✘ Bab 34 ✘

2.1K 137 8
                                    

Dengan berbekalkan sedikit keberanian, aku melangkah masuk penuh yakin ke bangunan pejabat 14 tingkat itu. Aku cuba untuk tidak menghiraukan pandangan orang di sekeliling. Sejak minggu lepas lagi memang begini perhatian yang aku dapat.

Kalau minggu lepas, pekerja pekerja di pejabat ini kenal aku sebagai seoarang tea lady yang dikejar bos besar tapi hari ini sebagai setiausaha peribadi kepada Tengku Muhammad Fyraz Danial Ar-Rifqi.

Ya, jawatan itu terpaksa juga aku terima gara gara Fyraz yang tak sudah sudah mengugut. Mungkin juga, separuh lagi datangnya dari kerelaan aku sendiri. Ada benarnya juga kata kata Fyraz tempoh hari. Lagipula, tak mungkin aku mahu terus berhenti kerja dan menganggur semula.

"Amboi orang tu...dah jadi P.A tengku bukan main lawa sekarang!" aku hanya tersenyum pada Shahirah yang mengusik.

"Sebelum kak Safina berhenti kerja lagi dah ada orang offer nak jadi P.A dia tapi tengku tu senang senang je tolak tapi dekat Hana, dia sendiri offer jawatan tu. Hana dengan tengku betul betul bercinta ke?" kali ini aku tayangkan wajah bosan dengan soalan serkap jarang Shahirah. Mulalah tu nak jadikan bahan gosip.

"Mana ada..dulu Hana dengan Fyraz memang rapat tapi kitaorang kawan je."

Shahirah pandang aku dengan wajah tak percaya.

"Tak kisahlah bercinta ke tak. Yang penting, Adira tu menggelabah teruk bila dapat tau tengku offer untuk jadi P.A dia dekat Hana. Padan muka perempuan gedik tu! Sikit hari lagi, memang meroyan la jawabnya." kali ini kata kata Shahirah disertakan kutukan terhadap Adira.

Memang itu hakikatnya. memandangkan gosip dalam FDR Corporation ini tersebar lebih cepat berbanding koronavirus, hari yang sama Fyraz menawarkan posisi setiausaha peribadinya pada aku dan hari itu juga perkara tersebut diketahui para pekerja. Aku pun tak faham apa mereka ini berkerja atau hanya bergosip 24 jam?

Kata Shahirah, Anggun si kaki jilat Adira itu yang tukang bawa ribut gosip pada staf yang lain dan tentunya, Adira yang paling panas mendengar berita ini. Sampai hari ini, kalu berselisih dengan aku, jelingannya bagai nak tembus tapi tidak pula dia serang aku.

"Tak apalah Shirah, Hana masuk kerja dulu." aku meminta diri pada Shahirah apabila jam sudah menghampiri angka 9 dan Shahirah mengangguk mengiakan.

~~~

Hari pertama sebagai pembantu peribadi Fyraz, tidak ada lagi apa apa masalah pada aku memandangkan sebelum kak Safina berhenti ada beberapa perkara yang telah diajarkan tentang bagaimana mahu menyusun jadual harian Fyraz di pejabat walaupun aku masih sedikit kekok. Mujur Fyraz tak ada mengamuk pada aku apabila ada masa yang aku agak 'blur' dengan arahannya.

Untung juga kawan baik jadi bos besar.

"Sya, I nak pergi lunch. You nak ikut tak?" Fyraz muncul di pintu ruangan kerja aku dengan kata pelawaan.

"No need. Sekejap lagi I ingat nak beli nasi lemak kak Bib je." aku menolak ajakan Fyraz. Tak mahu aku cetus kontroversi lagi. Cukup la kejadian di kafe minggu lepas.

"Lepas lunch hour nanti you kena ikut I pergi tengok site. Make sure bagi kenyang. Alang alang tu, you tolong carikan file contract Alpha Resort dengan ring book I warna hitam dalam laci then letak atas meja I." Fyraz menitipkan pesan sebelum hilang dari pandangan.

Aku mengeliat bagi meregangkan semula otot sebelum melangkah ke arah ruang kerja Fyraz yang berhadapan dengan ruangan aku. Fail fail di dalam rak aku cari satu persatu untuk mendapatkan fail yang diminta Fyraz. Aku beralih pula ke meja Fyraz. Aku menunduk membuka laci mejanya. Tidak susah untuk mencari buku tersebut memandangkan kedudukannya terletak dalam laci paling atas.

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now