Yuni mengemas rambutnya. Diikat rambut seperti toncang kuda. Dicalit sedikit mekap pada mukanya manakala bibirnya dicalit gincu untuk menampakkan sedikit merah.
" Rasanya dah okay." Gumam Yuni sendiri.
Yuni menilik diri sendiri di sebalik cermin. Baju Blaus dengan Seluar panjang berwarna putih. Yuni mengangguk kecil. Berpuas hati.
Beg tangan bertali halus dipakainya. Laju kaki itu menuruni tangga. Kelihatan Mama dan Papa masih kuat bekerja walaupun jam ketika ini sudah berginjak ke angka tiga pagi.
Sudah biasa dengan hidupnya sebegini, tiada kasih sayang daripada Abah dan Ummi. Sadisnya hidup Yuni. Bayangkan, sejak Yuni berumur lima tahun dia dibiarkan sendiri tanpa perhatian.
" Yuni nak pergi mana?"
Sudah terbang lamunan Yuni bila suara tegas Abah lantang memetir tapi Yuni buat tak endah saja akan pertanyaan Abahnya itu.
Yuni angkat bahu. Malas nak layan. Makin menjadi-jadi pulak nanti. Tubuhnya dibawa keluar dari rumah. Tak ada kata pamitan dari bibir Yuni.
" Yuni nak pergi mana?! Abah tanya ni." Direntap kasar tangan anak perempuannya itu.
Mata Yuni mencerlung tajam pada si Abah. Direntap kasar tangannya dari disentuh Abah.
" Yuni nak keluar. Boleh tak Abah jangan nak sibuk sangat?" Kasar Yuni menjawab.
Yuni menjadi kurang ajar sejak dia kekurangan kasih sayang daripada Abah dan Ummi. Mereka hanya sibuk dengan kerja tanpa hiraukan dia. Tak salah jadi kurang ajar kan? Huh!
" Jaga sikit mulut Yuni. Abah ialah ayah kandung Yuni. Hormat sikit! Mana hormat Yuni dekat Abah?!" Lantang suara Abah memarahi Yuni.
Tangan lelaki tua itu sudah bergetar mahu menampar anak perempuannya. Barannya sudah membelenggu diri. Tunggu tangan itu nak ke muka saja.
" Yuni tak perlu hormat Abah. Abah tak penting dalam hidup Yuni!"
Pang!
Pijar pipi Yuni bila pipinya ditampar Abah. Tak dapat ditahan airmata itu mengalir laju. Tanpa pamitan Yuni keluar dari rumah.
Yuni menyarungkan kasut tumit tinggi. Sejurus itu, langkah dihayun laju ke arah kereta Dee. Yuni memboloskan diri masuk ke dalam kereta Dee.
" Kau okay?" Soal Dee sambil memandu kereta keluar dari banglo milik Papa Yuni.
" Okay macam mana lagi? Macam biasalah."
Yuni mengesat airmata sambil merehatkan kepalanya pada penyandar kerusi. Dipejam seketika matanya. Tapi soalan daripada Dee buat matanya terus terbuka.
" Apa pulak kali ini?"
" Abah tampar aku."
Kerutan pada dahi menampak akan jawapan itu.
" Kenapa tampar kau? Nak main bola tampar pun agak-agaklah. Jangan sampai tampar anak." Dee berloyar buruk.
" Kau boleh tak jangan buat loyar buruk time aku sedih?"
Yuni mengeluh kasar. Diurut perlahan kepalanya. Serabutnya ada keluarga sebegini. Tak pernah dia dapat kasih sayang daripada Abah dan Ummi. Mereka lebih sibuk dalam bekerja.
" Sedihkan hidup aku Dee..." Yuni mengeluh lagi sekali.
" Keluarga aku tak pernah ambil tahu pasal aku sejak dari aku berumur lima tahun. Mereka sibuk bekerja sampai abaikan aku. Sakit tau bila kau dibiarkan macam kau tak ada Mak Ayah. Aku tak pernah rasa yang aku ada Mak Ayah. Aku jadi kurang ajar macam ni pun sebab Mereka. Dalam dunia ni memang duit eh penting berbanding anak sendiri?" Yuni menghamburkan segala apa yang dirasa.
Manik-manik halus yang ada di ceruk pipinya dikesat lembut. Entah bila dia menangis pun Yuni tak tahu. Yuni tak suka menangis. Lagipun tak ada siapa yang kesah kalau dia menangis pun.
" Ditambah pulak aku ada Kakak tiri yang suka mengarah itu ini, lagilah buat aku tertekan. Kalau dia tak buat pun kerja malah kerja dia main fon, tidur dan makan. Tu jelah hidup dia. Tak pernah berubah."
Itu belah Kakak tirinya, tidak kira lagi abangnya itu. Sikap panas baran yang ada dalam diri sebijik dengan abah. Mama dan Papa sukalah backup abang dan kakak tirinya ini. Anak kesayangan katakan...
" Yuni..."
Dee memberhentikan keretanya di sebuah restoran mewah. Memang niat nak belanja Yuni pun hari ini kerana dia sudah dapat gaji. Sudah banyak kesedihan dalam hidup Yuni dan dia harap sangat yang Yuni akan ketemu kebahagiaan satu hari nanti.
" Aku harap kau kuat dengan semua dugaan ni. Kau jangan hiraukan mereka. Teruskan hidup. Kalau kau ambil tahu, lagi hati kau sakit tau. Kau cuba kuat untuk aku. Okay?" Dee mengharap.
Yuni tersenyum nipis bila tangannya digenggam erat Dee. Genggaman tangan Dee dibalas erat. Sayang pada kawan baiknya ini. Selalu ada ketika dia senang mahupun susah.
" Thanks Dee selalu ada untuk aku. Aku takkan lupakan semua jasa baik kau pada aku."
" Kau kawan baik aku, Yuni. Aku sayang kau macam adik aku sendiri. Walau apapun yang terjadi. Aku akan always ada untuk kau."
Yuni menarik nafas lega. Dipeluk tubuh kawan baiknya itu. Erat. Bagai tak mahu lepas saja. Kali ini matanya begitu manja sehingga keluar beberapa titik airmata. Airmata terharu dan bersyukur.
" Jom masuk. Aku dah lapar ni. After this, terus aku hantar kau balik. Okay?" Yuni menggeleng.
" Aku nak balik rumah sewa kau. Esoknya baru aku balik rumah aku. Boleh?"
Yuni tersenyum senang bila Dee sudah mengangguk setuju. Tahulah Dee yang Yuni tak sanggup nak balik berbalah dengan abangnya pula. Malas nak bertekak sebenarnya.
YOU ARE READING
Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️
RomanceBook 12 [ ¥uπi & αrfαπ ] Saya ada di mana-mana untuk semua orang. Termasuk awak sendiri Tapi benarkah akan itu semua? Dia yang mendambakan lelaki itu dan dia yang mahukan lelaki itu dalam hidupnya. Logikkah andai dia sukakan lelaki...