Sudah seminggu kejadian Arfan pergi dari hidupnya. Telefon yang ada di tangannya dilihat dengan keluhan berat. Sukarnya untuk dia menghilangkan rindu dia pada si Arfan. Hatinya berat untuk menukar nombor dan ia. Sehingga kini dia tidak jadi untuk menukarnya.
Benar,
Dia tidak kenal siapa lelaki itu dan dia jugak tidak tahu berapa umur Arfan. Lelaki itu terlalu misteri sehingga dia sendiri adakalanya naik pelik bila lelaki itu tahu semua benda tentangnya. Bagai mengetahui akan setiap masalah yang dia ada.
" Arfan... Saya rindu awak. Kenapa awak tinggalkan saya macam ni?" Yuni bersoal jawab sendiri dengan airmata yang sudah penuh pada ceruk pipinya.
Setiap mesej dibaca Yuni untuk menghilangkan rindunya pada lelaki itu. Bertapa sayangnya dia pada si Arfan. Masih Yuni ingat akan tiga pesanan lelaki itu padanya.
Pesanan satu saya umpama bayang-bayang dan saya akan kembali.
Pesanan kedua hidup kita ada dua jalan, jika tersilap langkah, cari kehidupan yg lebih baik.
Pesanan ketiga, saya ada, di mana-mana untuk semua orang. Termasuk awak sendiri.
Sebak di dada bila membaca semua pesanan lelaki itu. Seminggu jugak dia menangis di dalam bilik tak keluar makan dan tidak mandi.
Yuni memejam erat matanya. Mengharap agar ketenangan menusuk masuk ke dalam dirinya tapi sayang, makin terasa gelisah kerana rindu pada lelaki itu.
Tak lama lena sudah mengulit dirinya. Dengkuran halus kedengaran menandakan Yuni sudah tidur.
Beberapa jam kemudian, bunyi getaran pada tilam katilnya buat lena Yuni terganggu. Mata Yuni tercelik buka. Spontan matanya mengerdip perlahan sebelum anak mata mencari jam di dinding.
Sudah pukul tujuh pagi. Telefon pintarnya dicapai dan dibuka. Garis halus muncul pada dahi licin itu bila nombor yang amat dia kenali menelefonnya beberapa kali. Mesej biasa juga ada disampaikan lelaki itu. Dibuka mesej itu.
Fan takde, dia excident, sekarang ada dekat hospital sedang koma. -Syafiq
Tak dapat ditahan lagi, airmata terus mengalir laju di pipi. Berita yang dia dapat dari nombor Arfan membuatkan jantungnya luruh. Sesak dadanya menahan rasa bercampur baur dalam hatinya. Sebaknya. Ya Allah...
Arfan ada tak?
Lama dari itu menunggu akan mesej darinya. Begitu mendebarkan hati. Berdetak hebat jantung Yuni bila lelaki itu hanya diam saja dalam nesej biasa. Terasa geram mahu menghempas telefon pun ada. Dengan airmata dari tadi mengalir tak henti. Ya Allah...
Boleh saya call awak sekejap -Yuni
Kerana tidak dapat menanti dalam masa yang lama, laju jari Yuni menekan butang call. Talian bersambung selepas beberapa minit.
" Fan tak ada, dia ada dekat hospital."
" Macam mana boleh excident? Teruk ke sampai koma macam tu?" Dengan linangan airmata Yuni menyoal.
Teresak-esak Yuni dalam bercakap. Payah untuk dia keluarkan kata tapi disebabkan sayang dia pada Arfan. Dia mahu tahu. Bagaimana dan apa yang terjadi?
" Tenang dulu. Sabar. Aku nak bercakap macam mana kalau kau menangis tak henti dari tadi." Kasar lelaki itu memujuk tak ada lembut langsung.
Tapi Yuni terlalu lemah. Dia tak dapat halang daripada airmatanya mengalir. Sudah dikesat beberapa kali tapi masih juga airmata dan esakan kedengaran. Ya Allah... Kuatkanlah aku.
" Aku bagi kau nombor ibu. Kau call ibu."
" O-okay."
Yuni laju mendail nombor telefon ibu yang diberi Afiq tadi. Tak sampai beberapa minit talian bersambung.
" Assalamualaikum."
" Waalaikummusalam."
" Boleh saya tahu siapa dalam talian?"
" Saya Yuni. Kawan Arfan, boleh saya tahu keadaan Arfan saat ini? Ada apa-apa yang teruk ke?" Bertubi-tubi peluru soalan daripada Yuni. Terdiam orang di sebelah sana.
" Maaf cik, saya tak kenal lelaki yang bernama Arfan. Anak saya namanya Erfan. Bukannya Arfan."
Yuni mengemam rapat bibirnya. Perasaan tika ini bercampur baur. Ada rasa lega dan ada juga rasa tidak enak. Habistu kalau bukan Arfan? Siapa Erfan? Aduh! Pelik!
" Okay Puan. Terima kasih ya."
Tut.
Usai menghabiskan kata, Yuni terus mendail nombor Afiq. Nombor yang sama Arfan gunakan.
" Ha! Hello." Tak sempat bagi salam terus lelaki itu menjawab sebegitu.
" Assalamualaikum."
" Ha Waalaikummusalam. Asal call aku?"
" Fan tu bukan Arfan ke?" Direct Yuni bertanya soalan yang sudah terasa sesak di dalam hati. Nafasnya tersekat bila soalan ini masih membelenggu dalam otaknya.
" Kau kenal Fan?" Kini lelaki itu pulak menyoal.
" Kenal. Kenal sangat. Dia kawan saya." Laju Yuni menjawab. Masih terasa rindu yang menggebu buat lelaki itu. Haih... Di mana awak, Arfan?
" Habistu kenapa kau nangis sangat? Yang excident tu abang aku, Erfan bukannya Arfan."
" Habistu yang awak cakap Fan Excident?" Pelik Yuni menyoal.
" Yang Excidentnya abang aku, Erfan bukannya Arfan."
Dan serentak lelaki itu menghabiskan kata Yuni terus menghamburkan ketawa kuat. Tak henti Yuni ketawa. Hanya disebabkan dia salah faham buat dia menangis sampai mati laki. Ya Allah... Malunya!
" Kau ingat Arfan ke yang excident."
" Ha ah. Saya ingat dia yang excident. Tak expect abang awak yang excident. Sorry."
Yuni meneruskan gelaknya. Tak dapat dia tahan dari ketawa. Masih dia ingat bertapa dia menangisnya bila dapat tahu berita tentang excident yang diberitahu Afiq.
" Kelakarlah. Aku tak boleh stop gelak."
Afiq juga turut ketawa dalam talian. Tergeleng kepala lelaki itu. Mati-mati dia ingat Yuni kenal dengan si abangnya. Ingatkan Yuni cinta mati si abang. Rupanya salah orang. Adeh!
" Aku nak ingatkan kau satu hal. Jangan call nombor ini. Hanya untuk hari ini kau boleh call."
Terhenti terus ketawa yang dihambur Yuni. Terdiam Yuni seketika cuba memahami akan bait kata dari lelaki itu.
" Kenapa tak boleh call? Ni kan nombor Arfan."
" Bukan. Arfan sudah bagi simcard ni dekat aku. Aku harap kau tidak akan call nombor ini lagi."
Terselit kekecewaan dalam hati Yuni bila dia sudah tidak dapat call nombor ini. Habistu macam mana aku nak cari Arfan? Mana Arfan?
" Mana Arfan?"
" Aku tak tahu, Arfan menghilang. Dia hanya bagi aku simcard ni untuk disimpan dan diguna. Just that."
Yuni mengigit bibirnya. Hatinya terasa hancur lebur. Tubir mata terasa berair. Tanda tanya penuh dalam kepala bila Arfan sudah tidak dapat dia contact lagi. Ya Allah... Mana lagi harus dia cari Arfan?
" Maaf aku kena tutup. Bye."
Sejurus kata itu dihabiskan, terus telefon Yuni terjatuh diatas tilam. Esakan kini kedengaran penuh di dalam bilik itu. Esakan rindu pada si teruna yang bukan miliknya dan juga lelaki yang dia tidak pernah lihat dari rupa dan suara. Sungguh dia rindukan Arfan.
" Arfan... Saya rindu awak. Awak tak rindukan saya ke?"
Yuni memejam matanya. Tubuh dibawa berbaring di atas katil dengan linangan airmata sebelum mata itu tertutup rapat dengan dengkuran halus menandakan perempuan itu sudah diulit lena.
YOU ARE READING
Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️
RomanceBook 12 [ ¥uπi & αrfαπ ] Saya ada di mana-mana untuk semua orang. Termasuk awak sendiri Tapi benarkah akan itu semua? Dia yang mendambakan lelaki itu dan dia yang mahukan lelaki itu dalam hidupnya. Logikkah andai dia sukakan lelaki...