✘ Bab 10 ✘

2.1K 128 10
                                    

"Sya, ada benda penting papa nak bincang."

Aku menoleh ke arah papa yang sedang duduk bersilang kaki di sofa ruang tamu. Pelik. Jarang nak panggil aku dengan suara yang lembut macam tu.

"Ada apa, papa?" aku atur langkah ke arah papa sebelum duduk berhadapan papa.

"Sya dah kenal hati budi Syafiq, kan?" dahi aku berkerut mendengar soalan papa.

"Jadi?"

"Suruh Syafiq masuk meminang cepat cepat. Tak payah bertunang, kahwin je terus." aku terkedu mendengar arahan tegas daripada papa. Apa dia ingat kahwin ni benda main main ke?

"Papa, Sya baru 20 tahun! Belajar tak habis lagi. Syafiq pun baru dapat jawatan dalam company. Takkan nak kahwin?"

"Apa masalahnya? Company dia dah cukup stabil. Sya berhenti kolej pun takpe. Syafiq mampu tanggung." kali ini aku tersentap mendengar kata kata papa. Berhenti kolej semata mata untuk kahwin?

"Apa sebenarnya rancangan papa?" agak lama aku mendiamkan diri sebelum mengutarakan soalan pada papa. Aku yakin, ada sesuatu yang dirahsiakan papa sehingga begitu terdesak mahu aku berkahwin dengan Syafiq.

"Company papa hampir bankrap, Sya! Kalau Sya dah kahwin dengan Syafiq, at least papa ada backup untuk mengelakkan muflis! Sya sanggup ke jatuh miskin?"

Oh, ini sebabnya papa beriya mahu aku berkahwin dengan Syafiq? Hampir muflis? Pasti kerana perbuatan papa yang kerap berhutang akibat berjudi!

"Papa ingat Sya boleh bahagia ke kalau ini niat papa? Papa lagi rela lepaskan Sya sebab nak selamatkan business?" jujur, air mata sudah bertakung apabila papa seperti langsung tidak mahu bertentang mata denganku.

Papa memang tak sayangkan Sya, ke?

"Okay, kalau itu yang papa nak, Sya akan ikut. You know what? Sebab papa macam ni, arwah mama tak pernah bahagia dengan papa." serentak dengan itu, aku terus bangun dari duduk untuk naik ke bilik. Aku perasan wajah papa berubah keruh.

~~~

Me :
Fiq...tolong I

Tidak lama aku perlu menunggu sebelum Syafiq membalas.

❤❤❤ :
What's wrong?

Me :
Papa suruh you masuk meminang

Seminit berlalu sebelum masuk panggilan telefon daripada Syafiq. Cepat cepat aku angkat namun suara tengkingan Syafiq yang menjengah telinga.

"You gila ke apa nak suruh I masuk meminang?"

"Papa yang desak I, Fiq! You ingat I nak ke kahwin muda?" hampir tidak kedengaran suaraku akibat menahan daripada terkeluar bunyi tangisan. Aku sempat mendengar Syafiq melepaskan keluhan kasar.

"I tak kisah you nak buat apa sekalipun, yang I tahu lepas ni you tak sebut lagi pasal kahwin. Yang penting bukan dalam masa yang terdekat ni."

Suaranya tidak dalam keadaan menengking tapi cukup untuk membuatkan air mataku mengalir lebih laju.

"Tak boleh ke kalau bertunang dulu?" mungkin papa tidak bersetuju tapi aku perlu tunjukkan sekurang kurangnya aku masih ada usaha memujuk Syafiq untuk menjadikan hubungan kami lebih serius.

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now