Bab 8

625 55 0
                                    

Yuni mendengar penuh fokus semua yang dikatakan lecturer padanya tapi sayang semua kata tidak masuk pun walaupun satu. Malah setiap kali dia nak buat apa-apa pasti dia akan fikirkan tentang Arfan.

" Dismiss."

Hanya itu penamat yang dia dengar sebelum kepalanya meliar ke kiri dan ke kanan. Terkedu sekejap Yuni bila pensyarah sudah keluar dari kelas dan beransur semua pelajar keluar dari kelas. Serius ke kelas dah habis? Habistu apa yang pensyarah ajar tadi? Sudah!

Yuni menghela nafas berat. Longlai kakinya keluar dari kelas. Beg setia digalas.

" Woi! Kau okay tak ni? Asal muka monyok gila? Takde mood sebab bendera Jepun ke?" Yuni menjeling tajam Faris yang ada di sebelahnya tika ini. Menyibuk saja nak berjalan dengannya. Tak boleh ke dalam sehari tak kacau aku?

" Kau nak kena pelangkung dengan aku ke Faris? Aku takde mood bukan sebab bendera tapi sebab kau ada sebelah aku. Rimas tau!"

" Eleh! Kau ni. Jual mahal pulak! Aku rapat dengan kau sebab sayang kau tau. Kau tu... Tahu menolak je. Tak boleh ke kau ni terima aku. Aku ni handsome pun handsome. Duit pun berkepuk. Apa lagi yang kurang?" Tidak puas hati Faris meluah.

Mula dah lelaki itu membangga diri buat Yuni mendengus kasar dengan perangai angkat bakul lelaki itu. 

" Aku tak suka kau."

" Kenapa tak suka? Kau dah ada orang lain ke?" Laju lelaki itu membalas. Masih belum berpuas hati.

Automatik kaki Yuni terhenti. Fikirannya kini sudah melayang pada satu nama yang masih utuh di dalam hatinya. Terasa sebak menyinggah buat Yuni berdehem kecil. Cuba mengawal daripada menangis.

" Tak ada sesiapa. Dah! Aku nak balik!"

" Tunggu dulu!"

Yuni menepis kasar tangan Faris yang melekap pada tangannya. Mencerlung tajam mata Yuni melihat lelaki itu. Yuni menelan air liur kasar. Mengapa dia rasa diperhatikan? Adakah hanya kerana kata hatinya saja?

Yuni menoleh ke belakang. Tak ada orang. Hanya ada manusia yang menuntut di dalam universitinya saja yang masih setia pandang ke arahnya. Masakan tidak, dia sedang berbual dengan lelaki idaman wanita. Semua perempuan dalam universiti ini kejar Faris. Tah pape!

" Jangan sentuh aku! Aku tak suka!" Suara Yuni direndahkan sedikit agar orang lain tak dapat dengar suaranya yang memarahi Faris.

Beg digalas pada bahu. Laju kaki itu masuk ke dalam kereta kawan baiknya. Tak endahkan panggilan daripada Faris itu.

" Weh! Kau okay tak ni?" Soal Dee bila muka Yuni kelihatan pucat.

Yuni mengangguk.

" Aku okay."

" Kalau kau tak okay, baik kau tak payah pergi kerja." Saran Dee.

Stereng dikawal memandu keluar dari universiti. Dikerling Yuni yang termenung panjang dari tadi.

" Aku nak pergi kerja jugak. Lagipun aku nak duit untuk hidup aku."

" Tapi k-"

Tersekat seketika kata Dee, hampir keluar dari bibirnya kata yang mampu buat mood Yuni tak baik. Yuni tak boleh andai dia katakan yang keluarganya sudah kaya buat apa kerja. Katanya Yuni tak nak duit Abah dan Ummi. Dia nak berdikari.

" Asal tersekat? Sambunglah apa yang kau nak cakap tadi."

Dee tersengih kekok. Kepala yang diselaputi tudung itu digaru perlahan. Takut pulak nak sambung kata bila Yuni macam nak marah sebegini.

" Kau nak kerja part time jugak ke? Kau belajar lagi, kerja lagi. Tak letih ke? Semalam pun nasib baik tak ada kelas kau boleh rehat sikit." Luah Dee prihatin.

Kasihan dia lihat Yuni cuba dapat duit sendiri. Yuni seorang anak yang baik. Tidak pinta akan duit dari Abah dan Umminya. Guna duit sendiri. Katanya tak nak menyusahkan walaupun duit Abah dan Umminya berkepuk.

" Kalau ikutkan... Aku tak nak belajar tau." Sayu Yuni bercakap.

" Kenapa pulak macam tu?"

" Aku takde perasaan nak belajar. Semua orang tak suka aku. Aku buat benda ni tak betul buat benda ni pun still orang letak salah aku. Lagipun... Buat apa aku belajar kalau Ummi dan Babah tak hargai setiap markah peperiksaan yang aku dapat?" Luah Yuni dengan muka sedihnya.

Tak ada airmata yang tumpah. Hanya mata itu menzahir akan keterlukaan yang terjadi dalam hidupnya. Luka yang begitu sukar dia rawat hingga kini.

Dia tidak berdendam dengan keluarga sendiri cuma dia tak mampu lagi terima apa yang mereka lakukan pada Yuni sejak berumur lima tahun hingga kini. Sakit dan pedih sangat!

Dee memarking keretanya dalam garaj rumah sewanya. Diberhentikan kereta tanpa dimatikan enjin. Masih mahu mendengar akan luahan Yuni.

" Yuni... Even kau ada toxic family yang tak hargai kau. Kau ada aku. Aku hargai kau, cukuplah dengan semua ni Yuni. Andai kata tak ada yang hargai, jadikan mereka seperti halimunan. Makin kau layan perasaan, makin kau sakit."

" They're my family... Duduk serumah. Sebumbung. Macam mana aku nak tahan? Aku penat. Aku sakit. Mata aku ni..."

Yuni tuding jari pada matanya sendiri dengan mukanya yang sudah menampak keruh dan tertekan. Tertekan dengan hidup sendiri.

" Selalu tengok Ummi dan Babah aku lebihkan abang dan kakak tiri aku. Dari umur aku lima tahun! Lima tahun! Kau tahu tak?! Aku seksa. Aku penat!" Hambur Yuni penuh tertekan.

Dada Yuni turun naik. Gigi diketap geram bila airmatanya turun di pipi beberapa titik. Mahu saja ditampar diri sendiri kerana kuat menangis. Tak habis-habis. Menangis je tahu!

Kau tahu hidup sedih. Cuba kuatlah! Adat dunia. Semua ada ujian dari Allah. Takkan semuanya baik saja. Kalau tak, tak adanya neraka! Takkan Allah cipta neraka saja-saja kan?

" Sabar Yuni..."

" Tengah sabarlah ni. Kau tengok aku cuba kesat airmata aku dari tadi. Duk mengalir je dari tadi. Benci aku!" rungut Yuni geram.

Dee tersenyum. Kelakar bila Yuni membebel sebegitu. Mata itu walaupun nampak lemah tapi Dee tahu yang Yuni kuat. Andai Yuni tak kuat, tak adanya dia dapat berdiri sebegini. Pasti sudah bunuh diri bukan?

" Kau kuat. Aku percaya kau akan bahagia satu hari nanti. Ambil semua yang terjadi dalam hidup kau secara positif tau. Jangan anggap negatif akan ujian Allah ini."

Yuni mengangguk saja. Untuk bersuara rasanya sudah tak mampu. Nafas ditarik dan dihembus. Menangis je tau! Ish!

" Jom masuk." ajak Dee.

Yuni keluar dari kereta. Usai pintu dibuka terus Yuni meminta diri masuk ke dalam bilik. Dee hanya mengangguk kepalanya. Biarlah Yuni berehat dulu lagipun muka Yuni nampak penat. Rasanya hari ini Yuni akan ambil cuti lagi dari bekerja.

Yuni menghempas tubuhnya ke atas katil. Keluhan halus  dilepaskan. Mata dipejam sekejap. Telefon pintarnya diambil dalam beg galasnya. Aplikasi wasap dibuka. Macam biasa, bila dia rasa tak kena pasti wasap akan jadi tempat sandarannya.

- Sukarnya hidup andai semua kita perlu hadap sorang-sorang akan semua yang berlaku.

Diletakkan telefonnya diatas katil. Bunyi getaran pada telefon buat Yuni mencapai malas telefonnnya. Dilihat nombor Arfan menghantar mesej wasap padanya. Dibuka mesej itu.

Assalamualaikum, siapa ni? Macam mana boleh dapat nombor ini - Unknown number.

Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️Where stories live. Discover now