✘ Bab 25 ✘

2.1K 105 0
                                    

Aku pergi ke rumah Syafiq tanpa pengetahuan sesiapa. Pada Sofea dan Arin, aku hanya mengatakan yang aku berjumpa Syafiq di luar. Tak mengapalah, nanti nanti pasti aku ceritakan juga pada mereka. Aku menahan teksi untuk ke rumah Syafiq. Moga moga dia tidak keluar malam ini supaya mudah urusan aku.

Jam 9 malam aku tiba di hadapan rumah teres yang dimiliki Syafiq. Di sini Syafiq tidak duduk dengan keluarganya kerana katanya dia lebih selesa duduk sendirian. Aku menarik nafas lega apabila Honda Civic dan BMW i8 milik Syafiq ada di garaj. Itu tandanya dia ada di rumah.

Niat aku mahu mengetuk pintu itu terhenti apabila terlihat sepasang kasut tinggi yang terletak di sebelah kasut kulit jenama Crocodile yang aku pernah hadiahkan pada Syafiq. Ini...kasut siapa? Aku mengetuk pintu lagi namun langsung tiada balasan. Hati rasa tak enak. Siapa yang ada di rumah Syafiq?

Aku cuba memulas tombol dan ternyata Syafiq membiarkan pintu rumahnya tidak berkunci. Perlahan lahan aku buka pintu. Dari mana entah datangnya keberanian. Pintu terbuka sepenuhnya dan aku terduduk di muka pintu. Jantung terasa luruh melihat apa yang terbentang di depan mata.

"Fiq..."

Syafiq benar benar terkejut dengan kehadiran aku di situ. Dia terus menolak seorang perempuan yang hanya memakai lingerie itu daripada terus menindihnya di atas sofa. Perempuan itu hanya beriak biasa, malah menghadiahkan senyuman sinisnya pada aku.

Oh, patutlah tak dengar aku ketuk pintu tadi, kan?

"Sya, you buat apa datang sini?" Syafiq yang tidak berbaju itu aku jeling tajam. Perlahan lahan aku bangun. Aku tahan air mata daripada mengalir. Tak guna kau menangis sebab jantan tak guna ni, Sya!

"I datang sini sebab nak bagitau you, I nak cancel wedding kita." hanya senafas aku menutur.

"What did you say?" Syafiq yang masih duduk di sofa itu mengalihkan pandangannya pada aku.

"I datang sebab nak bagitau, bukan nak mintak persetujuan you pun! So cincin ni, you boleh ambik lebih baik bagi dekat perempuan tu!" aku memulangkan paku buah keras pada Syafiq sepertimana yang pernah dikatakan pada aku sebelum ini.

Cincin pertunangan yang aku letakkan di dalam beg tangan aku keluarkan sebelum melemparnya tepat pada Syafiq.

"Nasib baik I datang malam ni. Tak perlu I kahwin dengan jantan macam you!" kata kata itu aku hamburkan sebelum melangkah keluar dari rumah Syafiq. Tak sanggup mahu berlama. Sungguh aku rasa dikhianati! Tertanya tanya juga, agaknya memang sudah lama dia curang di belakang aku.

"Hei Sya, wait!" langkah aku terhenti apabila Syafiq memegang pergelangan tangan aku namun cepat cepat aku tepis. Sungguh aku benci dengannya!

"Betul you cakap, nasib baik you datang malam ni kan? Tak payah susah susah I nak explain. I baru ingat nak jumpa you esok sebab I memang nak cancel wedding yang takkan bawak apa apa makna tu!" aku tak menyangka, Syafiq lebih sinis.

"Memang bagus pun. Lepas ni, you dah tak payah muncul depan papa ataupun I!" jari aku tudingkan padanya memberi amaran.

Syafiq ketawa mengejek.

"Buat apa I nak jumpa orang tua yang dah bankrap tu? Tak ada masa company I nak tolong company yang nyawa nyawa ikan, tinggal kena tarik bank je lagi! Too pity, sayang..." Syafiq berkata sambil sengaja dimainkan jarinya pada pipi aku. Aku terdiam. Papa...sudah muflis?

"Better you balik, Sya. Banyak lagi benda I boleh buat dengan Dhiya sekarang ni." aku jeling Syafiq dan kekasih gelapnya yang hanya melihat di muka pintu itu.

Tanpa menunggu lama, aku bawa langkah jauh dari situ. Air mata mengalir laju. Hati rasa tak enak mengenangkan papa. Apa sudah jadi dengannya? Bagaimana boleh jatuh muflis? Tidak dapat dinafikan, aku sayangkan papa. Cuma papa yang sering menolak kewujudan aku dari hidupnya.

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now