✘ Bab 26 ✘

2K 110 3
                                    

Satu kafe terdiam apabila terdengar bunyi gema tamparan aku pada wajah si hot stuff kampus itu. Wajah Fyraz terteleng akibat tamparan itu. Dia sepertinya tergamam sebelum memandang semula wajah aku. Bibirnya bergerak seperti ingin mengatakan sesuatu namun kata kata aku terlebih dahulu memotong bicaranya.

"You better watch your mouth!" Fyraz bertindak mahu mengesat air mata aku yang mengalir bisu itu namun cepat cepat aku tepis tangannya dan terus melangkah pergi.

Kata katanya memang benar tapi perkara itu bukan terjadi atas kemahuan aku!

Aku terus pulang ke rumah dan memonteng kelas yang sepatutnya aku hadiri petang itu. Tangisan aku hamburkan. Raungan aku bergema di segenap ruang. Terlalu sakit apabila mengingatkan malam yang menghancurkan hidup aku itu. Sakit apabila Fyraz yang aku anggap memahami itu sendiri menuduh aku melakukan perkara terkutuk itu.

Lebih sakit, kerana aku masih cintakan Fyraz...

~~~

Hampir satu jam aku berjalan tanpa hala tuju. Aku memutuskan untuk keluar dari rumah sewa itu. Sejujurnya, aku benar benar malu dengan Sofea dan Arin. Aku risau kalau kalau mereka masih mempunyai persepsi buruk tentang aku. Mereka walaupun selalu mengunjungi kelab kelab malam, sekurang kurangnya mereka masih punya mahkota seorang gadis yang sepatutnya dijaga. Tapi aku...apa lagi yang aku ada?

Sudah semestinya aku tidak akan pulang ke rumah papa. Sedangkan ketika aku masih sempurna pun papa tidak perlukan aku. Apatah lagi dengan keadaan aku begini. Sudah tentu papa tidak mahu mengakui aku sebagai anaknya kalau dia tahu soal malam itu.

Fyraz...

Aku memutuskan hubungan dengan Syafiq kerana mahu meluahkan rasa pada Fyraz. Kerana aku berjanji untuk menjadi penyenang buatnya. Tapi sekarang, tak mungkin berguna lagi. Masih ada kah lelaki yang sudi menerima gadis yang sudah rosak ditebuk tupai seperti aku?

Mama pasti kecewa dengan aku. Aku tidak mampu menjaga diri sebagaimana yang pernah dipesan pada aku sebelum mama pergi buat selamanya. Aku kecewa dengan diri aku!

Langkah aku longlai dan akhirnya aku jatuh. Dada yang terasa ketat aku pegang. Kalaulah aku boleh keluarkan semua kesakitan ini sekelip mata...

"Allahuakbar! Kenapa ni, nak?" aku tak sedar bila tubuh aku berada di dalam pelukan seorang wanita. Aku tersenyum dalam tangisan dan mata aku tertutup rapat. Semoga ada yang sudi terima kehadiran aku.

~~~

Sudah dua bulan aku duduk menumpang di rumah ini. Rumah seorang wanita yang aku gelar ibu. Sikit pun ibu tidak berniat menghalau aku malah mengalu alukan kehadiran aku di rumahnya. Untuk itu, aku benar benar bersyukur.

Beberapa hari selepas aku mula tinggal di sini, papa ada menelefon. Pasti sudah mengetahui soal aku yang sudah lama tidak menghadiri kelas. Arin dan Sofea turut meninggalkan mesej. Semuanya aku baca namun tiada pun yang aku balas dan akhirnya aku menukar nombor telefon baru. Entah mengapa, hati terasa kosong.

Pada awalnya, aku mengharapkan Fyraz yang memberi pesanan mesej atau menelefon tapi satu pun tiada. Mungkin, Arin atau Sofea ada memberitahu Fyraz apa yang terjadi hingga dia sendiri tidak mahu ada apa apa urusan dengan aku.

Kenapa aku perlu mengharapkan yang dia mahu mencari aku?

"Kak Hana, tengok Afeef ni!" aku yang sedang menonton televisyen di ruang tamu itu tersentak apabila ada sepasang tangan yang memeluk leher aku.

"Eleh, nak mengadu la tu!"

"Feeya gaduh apa pulak dengan Afeef harini?" aku menyoal pada Afeeya.

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now