✘ Bab 37 ✘

2.1K 115 2
                                    

"Tak ada apa pun, sikit je ni."

"Kepala otak kau sikit! Tu kepala bocor tu kena ketuk dengan apa?"

"Botol arak..."

Perbualan Fyraz dan Mika aku dengar sepintas lalu. Mika bergegas datang ke sini selepas ditelefon oleh Tengku Irham. Terkejut juga Mika dibuatnya ketika melihat aku turut ada sama di sini.

Namun begitu, mata aku masih tak mampu dialihkan daripada melihat tatu bercorak helang di lengan dan bersambung hingga ke belakang badan Fyraz. Sungguh aku gerun melihat tatu itu.

"Hana, kalau awak nak balik dulu pun tak apa. Saya dengan Mika boleh tunggu Fyraz dekat sini." aku angguk setuju dengan cadangan Tengku Irham.

Belum sempat aku melangkah keluar, suara Fyraz terlebih dahulu menahan.

"You tunggu sini. Mika dengan Am, korang blah dulu."

"Kau buat lawak apa, Raz? Ingat elok sangat la anak dara dengan teruna duduk berdua dalam bilik?" Mika membantah kata kata Fyraz dan disambut anggukan setuju Tengku Irham.

"Bukannya aku nak buat apa apa pun!"

"Tak boleh!"

"Kau membebel dekat sini makin bertambah sakit kepala aku!"

Mika jegil mata pada Fyraz. Tangannya ditahan tahan daripada menumbuk kepala Fyraz yang dibaluti baju kemejanya sendiri.

"Raz, Mika betul. I think I should go now."

"But..."

"So sorry, Raz. Kalau I stay sini pun bukannya boleh buat apa."

Akhirnya aku sendiri ambil keputusan untuk pulang. Mika tayang muka bangga apabila Fyraz tak mampu membantah.

"Thank you, Hana." ujar Tengku Irham sambil tersenyum sebeum langkah aku bawa keluar dari ruangan ini.

Jauh di sudut hati, aku kecewa dengan Fyraz.

~~~

"Hana, ibu ada benda penting nak cakap." ibu Zarina memulakan bicara ketika aku sama sama membantunya mnyediakan makan tengah hari di dapur.

Aku sekadar mengangkat kening, menunggu ibu menghabiskan bicaranya.

"Minggu lepas...ada orang datang nak merisik Hana."

Pisau yang aku pegang dengan tangan kanan spontan terjatuh ke lantai.

"Ap...apa dia?" aku tanyakan semula pada ibu dengan nada dan riak wajah tak percaya.

Aku salah dengar kan?

"Minggu lepas waktu Hana pergi kerja, family kawan ibu datang merisik Hana." kata kata itu ibu ucapkan dengan lebih jelas seolah mengerti yang aku tidak percayakan hal ini.

Bibir terlepas keluhan berat. Ini bukan kali pertama. Bukan kali pertama aku dirisik dan bukan juga kali pertama seorang lelaki itu memilih untuk mengundur diri setelah tahu kekurangan yang ada pada aku.

Jelas, mereka hanya mahukan yang mereka sangka sudah cukup sempurna sedangkan tidak.

"Ibu tak bagitahu diaorang ke Hana ni banyak kurangnya?"

"Diaorang tahu dan diaorang sudi terima setiap kekurangan tu."

Mungkin, jantung aku pula yang seakan jatuh ke lantai.

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now