Bangun pagi terasa indah apabila pandangan dihiasi dengan wajah kacak milik Fyraz. Dirinya yang sedang polos tidur bak bayi kecil itu aku renung lama. Rambutnya yang terjuntai menutupi dahi aku selak dan hidungnya aku cuit lembut sekadar mahu mengganggu lenanya.
Tapi malang, langsung tak terusik.
Jemari aku lorotkan pula pada parut panjang di belakang badannya. Langsung aku tidak takut melihat parut parut yang akan selamanya kekal di badannya itu.
Semalam baru aku tahu, Fyraz pernah cuba membuang tatu helang di belakang badannya sendiri membuatkan parut yang sememangnya sedia ada di badannya semakin bertambah.
Tidak jijik, tapi aku cukup kagum dengannya. Dia tahu membuang tatu itu bakal memudaratkan tubuhnya tapi dia tetap berusaha untuk membuang tatu itu walaupun tidak dapat dibuang sepenuhnya.
Kali ini aku mainkan jemari pada sepasang kening lebat miliknya, turun ke mata yang sentiasa melemaskan aku dengan renungan redupnya dan akhir sekali pada seculas bibir yang tak pernah gagal buat aku cair dengan kata manisnya.
Alahai, bagaimana ciptaan Tuhan yang satu ini bisa menjadi begitu sempurna?
Dan aku patut bersyukur, hati yang ikhlas itu Tuhan pinjamkan kepada aku.
"Trying to seduce me in my sleep, huh?"
Suara yang serak itu bersuara dengan mata yang masih tertutup.
Aku tertawa kecil.
Dia tergoda ke walau dengan sentuhan kecil ini?
"Bangun, abang...sekejap lagi nak masuk waktu Subuh." aku mengingatkan Fyraz namun tetap tak menjadi apabila lingkarannya di pinggang aku makin dirapatkan.
"Hmmm, five minutes more." Fyraz mula merengek.
Gedik. Manja. Mengada.
Tiga perkataan yang cukup sesuai aku labelkan dengan Fyraz selama melayan tingkahnya.
Erk. Itu tak dikira mengutuk kan?
Aku cuba bangun dari katil namun seinci pun aku tak mampu bergerak dek pelukan eratnya.
"Abang, bangun lah Sya nak pergi mandi ni." aku cuba mengejutkan Fyraz sekali lagi.
Belum sempat ingin menepuk bahu Fyraz, matanya sudah terbuka. Hujung bibir ditariknya menjadikan senyuman itu kelihatan nakal.
"Nak mandi? Okay, jom." Fyraz berura ura untuk menarik aku turun dari katil namun lebih pantas aku menahan.
"Apa ni? Tak ada, bagi Sya mandi dulu." aku membantah apabila tersedar dengan maksud renungannya.
Karang tak pasal pasal Subuh terbabas.
Fyraz tayang muka cemberut.
"Okay, Sya mandi dulu. Tapi jangan bawak selimut masuk dalam sekali." Fyraz menegaskan suara namun masih terselit niat nakalnya di situ.
Pipi aku berona merah.
Mati aku.
Aku pandang sekeliling, mencari pakaian yang boleh dipakai untuk menggantikan selimut untuk masuk ke bilik air.
Malang sekali, baju aku sudah tercampak jauh di lantai sana.
"Ka-kalau macam tu ab-abang pergi la mandi dulu." tergagap gagap aku dibuatnya semata mata tak mahu ikutkan arahannya.
"No. Abang nak tidur balik sementara Sya mandi."
"Okay, abang pergi la tidur sekarang."
"No."
YOU ARE READING
Hikayat Sang Pencinta ✔
RomanceKisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cuma satu watak yang hina, sebelum bertukar menjadi puteri dan akhirnya hidup bahagia bersama sang putera raja. Namun hikayat aku ini...tak mun...