Yuni bangun dari tidurnya. Mukanya diraup kasar. Yuni menggeliat halus tapi tak sempat nak geliat habis tubuh Arfan sudah menjadi penghalang. Senyuman terkutik apabila raut wajah kacak Arfan jadi santapan utama.
" Abang... I love you!" Kedua pipi Arfan diciumnya.
Yuni bangun dari katil walaupun sedikit sukar. Dipaut tangannya pada dinding untuk berjalan masuk ke dalam kamar mandi. Sesekali ringisan sakit kedengaran keluar dari bibir Yuni.
" Okay tak ni?"
Terkejut Yuni bila Arfan tiba-tiba muncul di depannya memapah tubuhnya dari jatuh. Pinggangnya dirangkul erat tak nak bagi jatuh.
Comel muka Arfan bila mengenyeh mata. Terkerdip-kerdip mata itu cuba menyegarkan matanya yang masih terasa mengantuk.
" Abang tidurlah balik. Yuni boleh jalan. Lagipun dekat je kamar mandi ni." Yuni kerling sekilas Arfan yang hanya memakai boxer itu. Malunya bila teringat balik apa yang terjadi semalam. Tak dapat lupa layanan Arfan yang begitu mengasyikkan.
" Tak payah mengada."
Terjerit kecil Yuni bila tubuhnya tiba-tiba melayang ke atas. Arfan mencempungnya masuk ke dalam kamar mandi.
" Lepas dah siap panggil aku."
Tak semena Yuni pegang erat lengan Arfan bila lelaki itu sudah mahu keluar dari bilik air.
" Kenapa?"
" Can you call me baby?" pinta Yuni penuh mengada.
Kerutan pada dahi menampak. Masih kurang mengerti akan permintaan sang isteri. Panggilan 'baby' buat Arfan rasa geli tak tahu kenapa.
" Kenapa tiba-tiba?"
Yuni buat muka cemberut. Ada saja alasan lelaki itu sedangkan sebagai suami isteri memang wajib panggilan sebegitu diguna pakai. Baru nampak sweet. Ni tak, aku-kau. Ish! Apa ni!
" Mana ada tiba-tiba. Okaylah panggilan macam tu. Cute apa! Lagipun saya kena hormat awak sebagai seorang suami dan awak kena tunjuk sayang pada saya dengan panggilan macam tu." jelas Yuni panjang lebar.
Arfan garu kening tidak gatal. Walaupun fikirannya rasa tak logik dengan penyataan Yuni tapi diangguk malas jugak.
" Kena panggil baby jugaklah ni?"
" Wajib! Faham!"
Arfan geleng kepala. Sama sekali yang dikatakan Yuni tak nak diikutnya. Lagipun bibirnya terasa berat nak keluar perkataan romantik sebegitu. Lain macam lidah bila sebut perkataan itu.
" Susahlah nak sebut perkataan tu, berbelit lidah. Nanti tersebut benda lain." Tanpa sedar lelaki itu merengek manja.
Yuni tertawa kecil. Dipeluk pinggang sang suami. Muka tawar Arfan ditatapnya. Benci sangat dengan gelaran baby sampai muka pun dah macam tertelan ubat.
" Cuba sebut."
" Ba..."
" Ba**"
Yuni menekup mulut sang suami. Tajam Yuni menatap anak mata Arfan. Sengihan lelaki itu menampak dengan garuan kepala. Dah cakap yang dia tak boleh sebut, nak jugak. Kan dah terkeluar benda yang tak sepatutnya.
" Okay, cuba abang sebut sayang pulak."
" Ayam." Laju Arfan menyebut.
Yuni cekak pinggang. Arfan nampak sengaja tak nak panggil dia sayang. Agaknya memang tak sayang dekat Yuni.
" Hey, bukan ayam. Tapi sayang."
Arfan senyum sinis.
" Ayam."
" Kalau abang sebut lagi panggilan ayam tu, maksudnya abang tak sayang Yuni." Yuni peluk tubuh.
" Memang tak sayang pun."
Yuni mengetap kuat giginya. Kaki dihayun perlahan keluar dari bilik air. Ditepis kasar tangan Arfan yang mahu memapahnya.
" Lepaslah! Cakap tak sayang, kalau tak sayang tak payah ambik kesah dekat Yuni. Senang bukan?"
Arfan merentap kasar tangan Yuni. Automatik tubuh Arfan dipeluknya. Yuni menolak kasar dada sang suami. Dengusan kasar keluar dari bibir bila Arfan sudah mengenggam erat tangannya.
" Lepaslah! Yuni tak suka abang pegang tangan Yuni."
" Nak pergi mana?"
Yuni merentap kasar tangan sang suami.
" Nak balik rumah Papa. Tak nak tinggal dengan lelaki yang tak sayang Yuni."
Yuni menjeling tajam Arfan. Disembunyikan senyuman yang sudah terkutik. Bukannya Yuni tak nampak muka Arfan sudah keruh. Pastinya tak bagi kebenaran kalau dia balik rumah Papa. Dan yeah... Betul apa yang dikata bila Arfan sudah pandang tajam ke arahnya.
" Aku tak benarkan kau balik sana. Kalau si Syirhan tu kacau kau lagi macam mana?" Tekan Arfan dengan suara yang tertahan dari menghamburkan kemarahan.
Tak berkelip mata Arfan menatap muka cantik Yuni. Yuni buat tak tahu dengan kemarahan sang suami. Kuat tangan itu ditepis bila Arfan cuba meraih tangannya.
" Suka hati dialah nak kacau. Lagipun dia sayang dekat Yuni, why not Yuni pilih dia! Kalau nak dibandingkan dengan abang yang tak sayang Yuni." rajuk saja dari nada suara Yuni.
Yuni mengemam rapat bibirnya. Nafas dihembus lembut sebelum langkahnya dibawa berpusing ke belakang. Nak keluar dari bilik air. Nak merajuk!
" Sayang..."
Untuk panggilan itu, automatik senyuman Yuni melebar. Langkah Yuni terhenti. Senyuman terkutik dibibir bila pinggangnya dipeluk sang suami.
" Puas hati?"
" Hmm..."
Yuni mengeraskan hatinya. Senyuman sehabis baik disembunyikan bila Arfan sudah pusing tubuhnya mengadap lelaki itu. Yuni buat muka beku. Sengaja nak uji Arfan sebenarnya.
" Sekarang ak-"
" Ha aku lagi. Bahasakan diri abang dan sayang bukan aku dan kau. Nak Yuni balik sana ke?" ugut Yuni tanpa gentar.
Arfan mengeluh kuat. Mahu saja dilumatkan bibir yang sedang bercakap dengannya tika ini. Ada saja alasan yang buat dia kalah dengan sang isteri.
" Abang minta maaf. Dah, sekarang dah puas hati?" berbaur sindir dari bicara itu.
" Tak puas hati lagi. Abang tak ikhlas."
Arfan mengetap kuat giginya. Digempal penumbuk geram. Disabarkan hati bila kemarahannya hampir memuncak. Masakan tidak, Yuni sengaja mengujinya sebegini rupa!
" Sayang... Sayang comellah. Buat abang geram nak picit pipi sayang." penuh dengan nadas geram Arfan berbicara.
Yuni ketawa kecil. Pipi Arfan dicubit dan diciumnya. Tak susah pun nak panggil dia sayang. Kan senang macam ni. Yuni pun jadi senang hati. Hehehe
" Yuni nak mandi kejap. Abang pergi masak untuk Yuni tau. Sayang abang!"
" Sayang sebab abang masak je ke? Bukan sebab lain?" Ada nada rajuk dari suara itu.
Yuni menggeleng. Tawa kecil terhambur juga walaupun dia menahan. Arfan terlalu comel bila cemburu dan ketika marah. Macam mana dia nak stop diri dari jatuh cinta dengan lelaki yang bernama Arfan ini?
Yuni menolak tubuh Arfan dibawa keluar. Dijengket kaki agar menyamai tinggi sang suami dan dibisikkan sesuatu.
" Yuni sayang abang sebab abang jantung Yuni. Kalau abang takde, maybe Yuni akan mati. I love you my baby boo..." Bisik Yuni menggoda.
Usai habiskan ayat, mata dikenyit menggoda sebelum langkahnya dibawa masuk ke dalam kamar mandi. Arfan senyum kecil kepala ditunduk seketika sebelum dia berdehem.
Membetulkan suara sekaligus membetulkan rasa hati yang kian berdebar dengan tingkah menggoda Yuni. Arfan pandang sekilas mukanya pada cermin solek. Mukanya diraup kasar bila mukanya sudah berona merah. Apa-apa jelah!
YOU ARE READING
Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️
Storie d'amoreBook 12 [ ¥uπi & αrfαπ ] Saya ada di mana-mana untuk semua orang. Termasuk awak sendiri Tapi benarkah akan itu semua? Dia yang mendambakan lelaki itu dan dia yang mahukan lelaki itu dalam hidupnya. Logikkah andai dia sukakan lelaki...