Rumah banglo tersergam indah di depan mata dilihat dengan penuh kagum. Tak berkelip mata Yuni. Hanya satu perkataan yang dia boleh katakan. Wow! Just that!
" Awak... Kenapa bawak saya ke rumah awak?" Yuni keluar dari kereta.
Arfan dirapati dan selamba lengan itu dipegangnya. Arfan mendecit tidak suka. Tahu dek Ummi dan Babah mahu dipelangkung dia nanti. Arfan menepis tangan Yuni. Menonong langkah itu masuk ke dalam rumahnya. Ditinggalkan Yuni sendiri.
" Arfan, siapa tu?" Ummi bertanya pelik.
Disambut baik tangan Arfan. Muka beku itu ditatap penuh tanda tanya. Kenapa bawak perempuan dekat rumah? Tak pernah-pernah Arfan bawak balik perempuan. Teman istimewa ke ni?
" Kawan."
Ummi menggeleng bila Arfan sudah masuk ke dalam bilik. Tak sempat dia nak tanya lebih lanjut. Saling tak tumpah perangai sang suami dengan Arfan. Sama saja dua-dua.
Yuni garu kepala yang tidak gatal. Longlai langkah dihayun menghampiri ibunya Arfan. Disalami tangan tua itu. Senyuman manis diberi.
" Erm... Assalamualaikum Aunty." Yuni cuba beramah mesra. Kekoknya terasa membuatkan tangannya spontan menggaru kening. Aduh! Nak cakap apa ni?
" Waalaikummusalam. Tak payah panggil Aunty. Panggil Ummi je."
Yuni mengangguk. Bibir diketap beberapa kali untuk menghilangkan gundah dalam hati. Gila! Tiba-tiba saja dibawa ke rumah mak mertua. Tak ke sakit jantung? Eh? Mak mertua? Gatal eh kau Yuni!
" Mari masuk." Ajak Ummi.
Dipimpin tangan Yuni masuk ke dalam rumahnya. Punggung dilabuhkan duduk di atas sofa diikuti Yuni bersama. Tak lekang bibir Ummi dari senyuman. Ummi kenal Arfan, kalau lelaki itu bawak perempuan ke rumah, maksudnya dia memang serius dalam perhubungan. Mana tahu terbuka hati Arfan nak kahwin kan?
" Nama apa?"
" Panggil Yuni je." Malu-malu Yuni bercakap.
Munafik pula rasanya. Bila dengan Arfan kemain gatal banyak bercakap, tapi kalau dengan mak mertua mulalah senyap. Nak pikat hati mak mertua kan? HAHAHA
" Dah lama Yuni kenal Arfan?"
Yuni terdiam. Jawapan yang perlu dihampar sudah tak ada. Mahu dikorek dari mana sedangkan dia hanya kenal Arfan melalui maya saja. Tak kenal pun Arfan macam mana. Boleh cakap dia kenal Arfan dalam beberapa bulan saja.
" Erm... Yuni..."
Ummi tertawa kecil. Pasti Yuni malu nak cakap pasal hubungan dia dan Arfan. Alahai anak muda memang macam ni ke? Berhubung tapi malu-malu nak mengaku?
" Tak payah malu. Ummi tahu korang berdua memang serius dalam hubungan ini. Lagipun, Arfan tak pernah bawak balik perempuan. Yuni yang pertama."
Yuni menelan air liur kasar. Detakan debarannya kian kuat terasa. Naik berbahang muka Yuni. Malu dan pada masa yang sama dalam hatinya sudah berbunga. Arfan suka dia ke?
" Ummi harap Yuni tak terasa dengan Arfan versi sejuk beku. Arfan memang macam tu. Bila dia sayang, dia akan tunjuk melalui perbuatan. Sukar sekali nak cakap sayang-sayang ni. Memang sama dengan sang suami." Ummi mengerling pada sang suami yang sedang turun tangga dengan kain pelikat. Pasti bersedia nak solat zohor.
Yuni mengangguk lagi. Ditatap muka China bapanya Arfan. Putih melepak dan begitu sempurna walaupun hanya muka beku saja terlekat pada wajah tua itu. Yuni menunduk sedikit kepalanya bila Babah Arfan sudah duduk di depannya.
" Mana Arfan, abang?"
" Bilik solat."
Babah sudah bangun dari duduknya. Ummi turut melakukan hal yang sama. Bersedia untuk melakukan ibadah pada Allah.
YOU ARE READING
Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️
RomanceBook 12 [ ¥uπi & αrfαπ ] Saya ada di mana-mana untuk semua orang. Termasuk awak sendiri Tapi benarkah akan itu semua? Dia yang mendambakan lelaki itu dan dia yang mahukan lelaki itu dalam hidupnya. Logikkah andai dia sukakan lelaki...