Yuni menghela nafas lega. Bagasi yang masih ada dalam bonet itu buat Yuni rasa bahagia. Bahagia kerana dia sudah selamat ada di sisi Arfan tanpa perlu mengadap keluarganya. Sekaligus tak perlu untuk dia risaukan lagi tentang Syirhan. Pasti dia tak akan bertemu lagi dengan Syirhan sebab dah pindah rumah kan?
" Asal senyum je dari tadi? Okay tak?" soal Arfan pelik.
Yuni tertawa kecil. Dikerling sekilas sang suami. Penuh manja dia memeluk Arfan. Kali ini tak ada dengusan yang keluar dari bibir itu. Hanya bibir itu saja sudah ternaik je atas. Suka la tu hehehe
" Aku tengah memandu sekarang. Duduk elok-elok tak boleh ke?" Nada Arfan hanya biasa-biasa saja tapi Yuni tetap tak suka. Biar jelah orang nak bermanja. Lagipun bukan selalu tau!
" Ala awak... Bukan selalu saya bermanja dengan awak."
" Bukan memang dah selalu ke? Sebelum kawan elok je pegang lengan aku sekali pakej peluk. Tak selalu ke macam tu?" Tempelak Arfan.
Yuni sengih menampakkan giginya. Ada betulnya apa yang Arfan katakan tapi Yuni masih dengan keputusannya. Dia nak bermanja dengan Arfan tak kira waktu. Hehehe
" Saya suka bermanja dengan awak. Bagi saya, walaupun awak macam beku tak tunjuk sangat sayang awak pada saya, tapi saya tahu yang..." Yuni menepuk beberapa kali dada Arfan.
" Saya tahu jantung awak sentiasa berdegup laju bila dengan saya."
Arfan jeling manja si Yuni. Ada senyuman yang tersungging di bibir merah itu. Stereng dipusing masuk parking ke garaj rumah idamannya. Sejurus sampai, Arfan terus mematikan enjin kereta.
" Dekat mana ni?"
Yuni buat muka bila soalannya dibiarkan sepi saja. Arfan hanya melolong keluar dari kereta dan buka pintu rumah tanpa bukakan pintu kereta untuknya. Tak sweetlah Arfan ni!
Terpaksa Yuni keluar dari kereta sendiri. Dihempas kuat pintu kereta Arfan. Gigi diketap geram bila Arfan buat tak tahu saja. Kaki dihentak beberapa kali sebelum Yuni bawa dirinya jauh dari Arfan. Biarkan! Nak merajuk!
Yuni berjalan di sekitar rumah Arfan. Kagum Yuni bila rumah banglo Arfan dekat dengan pantai. Disebabkan merajuk, perasaan terujanya hilang bila tengok banglo mewah Arfan. Arfanlah ni punya pasal!
" Orang nak jadi sweet-sweet tak boleh ke? At least bukakkanlah pintu. Ni tak, biar aku bukak sendiri!" bebel Yuni geram.
Yuni tersenyum sendiri. Kasut dibuang dan tatkala air ombak kena pada kakinya, terus tawa keluar dari bibir Yuni. Deruan angin mengibarkan tudung yang dipakainya.
Ya,
Sejak Arfan belikan tudung untuknya, dia sudah berubah memakai tudung. Lagipun Arfan menegaskan dia agar pakai tudung. Kata Arfan, syurga di bawah telapak kaki dia dan andai dosa yang Yuni buat, maka akan dipersoal di akhirat kelak atas alasan Yuni sebagai isterinya.
" Buat apa dekat sini!" Keras suara Arfan menyoal.
Yuni merentap kasar tangannya dari dipegang Arfan. Kaki dihayun laju menjauh dari Arfan tapi bila pinggangnya dipaut erat agar rapat dengan Arfan buat tubuhnya automatik sudah dekat dengan Arfan.
Dapat dirasai deruan nafasnya bersatu dengan Arfan. Perlahan Yuni dongak pandang mata hitam koko milik sang suami. Air liur ditelan kasar bila muka itu menampak begitu keruh. Marah sangat ke dekat Yuni?
" Boleh tak jangan buat aku risau? Kalau jadi apa-apa dekat kau macam mana? Kau suka buat jantung aku nak tercabut kan?" bebel Arfan geram.
Nafas ditarik panjang. Mata dipejam rapat. Hampir jadi gila dia mencari Yuni tadi. Helaan nafas lega keluar dari bibir bila Yuni selamat.
" Maaf..."
" Maaf, maaf, maaf! Tu je kau tahu! Kau tahu tak aku risaukan kau?" Tengking Arfan tanpa sedar.
Yuni mengemam rapat bibirnya. Perlahan dada bidang sang suami ditolaknya menjauh. Tubir matanya terasa panas. Berbahang mukanya. Tunggu airmata jatuh saja.
" Yuni nak balik..."
Tak semena tubuhnya dicempung Arfan tanpa sempat Yuni melangkah lebih jauh. Yuni menekup mukanya pada dada sang suami. Tak tunggu lama airmata sudah mengalir ke pipi. Keluhan berat kedengaran keluar dari bibir Arfan.
Tahulah Yuni menangis bila tubuh itu sudah menggeletar. Dibawa tubuh Yuni masuk ke dalam rumah banglo.
Dibaringkan tubuh Yuni ke atas katil. Yuni mengambil bantal peluk dan dipeluk erat. Disembam mukanya pada bantal peluk dengan mata yang terpejam rapat. Tak nak tengok muka Arfan. Benci! Dahlah marah orang!
" Nak makan tak?"
Yuni hanya diam tanpa menyambut pertanyaan sang suami. Masih ada rajuknya bersisa buat Yuni tak nak bercakap. Terasa bahunya dicuit beberapa kali, lantas itu Yuni menepis jari yang menyucuk bahunya.
" Kalau awak nak makan, makan je. Saya dah kenyang. Saya nak tidur."
Untuk itu, terus Yuni memejamkan matanya. Tak lama, bunyi pintu ditutup. Yuni mencengkam kuat bantal peluk. Mengongoi Yuni menangis. Sedih bila tak ada yang memujuknya.
" Awak tak faham ke, saya nak awak pujuk saya. Tu je. Awak tahukan perempuan nak attention. Tapi kenapa awak tak cuba pujuk saya?" Yuni mengumam perlahan.
Tersentak tubuh Yuni apabila tubuhnya tiba-tiba dipeluk Arfan. Makin buat degupan jantungnya laju bila Arfan sudah menyembam muka pada belakang badannya.
" Aku tak pandai pujuk. Esok aku beli aiskrim. Dah diam. Tak payah menangis lagi."
Yuni mengetap kuat giginya. Laju tubuhnya dipusing dan dipukul kuat tubuh sang suami.
Pak!
Pak!
Pak!
" Orang tak nak aiskrim. Orang nak awak pujuk saya. Tak faham ke?" marah Yuni geram.
Nafasnya tidak sekata mahu menghamburkan marah pada sang suami. Tajam mata itu ditatapnya. Geram!
Arfan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ditatap aneh isterinya yang sudah cemberut itu.
" Pujuklah tu. Aku belikan kau aiskrim. Habistu kau nak aku pujuk macam mana lagi?"
Yuni menjeling tajam Arfan. Senyuman penuh misteri menghiasi mukanya. Dirapatkan mukanya dengan muka sang suami. Tawa kecil keluar dari bibir bila tak ada apa-apa reaksi dari Arfan. Cuma lelaki itu membeku saja. Statik pada muka bekunya.
" Lain kali..." Yuni bermain pada dada sang suami yang berlapik baju. Dilakar bentuk love dengan jari dekat baju itu. Hehehe
" Bagitahulah macam ni."
Ehem!
Yuni berdehem seketika.
" Shhh... Sayang jangan nangis. Abang ada untuk sayang. Abang janji abang tak marah dah sayang. Ha macam tu!" ajar Yuni bersungguh tapi... Lelaki itu hanya tercengang saja. Tak berkelip mata itu pandang sang isteri.
Yuni telan air liur kasar bila tubuhnya sudah dihempap sang suami. Terkebil-kebil mata itu menatap Arfan yang sudah tersenyum penuh makna itu.
" Dah sedia?"
" Maksud awak?"
Arfan senyum sinis.
" Dah sedia nak terbang ke pluto?"
Mendengarkan itu buat Yuni tersenyum. Lantas kepala dibawa angguk perlahan. Setuju andai Arfan nak jadikan dia sebagai isteri yang sebenar. Bersedia menunaikan tugas sebagai isteri mithali. Dengan bismillah Arfan melabuhkan tirai sampailah ke pluto. HAHAHAHAH
YOU ARE READING
Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️
RomanceBook 12 [ ¥uπi & αrfαπ ] Saya ada di mana-mana untuk semua orang. Termasuk awak sendiri Tapi benarkah akan itu semua? Dia yang mendambakan lelaki itu dan dia yang mahukan lelaki itu dalam hidupnya. Logikkah andai dia sukakan lelaki...