Terasa usapan lembut tangan kekar itu di pipi dan kucupan mesra di kedua dua belah pipi membuatkan aku semakin terbuai dalam lena.
Mengingatkan Fyraz yang pastinya sedang cuba mengejutkan aku berjaya buatkan aku tersenyum sendiri.
Aku suka apabila dimanjakan Fyraz seperti itu. Rasa dilindungi. Apatah lagi bila teringatkan mimpi ngeri di mana Fyraz meninggalkan aku berseorangan lalu membiarkan kereta yang dipandunya jatuh ke dalam gaung yang sering berlayar dalam tidur aku dua tiga hari ini ternyata mendatangkan rasa takut dalam diri.
Sengaja aku merengek manja dan merapatkan tubuh ke arah Fyraz yang sedang dalam posisi duduk di birai katil itu.
"Sayang..."
Belum sempat sebelah tangan aku ingin naik merangkul tubuhnya, aku tersedar sesuatu.
Bau haruman yang sedikit menusuk itu bukan haruman yang sering dipakai Fyraz.
Dan yang lebih penting...
Itu bukan suara Fyraz.
Mata aku terbuka luas!
Aku menggigil ketakutan lalu menjauhkan diri daripada lelaki yang semakin merapat ke arah aku itu.
Syafiq.
"Lena you tidur kan sayang? Sedap kena peluk dengan I semalaman?" sinis dia bertanya.
Tangannya dipanjangkan mengambil tudung aku yang tersangkut di kepala katil usang ini lalu diambil haruman di situ sambil memejamkan mata.
"Fiq...ma-macam mana ka-kau boleh ad-ada dekat sini? Fy-Fyraz mana?!" tersekat suara aku bertanya lalu menudingkan jari yang sudah terketar ke arah Syafiq.
Aku jauhkan diri namun Syafiq semakin merapat sehingga tiada ruang lagi untuk aku berundur.
Kepala cuba memutarkan memori tentang apa yang terjadi tapi yang aku dapat hanya kesakitan di kepala yang mencengkam dan jari aku tersentuh kesan luka yang menyakitkan di dahi sendiri.
"You tanya mana jantan tu? Tch, dah tiga hari you dekat sini, sayang. Tapi tu lah, nampak macam tak ada effort pun nak cari you."
Aku terpempan mendengar bicara Syafiq.
Sudah tiga hari aku di sini?
Jadi bermakna, apa yang Fyraz lakukan itu bukan mimpi.
Mengingatkan betapa teruknya kemalangan yang dicipta Fyraz tempoh hari, perasaan takut mula membelit. Perut yang kempis aku usap perlahan. Anak aku masih ada kan?
"Don't worry, sayang. Anak you dengan jantan tu hidup lagi. For this time being, I pun tak nak apa apa jadi dekat budak tu. Lubuk emas I, kot!" tersedar akan perlakuan aku sebentar tadi, Syafiq menjawab pertanyaan aku sebelum bersama tawa sinisnya tatkala melihat wajah aku yang jelas keliru, tidak mengerti maksud bicaranya.
Sebelah tangannya dibawa mengusap rambut aku namun cepat cepat aku tepis.
"Apa maksud kau?" aku menyoal kasar.
"Itulah yang you tak tau!" ujarnya dengan nada riang lalu menepuk tangannya beberapa kali sebelum bangun dari katil itu.
"Fyraz dah pindahkan about 30% harta dia atas nama you. 40% masih atas nama dia. And guess what, baby? Selebihnya, dia letak untuk anak korang yang belum tentu boleh hidup lama dekat dunia ni."
Syafiq berjalan mundar mandir sebelum kakinya dibawa rapat ke arah aku semula.
Tubuhnya ditundukkan separas telinga aku sebelum berbisik keras.
YOU ARE READING
Hikayat Sang Pencinta ✔
RomanceKisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cuma satu watak yang hina, sebelum bertukar menjadi puteri dan akhirnya hidup bahagia bersama sang putera raja. Namun hikayat aku ini...tak mun...