Yuni menangis teresak-esak melihatkan keadaan Ummi dan Babahnya yang sudah masuk ke dalam penjara. Suaminya dipeluk erat. Tak sanggup tapi demi sayangnya masih ada buat sang ibu dan bapa Yuni gagahkan juga dirinya untuk tengok keadaan mereka.
" Yuni... Babah nak minta maaf untuk segala dosa yang pernah Babah buat. Babah memang patut masuk penjara. Lagipun salah Babah bermain rasuah dengan kawan Babah sehingga melibatkan Ummi sekali." Sesekali kerutan menimbul pada muka Babah.
Meringkuk dua tubuh pasangan suami isteri itu. Yuni boleh nampak Babah dan Ummi menahan rasa sakit. Makin laju airmata Yuni mengalir bagai air hujan.
" Ummi pun sama, Ummi nak minta maaf atas segala dosa yang pernah Ummi buat. Ummi harap Yuni maafkan Ummi. Andai ajal Ummi hari ini. Redhailah pemergian Ummi ini. Okay?"
Ummi tatap Arfan. Senyuman manis diberi.
" Jaga Yuni baik-baik. Sayang dia macam Arfan sayang diri Arfan sendiri. Berilah dia kasih sayang yang sepatutnya."
Arfan mengangguk. Menerima arahan itu sebagai sang suami yang bertanggungjawab pada sang isteri. Semuanya dia akan buat untuk Yuni as long as Yuni happy. Insya Allah...
" No..."
Yuni menggeleng lemah. Tak nak terima kalau Ummi dan Babah akan tinggalkan dia. Disembam mukanya pada dada sang suami dengan airmata yang sudah memenuhi muka cantiknya.
Yasmin pula hanya diam saja dari tadi. Tak dapat dia terima akan semua ini. Sungguh dia masih terkejut.
" Yas... Babah dan Ummi nak minta maaf atas semua dosa. Jaga baik-baik kandungan Yasmin. Jangan biarkan orang lain sakiti Yasmin. Okay?"
Yasmin angguk dengan linangan airmata. Untuk bersuara tak boleh. Hilang sudah peti suaranya gara-gara semua ini. Yasmin pegang perutnya. Masih sempatkah anaknya melihat dunia?
" Ummi! Babah!" kuat Yuni menjerit apabila mata Babah dan Ummi sudah terkatup rapat.
Pagar penjara digoncang kuat dengan tangisan yang makin kedengaran. Dua perempuan itu sudah menangis teresak-esak memanggil nama Babah dan Ummi.
Polis datang membawa sesuatu yang buat Yuni menggila. Kepalanya digeleng laju. Tak mungkin. Tak mungkin Babah dan Umminya sudah mati.
" No!!! Babah dan Ummi belum mati lagi!!"
Yuni mengamuk sakan, nasib baik Arfan memeluk tubuh itu agar bertenang. Yuni pandang sayu mayat Ummi dan Babahnya keluar dari penjara. Sendunya makin kedengaran. Tolonglah cakap yang Ummi dan Babah masih belum mati. Ya Allah...
" Abang... Ummi dan Babah belum mati kan?"
" Shhh... Sabar sayang." Arfan gosok lembut belakang badan sang isteri.
Yuni mengongoi menangis pada dada sang suami. Masih Yuni mengamuk tapi laju Arfan peluk Yuni. Sesekali ubun itu diciumnya. Berharap agar Yuni tenang.
" Abang... Ummi... Abah..."
" Ye abang tahu... Sabar sayang."
Yuni menangis lagi. Baru dia mahu merasa kasih sayang Babah dan Ummi tapi kini... Semuanya sudah tiada. Semuanya lesap begitu saja dengan kematian Babah dan Umminya.
Berita Babah dan Ummi mati disebabkan gigitan anjing gila begitu menyebakkan hati Yuni.
Yasmin hanya pandang saja Yuni yang masih menangis itu. Kepalanya dibawa menunduk ke bawah. Kejamlah andai dia cakap yang dia tak rasa apa-apa. Sedih dan sebak turut dirasai.
Masakan tidak, teringatkan Yuni yang masih tak dapat kasih sayang Babah dan Ummi. Salah dia jugak. Dia penyebab semuanya. Kasihan Yuni...
Arfan memaut erat pinggang isterinya. Yuni hampir rebah. Keluhan berat dilepaskan bila Yuni sudah tidur dengan airmata penuh. Kepenatan Yuni menanti Ummi dan Babah tadi. Last-last masuk penjara dan paling mengejutkan terus dapat berita kematian. Dahi Yuni dicium lama.
" Abang tahu Yuni kuat. Jangan nangis lagi okay? You have me. Walaupun Babah dan Ummi dah tak ada. Abang akan jaga Yuni macam nyawa abang sendiri."
Arfan tersenyum kecil. Yasmin yang masih pandang dia itu diberi isyarat agar ambil Yuni.
" Tolong bawa ke kereta."
Yasmin hanya mengangguk dan mengikut. Dah tahu yang tangan Arfan tak boleh nak pegang benda berat. Terpaksa suruh Yasmin.
Kalau tak, memag dia cempung saja. Arfan sesekali turut tolong memapah Yuni. Arfan ketap gigi geram. Lambat pulak kalau buat macam ni.
" Meh sini."
" Huh?"
Terkejut Yasmin bila Arfan mengangkat Yuni hanya dengan sebelah tangan kanannya. Tubuh Yuni didukung macam anak kecil. Nasib baik Yuni kecik. Maka mudahlah kerja Arfan.
Arfan hela nafas lega bila dah sampai ke parking kereta. Yasmin buka pintu untuk Arfan letak Yuni.
" Thank you."
Yasmin angguk saja sebagai balasan. Susah payah Arfan letak Yuni di atas kerusi penumpang belah pemandu. Nasib baik parking dekat. Kalau jauh naya tulang dia.
" Masuk sekali. Duduk belakang."
Yasmin angguk lagi. Dalam diam Yasmin bersyukur bila Yuni dapat suami macam Arfan. Begitu caring walaupun Arfan nampak beku bila layan Yuni. Tak sangka Arfan masih hidup. Babah dan Ummi pun terkejut bila tengok Arfan.
" Ada nak pergi mana-mana tak?"
" Takde."
Arfan angguk. Enjin dihidupkan. Pipi Yuni dicium sebelum lelaki itu memandu laju keluar dari kawasan penjara. Sedikit cemburu Yasmin melihat layanan Arfan pada Yuni tapi laju dia menepis. Tak baik!
YOU ARE READING
Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️
RomanceBook 12 [ ¥uπi & αrfαπ ] Saya ada di mana-mana untuk semua orang. Termasuk awak sendiri Tapi benarkah akan itu semua? Dia yang mendambakan lelaki itu dan dia yang mahukan lelaki itu dalam hidupnya. Logikkah andai dia sukakan lelaki...