"Betul you nak masuk sorang? Taknak I teman?"
Aku hanya menggeleng sebelum memandang lama sebuah banglo mewah di hadapan. Mata aku pejam rapat sekadar mencari kekuatan.
"Apa apa nanti you call I. I'm ready to hear everything." Fyraz menitipkan pesan sebelum aku melangkah masuk ke dalam rumah.
Kalau perempuan tu ada lagi, memang aku letupkan muka dia sekali dengan papa!
Aku terus naik ke tingkat atas untuk mengambil baju baju yang perlu dibawa ke rumah sewa Sofea dan Arin. Awal awal pagi lagi aku sudah ceritakan masalah aku pada mereka dan memberitahu aku mahu tinggal bersama mereka untuk sementara waktu.
Selesai mengemaskan beberapa helai baju untuk dibawa, aku bergegas keluar dari bilik sebelum aku terpana melihat seorang perempuan keluar dari bilik papa. Langkahnya turut sama terhenti apabila terlihat aku di situ.
Wah, wah, wah...dasar jalang!
Aku tidak dapat menahan amarah lalu terus menarik rambut gadis itu kuat. Dia meronta ronta untuk dilepaskan sambil tangannya menepis tangan aku pada rambutnya.
"Lepaslah bodoh!" dia menjerit apabila tarikan aku pada rambutnya semakin agresif.
Sakit lagi hati aku tahu tak?!
"Hei, Sya buat apa ni hah?!" perbuatan aku terhenti apabila tanganku ditepis seseorang. Papa...
Tubuhku ditolak kasar oleh papa hingga membuatkan aku hampir terjatuh.
"Baby, you tengok apa anak you buat dekat I!" perempuan itu merengek sambil memeluk erat lengan papa. Sengaja bibirnya mencipta esakan penuh palsu bagai mahu meraih simpati.
Aku pandang perempuan itu dengan pandangan penuh jijik. Dia panggil papa aku baby? Wah, betul betul buat loya tekak!
"Sya buat apa dengan Tania?!" suara papa menengking aku semata mata untuk membela perempuan itu.
Aku boleh agak perkara ni akan berlaku.
"Sengaja. Nak bagi sedar sikit jangan nak menyundal dengan bapak orang!"
nafas papa turun naik, jelas menunjukkan kemarahan yang bakal meletus tak lama lagi."Baby, you ajar sikit anak you ni kurang ajar sangat mulut dia tu!"
Papa pandang Tania sekilas sebelum menjeling aku tajam.
"Kau berambus daripada rumah aku sekarang jugak!"
Aku tersentak dengan arahan keras papa. Tania menghadiahkan senyuman sinis pada aku seolah olah mudah saja dia berjaya menyingkirkan aku dari rumah sendiri.
"Tak payah halau. Sya tau macam mana nak keluar." selepas itu aku terus menyambung langkah yang tergendala. Tak betah mahu menghadap semua ini lagi.
"Kau dengan mak kau, sama je menyusahkan aku!" langkah aku terhenti sekali lagi. Nafas aku tarik dalam dalam, berusaha untuk tahan air mata yang sudah lama bertakung.
Jangan menangis, Sya...
Aku pusing perlahan lahan, menghadap dua manusia di depan. Pandangan sinis aku hadiahkan pada kedua duanya.
"Oh...if that so, papa dengan Tania ni pun tak ada beza jugak la kan?"
Sengaja aku ketawa mengejek dam menambah kerutan pada kedua dua mereka.
"Dua dua..." pandangan aku pada papa dan Tania silih berganti.
"Layak masuk neraka!"
"Kurang ajar! Aku dah lama sabar dengan kau!"
Papa terus meluru ke arah aku sebelum tamparannya hinggap pada pipi dan tubuhku. Aku jatuh terduduk di atas lantai namun sedikit pun aku tidak berganjak.
"Kau ingat kau baik sangat? Kau sedar sikit kau tengah bercakap dengan bapak kau!"
"Kau berambus, aku taknak tengok muka kau dalam rumah ni lagi!" sambil itu tangan papa masih tidak berhenti memukul tubuhku.
Aku terus terusan mendiamkan diri. Langsung tak terkesan dengan pukulan papa. Air mata seperti langsung tidak mampu mengalir. Kerana hati, lebih sakit buat masa ini.
"Uncle, sudah!!" tengkingan kuat itu bergema di segenap ruang.
Tubuhku terasa ditarik ke dalam pelukan seseorang sekaligus menghentikan pukulan daripada papa.
Tidak perlu aku lihat siapa. Haruman Hugo Boss yang agak kuat tapi masih menenangkan ini sudah cukup sebati dalam hidup aku selama beberapa bulan kebelakangan ini sehingga aku boleh cam siapa pemakainya.
Fyraz...
"Kau nak bela anak derhaka ni?" sinis suara papa menyoalnya.
"Uncle takkan tak tau, dia jadi derhaka sebab bapak dia jugak yang tak ajar. Siap mabuk bawak balik perempuan masuk rumah lagi." tenang saja dia membidas dalam keadaan aku yang masih dalam pelukan hangatnya sebelum dia turut menjeling Tania yang setakat menjadi penonton tanpa perlu bayaran dari tadi.
"Aku tak tau la pulak kalau kau yang ajar anak aku jadi derhaka macam ni!" papa masih tidak mahu berdiam diri lalu terus meletakkan kesalahan pada bahu Fyraz.
Fyraz mengetap kuat rahangnya dengan penumbuk yang turut dikepal. Aku tahu dia mahu melakukan sesuatu namun cepat cepat aku tahan lengannya. Tak mahu dia menimbulkan kekecohan lain.
"Uncle, sumpah saya taknak berkasar dengan uncle sekarang. Tapi sekali lagi uncle berani naik tangan dekat anak uncle sendiri, sama ada saya heret uncle masuk lokap ataupun saya sendiri boleh ajar uncle cukup cukup!" Fyraz menyatakan amaran yang cukup tegas sebelum dia membantu aku untuk bangun. Beg tarik yang berisi pakaianku juga dia ambil sebelum kami bersedia untuk melangkah pergi.
"Kalau uncle tak reti nak bagi kasih sayang untuk Sya..." Fyraz berjeda sebelum merenung aku lama.
"Tak apa, saya boleh bagi!"
Bukan hanya papa dan Tania tapi aku juga turut tergamam dengan ayat yang ditutur tenang oleh Fyraz.
~~~
Sepanjang 30 minit perjalanan, aku senyap tanpa bicara. Fyraz hanya mengerti dan membiarkan aku melayan perasaan.
Tidak lama aku perlu menunggu di luar rumah sewa milik Sofea dan Arin. Fyraz masih setia berdiri di sebelah. Arin dan Sofea sama sama menjemput aku di luar sebelum mereka menarik aku ke dalam pelukan.
"Sya, kau tau kan kau masih ada kitaorang untuk share masalah?" kata kata Sofea dengan nada yang seperti jelas risaukan aku itu spontan mengakibatkan air mata aku jatuh lebat. Arin pula bertindak menggosok perlahan belakang tubuhku seakan memujuk.
Aku tidak mahu kehilangan sahabat sebaik mereka di kala papa sendiri memilih untuk mengusir aku jauh dari hidupnya.
~~~
"Call I nanti. Jangan lupa pulak. Petang ni kalau tak larat masuk kelas, ponteng je. Kalau pening ke apa, cepat cepat bagitau I. Nanti I carikan panadol." berjela jela pesanan yang dititipkan Fyraz ketika dia meminta diri untuk bergerak ke kampus.
Gayanya, tak ubah seperti seorang teman lelaki yang begitu risaukan pasangannya...
Haip, Sya! Dia risaukan kau sebagai seorang kawan dan tak lebih daripada itu!
"Take care. Jangan buat I risau, okay?" kata kata itu Fyraz ucapkan sebelum menggosok kepala aku lembut. Fyraz terus melangkah ke arah keretanya. Sempat dia melambai pada aku sebelum kereta miliknya hilang dari pandangan.
"Kalau uncle tak reti nak bagi kasih sayang untuk Sya...tak apa, saya boleh bagi!"
Mata aku pejam rapat lalu terus mengusir suara itu dari kotak fikiran. Ayat yang ditutur selamba oleh Fyraz buatkan aku teringat ingat.
Apa Fyraz, benar benar serius dengan apa yang dikatakannya?
YOU ARE READING
Hikayat Sang Pencinta ✔
RomanceKisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cuma satu watak yang hina, sebelum bertukar menjadi puteri dan akhirnya hidup bahagia bersama sang putera raja. Namun hikayat aku ini...tak mun...