Selesai bersarapan di sebuah kafe pada pagi itu bersama Fyraz, dia mengajak aku untuk berjalan jalan di tepi pantai dan aku hanya turutkan kehendaknya.
Perasaan aku ketika itu indahnya tidak dapat digambarkan. Walaupun kami sama sama senyap tanpa bicara, namun cukup untuk membuatkan aku berasa selesa setiap kali Fyraz mengeratkan genggaman tangannya pada tangan aku.
Sehinggalah beberapa ketila, ketenangan kami diganggu gugat oleh seseorang yang tiba tiba datang menegur aku.
"Eh, Arisya? Tak sangka kita bertembung lagi." ceria suaranya menyapa aku.
Fyraz sudah memandang pelik ke arah aku dengan wajah yang seolah sedang bertanya siapa lelaki itu.
"Encik Izryn kan?" aku menyoal walaupun jawapannya sudah jelas dan lelaki itu hanya mengangguk lalu tersenyum.
"Just call me Izryn. By the way, who's this?" giliran Izryn yang menyoal.
Buat seketika, matanya jatuh pada genggaman erat Fyraz pada tangan aku. Wajahnya diangkat semula dan pandangan matanya memanah tepat ke arah aku.
Serta merta, Fyraz menolak aku perlahan untuk berselindung di belakangnya. Satu langkah diambil Fyraz mendekati Izryn dan genggamannya masih tidak dilepaskan malah semakin erat.
Posesif.
"Arisya's husband. Fyraz." Fyraz menjawab tenang pertanyaan Izryn sekaligus memperkenalkan diri.
Tangan kanannya dihulur untuk berjabat namun entah mengapa, dapat aku lihat seakan riak sinis pada wajah Izryn namun huluran tangan Fyraz tetap disambut acuh tak acuh.
"Awak cakap awak bercuti sorang?"
"No need to bother, bro. She's not even your wife." sinis jawapan Fyraz pada pertanyaan Izryn.
Izryn mengalihkan pandangannya ke arah lain sebelum mengetap rahang dan penumbuknya dikepal.
Izryn mengalihkan pandangannya ke arah aku yang masih berselindung di belakang Fyraz.
Yang lebih seram, bibir bawahnya dijilat tiap kali aku terbalas pandangannya.
"Why? Tercabar?" selamba bicara Fyraz bersama satu tawa kecil.
Buat seketika, lama mereka beradu pandangan seolah melepaskan rasa tak puas hati. Selangkah lagi Fyraz bergerak mendekati Izryn seakan mencabar.
"Err...abang jom la kita pergi sana. Sya nak pergi tandas." aku hentikan renungan kedua dua mereka yang mampu membunuh itu apabila sedikit sebanyak dapat aku baca riak tegang antara mereka.
Tangan Fyraz aku tarik menjauhi Izryn tanpa sebarang pamitan.
"Jantan mata keranjang." sempat aku tangkap gumaman Fyraz di sebelah.
Sah dia nampak juga perlakuan yang boleh dikategorikan jijik dari Izryn tadi.
Kalau Fyraz bengang, aku pula dah cukup meremang.
Genggamannya pada tangan aku semakin erat.
"Nasib baik tak sempat peluru aku tembus kepala dia." sekali lahi Fyraz menggumam lebih perlahan namun tak cukup perlahan patah perkataan itu untuk sampai ke telinga aku.
Tersedar dengan ayat Fyraz yang semacam, aku matikan langkah membuatkan Fyraz juga terdorong untuk berhenti.
Kiri kanan aku perhatikan, memastikan orang awam di sekeliling kami sibuk dengan hal masing masing sebelum menyeluk tangan ke dalam baju Fyraz, menuju ke belakang badannya.
Tepat sangkaan aku.
Sebaik sahaja tangan aku menyentuh objek itu, aku memandang Fyraz yang berkali kali telan air liur dengan pandangan penuh tanda tanya meminta penjelasan.
YOU ARE READING
Hikayat Sang Pencinta ✔
RomanceKisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cuma satu watak yang hina, sebelum bertukar menjadi puteri dan akhirnya hidup bahagia bersama sang putera raja. Namun hikayat aku ini...tak mun...