Yuni baringkan tubuhnya ke atas katil. Nafas lelah dilepaskan. Sepertinya dia bawa kapal terbang saja tadi. Sedangkan dia hanya duduk saja. Letihnya hanya Allah yang tahu. Haih... Hampir matanya mahu menutup untuk tidur tapi sergahan Arfan menyegarkan semula matanya.
" Zohor tak solat lagi sayang oi... Nanti-nantilah tidur."
Yuni buat muncung. Tak nak solatlah. Penat sangat sampai dia rasa tak mampu nak jalan. Lagipun mata dia nak menutup saja saat ini. Tak boleh ke kalau tak solat?
" Abang tolong solatkan untuk Yuni. Yuni malaslah" Yuni memejam matanya. Nak tidur!
" Tak payah mengada. Abang tak boleh solatkan untuk sayang, pahala masing-masing."
Yuni mendengus geram bila tubuhnya diangkat Arfan agar berdiri. Yuni buat lembik. Buat macam nak rebah. Arfan menggeleng. Pinggang Yuni dirangkulnya bila tubuh sang isteri hampir jatuh ke bawah.
" Sayang bangunlah elok-elok..." tegur Arfan geram.
" Tak nak..."
Yuni menyandarkan dirinya pada tubuh sasa Arfan. Hampir Arfan rebah disebabkan perbuatannya. Yuni sembunyi senyum sinis. Padan muka!
" Malaslah nak solat abang. Lagipun Yuni tak larat nak solat. Tak kasihan dekat Yuni ke?" Yuni mengerdip mata puppy eyes pada sang suami.
Yuni menjeling tajam Arfan bila dahinya dijentik. Digosok perlahan dahinya dengan muka geram. Geram nak makan sang suami yang sudah pandang tajam ke arahnya. Nak marahlah tu! Ish!
" Abang lagi kasihan kalau isteri abang ni kena bakar dengan api neraka."
Auch! Deep!
Yuni menghentak kedua kakinya. Memberontak tak suka. Ada saja ayat lelaki itu yang buat dia kalah bila nak berbalah. Ish!
" Ha hentak-hentaklah kaki tu. Jatuh baru padan muka." Sindir Arfan.
Yuni tarik muka. Langkah dibawa masuk ke dalam kamar mandi. Bagai kata sang suami dimakbul Allah. Hampir Yuni jatuh tersungkur kerana tersepak karpet. Nasib baik Arfan menyelamatkan Yuni. Kalau tak, memang dah jatuh ke bawah. Lelah nafas Yuni hanya kerana dia hampir jatuh.
" Dah cakap jangan memberontak. Allah suruh solat je pun. Tu pun susah? Allah tak mintak banyak. Solat untuk lima kali sehari. Itu pun nak mengeluh. Kan dah kena cash Allah bagi." bebel Arfan pada sang isteri.
Yuni apa lagi?
Makin cemberutlah muka itu. Ditolak kuat dada sang suami. Langkahnya dibawa masuk ke dalam tandas nak ambil air sembahyang. Sempat dijelir manja sang suami.
" Ha kalau-"
Tak sempat Arfan habiskan kata Yuni sudah mrncantas.
" Tak nak, Yuni gurau je. Jangan cakap apa-apa." panik Yuni membetulkan keadaan. Takut jatuh untuk kali kedua. Mana tahu kalau kata-kata sang suami dimakbulkan? Bahaya!
" Erm... Yuni ambil air sembahyang dulu tau. Nanti abang pulak." Pintu tandas ditutup.
Arfan sembunyi senyum. Digeleng kepalanya. Terhibur sekejap dengan isterinya ini. Ada saja benda kelakar. Pintu terbuka.
Terjengul Yuni di pintu dengan kepala yang sudah menampak macam kepala kura-kura yang keluar dari badan sendiri. Sengihan Yuni memberi jawapan pada Arfan akan sesuatu.
" Abang... Erm..."
Arfan angkat keningnya. Dah tahu sebenarnya apa yang Yuni nak cakap tapi nak tunggu Yuni habiskan juga ayatnya.
" Yuni... Tak pandai ambil wudhuk. Ajarkan boleh tak?" Yuni garu kepala yang tidak gatal. Malu nak cakap sebenarnya. Lupa dah dengan ajaran ummi Arfan. Aduh!
YOU ARE READING
Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️
RomanceBook 12 [ ¥uπi & αrfαπ ] Saya ada di mana-mana untuk semua orang. Termasuk awak sendiri Tapi benarkah akan itu semua? Dia yang mendambakan lelaki itu dan dia yang mahukan lelaki itu dalam hidupnya. Logikkah andai dia sukakan lelaki...