Petang itu, seperti yang dikatakan Fyraz mempelawa untuk menghantar aku pulang ke rumah selepas dibenarkan pulang daripada hospital.
Tak, bukan pelawa. Lebih kepada paksaan kerana katanya dia mahu bawa aku ke suatu tempat.
Tentang kejadian yang memalukan di hospital tadi aku diamkan saja. Aku tahu Sofea dan Arin mahu bertanya bagaimana aku boleh lepas laku sampai begitu.
"Sya, kita dah sampai." lamunan aku terhenti apabila suara Fyraz menyapa.
Aku pandang sekeliling, ke mana pulak dia angkut aku ni?
"Jom turun." arahannya aku turutkan saja. Seatbelt aku buka sebelum keluar dari kereta.
Langkah Fyraz aku ikut. Makin pelik aku dibuatnya apabila kakinya melangkah masuk ke sebuah gym MMA. Baru beberapa langkah dari pintu, pekerja pekerja di situ menunduk hormat pada kami. Mungkin sekadar menyapa pelanggan yang datang.
Fyraz bawa aku naik ke tingkat atas. Terbeliak biji mata aku melihat ramai lelaki yang sedang workout di tingkat ini. Yang tengah berlari atas treadmill, yang tengah tarik rubber elastic, yang tengah angkat dumbbell, semuanya sado sado...
My eyes, feel blessed...
"Hei, hei mata tu elok sikit jangan nak usha lebih lebih!" tersentak aku dengan teguran Fyraz.
"Sukahati I la nak buat apa!" sambil itu aku menjelingnya tajam.
"Korek biji mata tu baru tau!" suaranya ditekan seperti sedang menahan rasa menyampah.
"Eh, bos! Tak cakap pun nak datang harini?" suara seorang lelaki menghentikan sesi jeling menjeling antara aku dengan Fyraz.
"Tempat aku, ikut suka aku la nak datang bila."
Suara Fyraz yang seperti hendak meletus kemarahan itu membuatkan lelaki tadi serta merta tunduk hormat pada Fyraz dan terus meminta maaf.
Aku semakin pelik. Lelaki itu panggil Fyraz dengan panggilan bos dan Fyraz menyebut tempat ini sebagai tempatnya. Apa gym ini kepunyaan Fyraz ke?
"Jal, dekat atas ramai orang ke?" Fyraz bertanya pada lelaki tadi.
"Tak ramai, bos! Petang lagi ni." ujarnya sambil melihat jam di tangannya.
"Kosongkan tingkat atas. Aku nak guna untuk dua jam. Jangan bagi sesiapa naik selagi aku ada dekat atas." mudah saja Fyraz memberi arahan sebelum diturut patuh oleh lelaki yang dipanggil Jal itu.
Tidak lama selepas itu, Fyraz membawa aku naik ke tingkat paling atas. Lagi terlopong aku melihat ruang yang sememangnya lebih luas daripada tingkat yang dipenuhi lelaki yang sedang workout tadi.
Di tingkat ini, ada tiga gelanggang kecil sepertinya gelanggang gusti. Ada juga beberapa sandbag yang besar dan punching bag yang selalu digunakan untuk latihan Muay Thai yang lebih kecil.
"Kenapa you bawak I datang sini?" aku menyoal Fyraz di sebelah.
Soalan aku dibiarkan tidak berjawab malah selamba mengarahkan sesuatu lagi pada Jal yang masih berdiri di belakang kami.
"Kau tolong ambilkan tshirt dengan tracksuit aku. Cari yang elok sikit untuk dia." arahnya pada Jal sambil ditunjukkan jarinya pada aku.
Fyraz suruh ambilkan bajunya untuk aku?
"Err...yang dalam tu nak ambil jugak ke, bos?" Jal bertanya pada Fyraz dalam keadaan berbisik tapi bicaranya masih dapat aku dengar dengan jelas.
Apa, yang dalam? Dia tengah cakap pasal pakaian dalam ke?! Ah, sudah! Tak pasal pasal meremang bulu roma aku.
YOU ARE READING
Hikayat Sang Pencinta ✔
RomanceKisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cuma satu watak yang hina, sebelum bertukar menjadi puteri dan akhirnya hidup bahagia bersama sang putera raja. Namun hikayat aku ini...tak mun...