✘ Bab 54 ✘

2.7K 127 1
                                    

Dekat dua minggu tak ada update apa nak jadilah cerita aku ni








~~~

"Good morning, sweetheart." aku terjaga dari lena apabila suara serak basah itu berbisik betul betul di tepi telinga.

Mata yang masih memberat aku paksa untuk dibuka dan ketika pandangan aku sudah jelas sepenuhnya, dapat aku lihat senyuman semanis gula yang ditayangkan pada bibirnya.

Tubuhnya mengiring menghadap ke arah aku sambil sebelah tangan menongkat kepala.

"Thank you so much. That was very special to me." ucapnya lalu membuahkan ciuman di dahi aku.

Namun, sebaik sahaja teringatkan hal semalam, spontan pipi aku berubah suhu. Cepat cepat aku tarik selimut yang mendedahkan separuh badan aku hingga ke kepala.

Terdengar tawa nakal Fyraz di sebelah.

Mana aku tak malu? Entah jam berapa aku terjaga dari tidur yang lena untuk menunaikan solat Subuh. Selepas solat, laju saja Fyraz mencempung tubuh aku ke katil dan langsung...

Err...

Faham faham ajelah.

"Dah, pergi mandi dulu. Kejap lagi kita pergi breakfast." ujarnya lalu menarik selimut ke bawah lalu mencuit pipiku lembut.

Perlahan lahan, aku bangkit dari katil. Namun belum sempat kaki mencecah ke lantai, pinggang aku ditarik menyebabkan aku terdorong jatuh di atas badan Fyraz.

"Where's my morning kiss?" ujarnya dengan nada manja lalu memuncungkan bibirnya.

Kali ini, giliran aku pula yang tertawa.

Sengaja, aku larikan jemari runcing aku di dada bidangnya yang terdedah itu. Aku dekatkan bibir di telinganya sebelum digigit lembut membuatkan tubuh Fyraz mengeras dek kerana menahan rasa.

Fyraz sudah memejamkan matanya, menanti tindakan seterusnya dari aku.

"Brush your teeth first then I'll kiss you as much as you want." perlahan aku berbisik sebelum melepaskan diri dari rangkulan Fyraz yang semakin melonggar itu lantas berlalu masuk ke kamar mandi meninggalkan Fyraz yang sudah mengeluh kecewa di atas katil.

Sekali sekala aku yang mengusik, tak apa kan?

~~~

Sebaik sahaja keluar dari kamar mandi, aku lihat kelibat Fyraz tiada di atas katil namun aku buat tak peduli. Mungkin Fyraz sedang duduk di beranda menikmati pemandangan pagi.

Aku berlalu ke arah beg baju baju aku yang entah bila masa Fyraz bawa dari chalet yang aku sewa ke sini. Sehelai blouse, palazzo dan pleated shawl aku ambil.

"Bodoh! Apa benda lagi dia tak puas hati dengan aku?!"

Tersentak aku mendengar suara tengkingan Fyraz.

Perlahan lahan, aku bawa langkah ke arah Fyraz yang masih leka dengan telefonnya hingga masih tak sedar kedudukan aku yang cuma di belakangnya di beranda. Telinga aku cuba buka luas untuk mendengar perbualannya degan lebih jelas.

"Tak dapat guna Arin, dia nak bini aku pulak? Mati hidup balik pun aku takkan biar!"

Suara amaran dari Fyraz berjaya membuatkan lutut aku menggeletar ketakutan.

Apa maksudnya?

"Nigel nak aku sangat kan? Okay, fine! Biar aku sendiri yang pergi sana tapi jangan tanya lah kenapa kalau dia mati dekat tangan aku!"

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now