Agak lambat Fyraz menghantar aku malam itu. Sikit lagi menjengah tengah malam. Fyraz memarkir Audi R8 miliknya di seberang rumah aku. Fyraz keluar dahulu dari kereta sebelum membukakan pintu untuk aku.
"Esok you pergi kelas ke tak?"
"Kalau rajin I pergi." Fyraz hanya mengangguk.
Kami sama sama diam sebelum mata aku menangkap sosok tubuh seseorang-tak, dua orang! Mereka masuk ke dalam pagar rumahku dalam keadaan berpelukan. Si lelaki nampak mabuk manakala perempuan yang memakai pakaian yang cukup seksi itu memapah masuk lelaki di sebelahnya. Mereka kelihatan ketawa mesra sebelum lelaki itu bertindak mencium pipi si gadis membuatkan gadis itu terjerit suka.
Mata terasa hangat. Itu, papa aku...
Tiba tiba, tubuhku terasa ditarik ke dalam pelukan. Kepala aku dirapatkan agar bersandar pada dadanya. Haruman daripada tubuh Fyraz terasa masuk ke dalam rongga hidung.
"No, jangan tengok sana!" Fyraz menahan tubuh aku apabila aku cuba menolak dadanya.
"Raz, tak payah halang I! I dah nampak semuanya!" dalam pelukannya aku bersuara. Aku berusaha untuk jauh daripadanya.
Hidung aku terasa sesak dengan wangian tubuhnya. Jantung berdegup kencang apabila sebelah tangannya merangkul erat pinggang aku manakala tangannya yang sebelah lagi diletakkan pada belakang kepala aku.
"If that so, jangan tengok lagi. Just close your eyes. I don't want you to get hurt." pujukan lembutnya membuatkan kolam mata terasa panas. Dengan serta merta, tangisan aku berderai dalam pelukannya.
"Kenapa papa buat I macam ni..." aku bersuara lirih. Sakit. Terlalu sakit melihat adegan di hadapan mata sebentar tadi.
"Raz, bawak I jauh dari sini." dalam tangisan aku meminta pada Fyraz.
"But..."
"Just, take me away from here!" dalam tak sedar, aku menengking Fyraz.
Fyraz membuka pintu bahagian sebelah penumpang sebelum dia bergerak masuk ke dalam kereta.
Tangisan aku masih belum reda. Masih terbayang apa yang aku baru lihat tadi. Selama ini, bukan aku tak tahu perangai papa sebagai seorang kaki judi dan kaki botol itu. Tapi hari ini, aku betul betul tak sangka papa sampai berani bawa perempuan masuk rumah.
"Jerit kalau you nak." aku menggeleng.
"Jerit kalau you nak." suaranya ditekan sedikit tapi aku masih memilih untuk berdiam diri.
"Jerit sampai you puas!" desakannya kali ini membuatkan aku tak mampu bertahan.
Berkali kali aku menjerit nyaring dalam tangisan hingga aku berhenti apabila tekak terasa sakit.
"You nak tumbuk sandbag lagi?" Fyraz bertanya apabila tangisan aku mula reda sedikit demi sedikit.
"No need. Bawak I pergi tempat yang tenang sikit." Fyraz hanya mengangguk dan Audi R8 miliknya ini membelah kegelapan malam.
~~~
Aku tak tahu ke mana Fyraz bawa aku. Sepanjang perjalanan aku hanya memejamkan mata. Di hadapan aku sekarang ada sebuah tasik. Keadaan gelap malam tidak mampu menjejaskan pandangan aku. Kawasan sekitar ini nampak cantik dan bersih seperti begitu terjaga. Fyraz menarik tangan aku untuk duduk di atas rumput bersebelahan dengannya.
"If you want to cry, just cry on my shoulder." aku menggeleng tanda tidak mahu.
Fyraz dengan selamba menarik perlahan kepala aku agar bersandar pada bahunya. Serta merta aku menangis. Di dalam kereta tadi aku sudah berjanji untuk tidak menangis lagi. Tapi dengan hanya satu sentuhan lembutnya mampu membuatkan aku lemah sekali lagi.
YOU ARE READING
Hikayat Sang Pencinta ✔
RomanceKisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cuma satu watak yang hina, sebelum bertukar menjadi puteri dan akhirnya hidup bahagia bersama sang putera raja. Namun hikayat aku ini...tak mun...