Arfan pandang aneh akan sang isteri yang ada di sebelahnya. Baru beberapa minit dia ada di dalam kapal terbang dan muka itu tidak lepas dari tersenyum gembira. Arfan menggeleng dengan senyuman kecil. Tab diambil dan dibaca setiap kandungan email yang dia dapat.
" Abang..."
" Hmm?"
Yuni buat muncung. Digoncang lengan sang suami. Bila Arfan dan berpaling terus dia menepuk perutnya. Perutnya sudah berbunyi minta diisi makan. Tak makan dari tadi kerana excited sangat naik kapal terbang.
" Tadi abang ajak tak nak makan. Bukannya dah kenyang ke?"
" Tak kenyang pun. Cuma tak sabar nak naik kapal terbang, kerana itu Yuni buat alasan yang Yuni dah kenyang."
Yuni tayang wajah tak bersalah dengan sengihan melebar. Arfan menggeleng. Pipi Yuni dicubit geram sebelum lelaki itu memanggil seorang perempuan yang berpakaian kemas khas utk pramugari.
"Hi, can I get some drink?" Arfan mula menyapa pramugari itu.
Pramugari itu tersenyum menggoda. Yuni apa lagi, lengan Arfan dipeluk erat nak bagi pramugari itu jeles.
Senyuman sinis menghiasi bibir bila muka pramugari itu kelihatan cemburu. Walaupun riak wajah itu terkawal tapi Yuni tahu perempuan itu cemburu.
"Of course, what'd you like to have?"
Tak habis-habis pramugari itu mengerling pada tangannya yang sudah makin erat memeluk Arfan. Sibuk je!
" Sayang nak minum apa?" bisik Arfan lembut.
" Nak air coke... Ada tak?" Yuni merengek mengada. Mahu saja Yuni ketawa kuat bila pramugari itu sudah jeling tajam padanya.
"Do you have coke?" tanya Arfan.
Pramugari itu mengangguk dengan senyuman manis.
"We do. Would you like ice with that?"
"Sure. How much do I owe you?"
Mahu dikeluarkan beg dompetnya tapi pramugari itu awal-awal menegah.
" The coke is free-of-charge. Would you like anything else?"
" Abang nak bantal boleh? Sakitlah leher Yuni..." Yuni menggosok lehernya dengan rengekan manja.
" Could I get a pillow?"
Pramugari itu menjeling diriku. Aku apa lagi? Jeling sama. Ingat aku takut sangat ke dekat dia yang kurus keding macam papan tu. Ceh!
"Of course, Sir. Please wait a moment."
"Thank you."
Tak sempat pramugari itu pergi Arfan panggil semula. Panas pula hati Yuni jadinya. Kenapa nak kena panggil banyak kali? Ish!
" Is there any vegetarian meal?"
"I'm afraid we're out of it."
"I'll have pasta, then."
Arfan mengangguk.
"Do you need anything else?"
Arfan angkat kening buat sang isteri. Yuni menggeleng.
" That's all."
" I'll be back with your order. One moment, please."
" Thanks."
Yuni melepas kasar lengan sang suami. Dipaling mukanya ke arah tingkap. Hilang terujanya bila ada pramugari gatal tadi. Tak boleh ke kalau tak mengurat suami dia. Dah tahu ada isteri nak kacau jugak. Ish geram!
YOU ARE READING
Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️
RomanceBook 12 [ ¥uπi & αrfαπ ] Saya ada di mana-mana untuk semua orang. Termasuk awak sendiri Tapi benarkah akan itu semua? Dia yang mendambakan lelaki itu dan dia yang mahukan lelaki itu dalam hidupnya. Logikkah andai dia sukakan lelaki...