. Bila orang handsome buat macam tu rasa macam nak makan pulak. Uishh gatai eh kau Yuni!
" Tapi saya tak sayang awak."
" Saya akan buat awak sayangkan saya." Yuni tersengih menampakkan gigi.
Kerutan pada dahi lelaki itu menampak. Kening diangkat tinggi dengan senyuman sinis. Dirapatkan jarak antara mereka berdua. Spontan kaki Yuni mengundur ke belakang. Yuni telan air liur kasar bila belakang badannya sudah tersekat pada kereta.
" Kalau betul sayang... Buktikan. Make me fall in love with you. i dare you..." Sinis lelaki itu berkata sebelum tubuh itu dibawa pusing ke belakang.
YOU ARE READING
Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️
Roman d'amourBook 12 [ ¥uπi & αrfαπ ] Saya ada di mana-mana untuk semua orang. Termasuk awak sendiri Tapi benarkah akan itu semua? Dia yang mendambakan lelaki itu dan dia yang mahukan lelaki itu dalam hidupnya. Logikkah andai dia sukakan lelaki...