Memandangkan kelas Madam Yasmin satu satunya kelas yang sepatutnya dijalankan pada hari ini dan kelas pula dibatalkan, maka hari ini aku memutuskan untuk berehat saja di rumah. Mahu ajak Syafiq dating, dia pula semakin sibuk dengan projek baru.
Soal kejadian di Zouk semalam, aku baru saja mahu meminta maaf kepada Sofea dan Arin kerana terpaksa pulang dengan Fyraz tetapi mereka yang meminta maaf terlebih dahulu kerana membiarkan aku duduk berseorangan hingga menarik perhatian Dato' Hans.
Urgh, tua keparat itu! Sakit hati aku memikirkan. Disuruhnya aku jadi anak ayam dia? Mati hidup balik pun aku tak mahu!
~~~
Bosan duduk di dalam bilik, aku turun ke dapur untuk bersarapan. Bahagia aku melihat nasi goreng kampung kegemaranku yang dimasak oleh Mak Eton.
"Semalam Sya bergaduh dengan Dato', ye?" niat mahu menyuap nasi goreng ke dalam mulut terhenti apabila mendengar soalan Mak Eton.
"Macam tak kenal papa tu. Ada je benda tak puas hati dengan Sya. Sya pergi club je semalam. Tiba tiba nak marah sebab balik lewat. Padahal papa pun dua kali lima dengan Sya." ceritaku pada Mak Eton sambil bibir tercebik. Soal papa semalam pun buatkan aku sakit hati.
"Tapi Sya, Dato' nampak pelik la harini."
"Pelik kenapa?"
"Sebelum pergi pejabat pagi tadi tiba tiba dia suruh Mak Eton ajak Sya sarapan sekali. Bila Mak Eton nak naik panggil Sya, tak jadi pulak dia kata." kecoh Mak Eton bercerita dengan dahi yang berkerut kerut dan tangan sibuk membancuh teh.
Dahi aku ikut berkerut mendengar cerita Mak Eton. Buang tabiat agaknya papa aku.
~~~
Selesai bersarapan, aku naik semula ke bilik. Ingat mahu siapkan assignment yang perlu dihantar minggu ini juga.
Sekali lagi niat terbantut apabila notification whatsapp berbunyi bertalu talu.
013-711 ×××× :
Good
morning
Hana Arisya 😘Fyraz. Memang dah takde orang lain yang nak kacau aku macam ni. Syafiq pun jarang nak wish good morning bagai.
Me :
You nak apa, Raz?013-711 ×××× :
You takde kelas eh harini? Lunch dengan I jom? I belanjaMe :
Kenapa nak kena lunch dengan you?013-711 ×××× :
Haaa sebab semalam I selamatkan you. So, untuk balas budi I, you tak boleh tolak permintaan I.Aku berfikir sejenak. Memang aku terhutang budi dengannya. Tapi setelah aku lihat sisi gelapnya semalam, agaknya aku masih perlu ke berkawan dengan mafia seperti Fyraz?
013-711 ×××× :
Oh before that
You tak save number I lagi kan?
Jangan tipu I boleh agak you tak save
Save sekarang kalau tak waktu you dalam kelas esok, lusa, tulat dan hari hari seterusnya I akan kacau you
YOU ARE READING
Hikayat Sang Pencinta ✔
RomanceKisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cuma satu watak yang hina, sebelum bertukar menjadi puteri dan akhirnya hidup bahagia bersama sang putera raja. Namun hikayat aku ini...tak mun...