Sudah aku jangka perkara ini yang akan berlaku. Minggu lalu, sebaik saja aku keluar dari bilik Fyraz, berebut rebut pekerja lain menghimpit aku untuk bertanya perkara sebenar. Aku terfikir untuk berterus terang namun sempat aku lihat kerlingan mata Fyraz dari tempat duduknya yang menjeling aku seolah olah memberi amaran bahawa dia akan menimbulkan kekecohan lebih besar menyebabkan aku terpaksa membatalkan niat sekaligus terpaksa menurut idea tak masuk akalnya ini.
Aku kerling jam yang dipakai pada pergelangan kanan. Sudah jam 6 petang. Satu jam sudah berlalu selepas tamat waktu pejabat. Semua kerja sudah siap dibereskan.
Elok juga kalau pulang ke rumah sekarang. Boleh bantu ibu Zarina menyiapkan makan malam istimewa memandangkan Afeef dan Afeeya akan pulang ke rumah malam ini. Kedua dua mereka sudah tamat final exam bagi semester enam. Tinggal lagi dua semester sebelum tamat pelajaran.
Aku mengeliat sekadar melegakan tubuh yang terasa lenguh dek terlalu lama duduk menghadap komputer. Mujur dah solat Asar, tak perlulah terlalu tergesa gesa.
Aku ambil masa mengelamun seketika sebelum fail fail yang bertimbun di atas meja aku susun. Aku lihat sekali lagi ke arah meja untuk memastikan tiada apa yang tertinggal sebelum melangkah keluar dari ruangan kerja.
Pintu kamar Fyraz yang tertutup rapat itu aku kerling seketika. Sudah pulangkah Fyraz? Nak pergi jenguk atau tidak?
Aku batalkan keinginan apabila tangan tiba tiba terasa gatal mahu memulas tombol pintu ruangan Fyraz.
Ah, pandai pandailah dia balik sendiri nanti.
~~~
Aku duduk merehatkan diri di dalam bilik selepas solat Isyak. Afeef dan Afeeya sampai di rumah jam 8 malam tadi. Berebut rebut pasangan kembar itu mahu masuk ke rumah dek kerana terbau masakan ibu Zarina dari luar.
Tengkuk yang terasa lenguh aku urut sambil sebelah tangan lagi menggagau ke dalam beg tangan, mencari telefon. Aku mula panik apabila telefon yang aku cari tidak ada. Sudah, mana pula perginya?
Aku mencapai beg tangan yang diletakkan di atas meja sisi katil dan sekali lagi aku mencari telefon dengan lebih teliti yang rasanya aku sudah letakkan di dalam beg sebelum pulang dari pejabat tadi.
Sah, memang tak ada!
Aku mengeluh berat. Kalau tertinggal di pejabat, masih ada harapan untuk jumpa semula. Tapi buatnya kalau tercicir? Sudahlah dalam telefon itu satu satunya yang ada aku simpan gambar Fayyadh...
Aku tahan rasa sebak yang dirasa. Aku tak sempat lama dengan Fayyadh, takkan kenangan bersama Fayyadh pun bakal terkubur sama?
Aku cuba menyedapkan hati. Amat amat berharap yang aku memang tertinggal telefon di pejabat. Harapnya telahan aku betul!
"Kak Hana, ada orang datang nak jumpa akak!" bunyi ketukan pintu dengan suara Afeef dari luar bilik menyedarkan aku dari lamunan.
Aku menyahut panggilan Afeef sebelum tudung sarung yang digantung di belakang pintu aku ambil kemudian disarungkan di kepala.
Siapa pulak yang tiba tiba datang malam malam ni?
Aku keluar dari rumah. Pandangan tertancap pada sebiji Ferrari Enzo berwarna silver yang diparkir betul betul di hadapan rumah ibu Zarina. Pandangan aku kalihkan pada tubuh yang sedang elok bersandar pada kereta mewah miliknya itu sambil mata tidak lepas memandang telefon pintar di tangan.
YOU ARE READING
Hikayat Sang Pencinta ✔
RomanceKisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cuma satu watak yang hina, sebelum bertukar menjadi puteri dan akhirnya hidup bahagia bersama sang putera raja. Namun hikayat aku ini...tak mun...