✘ Bab 3 ✘

2.7K 149 7
                                    

"Sya...baru semalam kita cakap pasal Fyraz. Harini kau dah ada affair dengan dia." Arin bersuara sambil memandang aku dengan riak tak percaya selepas aku menceritakan perihal semalam.

"Bukan affair, tak guna! Ingat aku nak sangat langgar bahu dia?" aku menghempuk lengan Arin menggunakan pencilcase. Mulut dia, memang tiada insurans.

Kami bertiga senyap sebelum Sofea membuka bicara.

"Tapi, Sya...aku harap kau hati hati dengan dia." Sofea memberi nasihat.

Tak usah ditanya mengapa Sofea memberi nasihat begitu. Tak mungkin aku mahu berkawan dengan seorang samseng. Walaupun aku ini bukan juga dikategorikan dalam kalangan orang orang baik.

Silap silap bukan dadah atau senjata yang dijual di sempadan tapi aku! Tak mahu aku jadi mangsa pemerdangangan manusia.

"Aku bukan apa...tapi aku dengan kakak aku sendiri pernah nampak dia naik MV Agusta pergi kolej. Model F4 RR, kot! Agak agak, mana dia dapat duit beli motor mahal macam tu kalau bukan dari kerja haram dia."

"MV Agusta bukan antara superbike yang paling mahal dalam dunia ke?" Arin bertanya sambil tangannya sibuk mencari bagaimana rupa superbike itu dalam telefon pintarnya.

"Aku tak rasa dia selamat untuk dibuat kawan. Mana pergi member member semafia dia? Sibuk nak kawan dengan member aku apahal?"

Aku tergelak kecil melihat Sofea dengan mata terjegil seperti menahan marah. Faham dengan perangainya yang anti dengan lelaki. Tapi kadang kadang, datang juga ulat bulunya mahu melayan sekiranya kami melepak di kelab malam bersama.

"Iya lah Sofea sayang...aku pun tak terasa nak berkawan dengan samseng macam tu." aku memberikan jaminan sebelum kami sama sama ketawa.

~~~

Bunyi telefon pintarku yang berbunyi nyaring menghilangkan tumpuan satu kelas. Semua memandang ke arahku. Madam Yasmin yang sedang mengajar di depan juga sudah menjeling tajam.

"Hana Arisya, silent off your phone now. Please respect when I'm teaching." Madam Yasmin megeluarkan arahan. Dia memang cepat melenting kalau orang tak fokus dalam kelasnya.

"I'm sorry, madam."

Madam Yasmin menyambung semula percakapannya tadi. Perlahan-lahan tanganku mengeluarkan telefon daripada beg tangan. Mahu tukar ke mode silent dan melihat siapa yang call.

Malang sekali, belum sempat aku tukar ke mode silent sekali lagi telefonku berbunyi. Cepat-cepat aku decline panggilan dari unknown number itu. Madam Yasmin sudah menggeleng berkali-kali.

"Sekali lagi phone you berbunyi, I potong markah you untuk final exam."

Madam Yasmin memberi amaran. Laju aku mengangguk sebelum menyimpan telefon. Tak mahu aku cari pasal. Subjek Madam Yasmin sudah la susah nak score, lagi mahu potong markah untuk final exam?

~~~

Aku berjalan keluar dari kelas ditemani Arin dan Sofea. Hari ini Syafiq sudah berjanji untuk menjemputku pulang ke rumah.

Telefon pintar dari beg tangan aku keluarkan. Bulat mataku melihat missed call sebanyak 127 kali dari nombor sama yang menelefon sewaktu kelas Madam Yasmin.

Tidak lama kemudian, satu mesej masuk ternyata pengirimnya dari nombor yang sama.

013-711 ×××× :
Hai, Sya!

Me :
May I know who you are?

013-711 ×××× :
You tak ingat I, Sya?

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now