Waalaikummusalam, saya Yuni. Awak tak kenal saya? -Yuni
Yuni... Siapa Yuni? -Ruan
Yuni sudah pelik akan pertanyaan lelaki itu. Mesej yang dihantar lelaki itu dibaca beberapa kali. Sama dengan cara Arfan mesej dia tapi benarkah ini Arfan?
Kau ada sembunyi apa-apa ke? Aku dapat rasa kesengsaraan kau. - Ruan
Tergamam seketika Yuni bila lelaki itu katakan sebegitu. Maksud yang ditanya lelaki itu begitu mendalam sehingga dia dapat rasa sesuatu akan lelaki itu. Kenapa lelaki ini sepertinya tahu segala-galanya tentang dia?
Apa yang awak tahu tentang saya? Saya tak faham - Yuni
Dalam debaran Yuni menaip juga.
Ruan is typing...
Berdetak hebat jantung Yuni bila lelaki itu sudah menaip. Setiap detik dan saat dia mengira bila mesej itu mahu dihantar lelaki itu menunjukkan dia begitu berdebar saat ini.
Cuba awak voice sekejap - Ruan
Tanpa ragu-ragu, terus Yuni membuat voice untuk diberikan kepada lelaki itu.
" Hai awak."
Cukup dua patah perkataan itu Yuni menyuara dan terus di hantar pada lelaki itu. Tak lama lelaki itu sudah menaip sesuatu.
Saya dapat rasa kesengsaraan awak. Siapa lelaki itu? - Ruan
Berkerut dahi Yuni. Semakin berkerut apabila ayat lelaki itu dibaca berkali-kali. Naik pening jadinya bila dia fikirkan tentang lelaki ini. Siapa dia?
Lelaki mana ni? Saya tak faham apa yang cuba awak cakapkan -Yuni.
Spontan kepala yang tidak gatal digarunya. Tapi bait kata dari lelaki itu mendebarkan dan menakutkan Yuni.
Jangan tipu saya, saya dapat rasa lelaki itu. Dia buat onar dengan kau, betul? -Ruan
Yuni mengetap kuat giginya. Kuat hatinya mengatakan lelaki ini adalah Arfan. Begitu hebat lelaki itu mengetahui akan setiap yang terjadi dalam hidupnya.
Macam mana kau tahu semua yang terjadi dalam hidup aku? Kau Arfan ke? Tak ada yang tahu semua yang jadi dalam hidup aku selain Arfan. Kau Arfan ke? - Yuni
Lelaki itu terdiam seketika. Mungkin sedang memikirkan sesuatu. Hanya online saja yang terpapar. Tak ada tanda-tanda lelaki itu mahu menaip. Beberapa minit berlalu, barulah...
Ruan is typing...
Aku Ruan bukan Arfan. Macam mana aku tahu, adalah sebab feel. Ustaz aku cakap mukjizat dari Allah yang bagi dekat aku. Ramai yang cakap aku pelik -Ruan
Mata aku pun pelik. Warna lain daripada orang sekeliling aku. Hijau pekat- Ruan
Tapi kenapa saya rasa macam awak ni Arfan? -Yuni
Saya bukan Arfan. Saya Ruan dari Jepun pulang ke Malaysia kerana ingin mempelajari Agama Islam -Ruan
Kedengaran tegas lelaki itu berkata walaupun dari segi mesej saja. Yuni hanya mengangguk. Mungkin betul tapi mana Arfan?
Saya nak tanya, awak pernah bercinta kan? Saya nak tanya awak sebab saya tak pernah rsa perasaan ni.. - Ruan
Saya rasa malu dengan 'dia'. Dalam masa yang sama hati saya rasa berdebar semacam bila dengan dia and kalau kau nak tahu, ni first time aku rasa macam ni... Sampai abang aku gelak kan aku sebab aku hantukkan kepala aku dekat dinding sampai berdarah.
Perasaan cinta. Awak dah jatuh cinta dekat dia. - Yuni
Ting!
Yuni melihat gambar yang dihantar Ruan. Hampir ternganga mulut Yuni melihat kepala itu sudah berdarah teruk kerana terhantuk. Semua ini gila!
Siapa yang awak maksudkan ini? -Yuni
Kawan perempuan saya. Saya kenal masa kecil lagi -Ruan
Saya rasa memang awak dah jatuh cinta dengan dia- Yuni
Cinta? Apa tu? Tak faham. Boleh explain? -Ruan
Yuni tepuk dahi.
Awak tak pernah bercinta?-
Tak. Aku tak tahu perasaan cinta. Cinta tu apa? -Ruan
Hahaha kelakarlah awak ni.-Yuni
Lelaki itu hanya diam tanpa apa-apa emoji ataupun kata. Tak ada perasaan langsung. Dia hanya diam dalam talian buat Yuni mendengus geram. Pasti lelaki ini tak pernah senyum kan? Gelak pun tak, apatah lagi senyum?
Tak takut ke bila hantuk kepala macam tu -Yuni
Entah. Tak ada rasa takut dekat sesiapa. -Ruan
Yuni angkat bahu saja. Lelaki ini terlalu pelik sehingga dia sendiri naik pening bila bermesej dengan Ruan. Tapi satu yang dia nak tahu... Macam mana dia dapat nombor ini?
Macam mana awak dapat nombor saya -Yuni
Erfan bagi saya untuk guna dan simpan. Erfan pesan dekat saya jangan guna nombor ni ke arah kejahatan -Ruan
Yuni sudah garu kepala. Sudah tiga lelaki yang hadir dalam hidupnya dan semuanya berbeza cerita. Kepala yang terasa pening diurut perlahan. Adeh! Matilanak!
Aku rasa ada something yang kau sorok, yang kau pendam dan yang kau sakit untuk harungi -Ruan
Stop talking! Saya nak tahu, mana Arfan? Kenapa Arfan tak munculkan diri? Mana dia menghilang? -Yuni
Dia ada dengan awak, tapi awak tak boleh nampak. Dia menemani setiap hidup awak -Ruan
Yuni mengigit bibirnya. Menahan rasa sebak yang sudah memenuhi dadanya. Terasa sesak di dada mahu menghamburkan tangisan. Nafasnya juga tersekat saja. Tak mampu untuk dia kuat saat ini. Apakah semua ini?
Kalau ada dengan saya, kenapa tak munculkan diri? Perlu ke dia main bagi nombor dekat orang itu orang ini? - Yuni
Yuni sudah mahu mengamuk. Dihamburkan segala ketidakpuas hatinya. Tak peduli dengan pandangan lelaki itu padanya. Yuni benci semua ini! Terasa dipermainkan!
Pasti sebab saya menyebabkan dia hilang kan? Saya yang buat dia pergi dari hidup saya kan? -Yuni
Yuni menumbuk kuat dinding batu sehingga berdarah tangannya. Tak hiraukan sakit. Yang dia tahu hatinya lagi sakit dari segala-galanya. Sakit menahan rindu pada lelaki yang bernama Arfan.
Awak jangan bahayakan diri awak boleh tak? Tak perlu sakitkan diri kerana lelaki -Ruan
Macam mana kau boleh tahu? -Yuni
Aku ada mimpi tadi. Aku dapat rasa kau buat sesuatu yang membahayakan diri kau. Kau boleh tak hentikan semua ini?- Ruan
Aku dah matilah! Buat apa hidup dengan manusia yang bencikan kita?! -Yuni
Yuni sudah tidak hiraukan akan perasaan lelaki yang sedang bermesej dengannya saat ini. Tajam mata itu pandang ke arah telefon pintarnya.
Menanti balasan lelaki itu. Terdiam beberapa minit lelaki itu sebelum jari lelaki itu menyambung menaip.
Cuba kau tampar muka kau -Ruan
Yuni buat apa yang disuruh lelaki itu.
Tampar kuat-kuat! -Ruan
Dan Yuni buat. Ikut suruhan lelaki itu. Tak tahu kenapa.
Sakit tak? -Ruan
Ha? -Yuni
Jangan anggap diri kau dah mati sedangkan apa yang kau rasa sekarang inilah kegembiraan kau.. Ini lah kehidupan kau... Satu je aku nak cakap, "dia" takkan pernah tinggalkan kau, sebab dia ada dengan kau.. Walaupun dia tidak muncul depan kau. Assalamualaikum. -Ruan
Usai habis lelaki itu menaip ayat deep itu, terus lelaki yang bernama Ruan itu memblock dirinya. Yuni menangis. Terlalu mengikut emosi sehingga dia sendiri telah melukakan hati lelaki itu. Tapi Yuni benar-benar rindukan lelaki itu. Ya Allah...
" Arfan... Mana awak?"
YOU ARE READING
Mr Hacker ( COMPLETE ) ✔️
Storie d'amoreBook 12 [ ¥uπi & αrfαπ ] Saya ada di mana-mana untuk semua orang. Termasuk awak sendiri Tapi benarkah akan itu semua? Dia yang mendambakan lelaki itu dan dia yang mahukan lelaki itu dalam hidupnya. Logikkah andai dia sukakan lelaki...