Yasmin makan dengan berselera sekali makanan yang ada di ruang dapur. Selera makannya begitu kuat beberapa hari ini. Nafsu makannya juga makin bertambah.
" Ambikkan aku air sekejap." Arah Yasmin pada Yuni yang baru masuk ke ruang dapur.
Yuni buat tak endah. Air Dutchlady yang ada dalam peti dituang ke dalam gelas. Diteguk rakus sambil mata mengerling pada si kakak tirinya yang sudah pandang dia lain macam.
" Kau pekak ke? Aku nak air! Bak sini sekarang!"
" Kau nak air, ambiklah sendiri. Kau ada kaki, tangan. Semuanya sempurna. Takkan segelas air pun malas nak ambik?" lawan Yuni tanpa gentar akan cerlungan tajam dari Yasmin.
Yasmin mengetap kuat giginya. Seleranya untuk makan mati begitu saja kerana Yuni. Nasi ayam yang dia makan pun rasa nak disembur saja pada Yuni. Baru padan muka!
" Kau memang anak kurang ajar kan? Malang betul siapa yang dapat kau." Ejek Yasmin dengan senyuman sinisnya.
" Oh... Really? Kalau aku malang pun. Aku rasa kau lagi malang. Sebab apa? Sebab kau ni pemalas! Nak apa-apa je suruh orang, mengarah orang. Kesian suami kau nanti..." Yuni sambung mengejek.
Yasmin apa lagi? Berasaplah jadinya!
Ummi yang baru masuk ruang dapur itu dipandang sebelum mulut murai itu merengek mengadu pada si Ummi akan perangai Yuni.
" Ummi... Yuni ni kurang ajar. Orang mintak tolong pun dia nak marah orang bagai padahal tak berat pun. Ambil air aje pun."
Yuni buat muka. Gelas yang sudah dibasuh diletak pada pengering. Telinga dipekakkan saja dari mendengar aduan daripada kakaknya itu. Lantaklah!
Mahu keluar dari dapur tapi belum sempat buat apa-apa, lengannya sudah dipegang Ummi. Yuni merentap kasar tangannya.
" Jangan pegang Yuni boleh tak? Rimaslah!"
Macam biasa, Yuni pasti berkurang ajar. Untuk berbaik dengan Ummi, Abah, Kakak tiri dan Abangnya memang taklah! Makin benci adalah!
" Boleh tak Yuni jangan jadi kurang ajar sangat? Siapa yang ajar ni? Ummi dan Abah tak pernah ajar Yuni jadi kurang ajar macam ni!" Kuat suara itu yang sudah kedengaran tegas.
Yuni tergelak sinis. Sekali dengan mimik muka begitu jengkel. Semua kata yang keluar dari bibir Ummi buat dia rasa nak tergelak. Tak ajar? Dah selama ni sibuk dengan kerja macam mana nak ajar?
Yuni tahu berdosa dia kurang ajar dengan Ummi dan Babah. Tapi dia jadi macam ni kerana manusia.
Ingat!
Manusia takkan berubah tanpa sebab! Manusia akan berubah kerana perbuatan manusia.
Dan perbuatan Ummi dan Babahnya yang terlalu sibuk kerja memang buat dia jadi sebegini.
Ditambah lagi Babah dan Ummi begitu back up kakak tiri dan abangnya itu. Lagilah buat Yuni memberontak sebegini. Semua salah dia. Ha memang dia yang salah pun!
" Kurang ajar macam mana tu Ummi? Boleh ajarkan Yuni tak?"
Ummi sudah mencerlung tajam pada Yuni. Tangannya sudah gatal mahu menampar Yuni tapi ditahan sebaik mungkin daripada buat sedemikian rupa.
" Yuni jangan sampai sabar Ummi hilang. Behave! I'm your mother. Remember that!" suara itu sudah menekan. Menahan diri daripada marah. Tapi sedikitpun tidak menggentarkan Yuni.
" Yuni tahu Ummi, ibu Yuni tapi... Yuni takkan sesekali lupa semua perbuatan Babah dan Ummi. Mana Ummi dan Babah bila Yuni nak? Mana kasih sayang yang Yuni pinta? Lima tahun! Lima tahun Yuni dibiar macam binatang. Ummi dan Babah ada peduli? Takde kan? Jadi mulai harini. Tak payah kisah dengan perangai Yuni. Perangai Yuni macam ni pun sebab korang semua. Ingat tu!" Usai menghabiskan kata, terus Yuni naik ke tingkat atas masuk ke dalam biliknya.
Kelihatan Ummi dan Yasmin tergamam tapi Yuni buat tak tahu saja. Puas hatinya dapat menghamburkan marahnya. Geram!
Disebabkan terlalu rasa rimas dan panas buat Yuni laju mencapai tuala mandi dan masuk ke kamar mandi.
Dalam beberapa minit, baru Yuni siap menyegarkan dirinya. Alhamdulilah... Lega!
Yuni keluar dari bilik air. Rambut panjangnya yang masih lembap dikesat. Kulit pipi dalam digigit lembut. Gelisah menyelubungi diri bila teringatkan mesej antara dia dan Arfan. Agaknya berjayakah lelaki itu hack telefon Mirul?
Ting!
Bunyi mesej masuk buat Yuni laju mencapai telefonnya. Nama Arfan tertera buat senyuman Yuni melebar. Jujur dia rindukan lelaki itu tapi pantaskah dia merindui sedangkan dia tidak mengenali lelaki itu?
Yuni menggeleng laju. Biarlah! Abaikan saja.
Semua dah settle. Awak tak perlu risau apa-apa lagi. -Arfan
Yuni menghela nafas lega. Mukanya diraup. Bersyukur dengan semua yang telah terjadi. Senyuman lega terukir. Tidak sempat tersebar di seluruh dunia. Alhamdulilah...
Bagaimana awak lakukan sehingga semua ini boleh selesai? -Yuni
Saya hack semua yang ada dalam telefon Mirul-Arfan
Hanya itu yang dikatakan Arfan. Tidak lekang bibir Yuni dengan senyuman. Bersyukurnya kerana Allah menemukan dia dengan Arfan yang dapat membantunya.
Mungkin malam ni, kali terakhir kita akan chat. -Arfan
Dang!
Mendengarkan itu buat Yuni sudah tidak senang duduk. Dalam diam, hatinya mendambakan lelaki itu agar selalu ada dalam hidupnya. Lelaki itu penyelamatnya. Yuni akui yang dia sudah tersayang lelaki itu.
Saya terpaksa block semua contact kerana telefon saya sudah discan polis. -Arfan
Yuni menggeleng. Tubir matanya terasa berair dan sepantas itu, airmatanya turun laju ke pipi. Esakan juga makin kuat diselangi dengan sendu. Yuni tak nak perpisahan ini.
Walaupun perkenalan mereka berdua hanya singkat dalam online wasap tanpa call dan suara. Tapi hatinya sudah menyayangi lelaki itu. Sayang kerana kebaikan lelaki itu padanya.
Arfan cakap... Tak boleh call, hanya boleh bermesej saja. Itu menyebabkan Yuni tidak cuba call lelaki itu. Arfan cakap lagi... Bahaya kalau dia call lelaki itu.
Yuni menaip beberapa kata dengan hati yang sudah dipagut sayu akan kehilangan lelaki itu.
Kenapa terlalu sekejap? Awak nak pergi mana? Awak nak tinggalkan saya ke? -Yuni.
Dengan linangan airmata Yuni menanti lelaki itu menaip. Ikut hatinya saat ini. Memang dia tidak kuat untuk menaip tapi demi sayang dan cinta yang sudah ada untuk lelaki itu. Dia tetap akan taip. Dia mahukan lelaki itu.
Arfan is typing...
Saya umpama bayang-bayang dan saya akan kembali -Arfan
Usai lelaki itu menyudahkan taip, terus saja paparan online sudah tiada. Semuanya tentang lelaki itu sudah tiada. Hanya kosong dan sekosongnya...
Yuni menekup mukanya dengan tangan. Menangis teresak-esak di birai katil. Sungguh dia sudah mulai sayang lelaki itu. Lelaki yang dia kenal hanya melalui dunia Maya.
Benar orang cakap kita tak kenal rupa dan suara. Tapi sayangnya pada Arfan kerana kebaikan lelaki itu. Kebaikan lelaki itu menyudahkan semua kerja. Yuni bertekad. Dia akan menukar nombor tapi..
Dia akan tetap simpan semua mesej lelaki ini. Akan dia kenangkan sampai mati. Itu janjinya...
" Saya sayang awak, Arfan... Kenapa secepat ini awak pergi?" Dengan airmata Yuni mengumam.
YOU ARE READING
Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️
عاطفيةBook 12 [ ¥uπi & αrfαπ ] Saya ada di mana-mana untuk semua orang. Termasuk awak sendiri Tapi benarkah akan itu semua? Dia yang mendambakan lelaki itu dan dia yang mahukan lelaki itu dalam hidupnya. Logikkah andai dia sukakan lelaki...