2 minit. Tak! Sudah 2 jam aku tunggu balasan mesej daripada Fyraz setelah aku bertanya sama ada dia ada nampak diari aku atau tidak. Dia boleh bluetick je mesej aku? Kurang asam!
Mungkin dia berfikir, aku sengaja mahu mencari topik perbualan dengannya. Ah, takde masa!
Sekali lagi aku membuang masa menunggu balasan mesejnya. Dan akhirnya, ada tangan rupanya mamat tu nak jawab mesej aku.
FYRAZ POYO 😒:
TakSedikit hampa dengan jawapannya. Tapi sekurang kurangnya aku tahu bukan pada dia. Di mana lagi aku mahu cari diari itu?
~~~
Another thing to promise;
I will stay by your side no matter what-D...E-
Hari ini, hari ketiga berturut-turut aku menerima sebekas coklat dan sehelai sticky note di bawah meja.
Tanpa sedar, bibir mengukir senyum.
Arin dan Sofea sudah bersinar mata melihat Beryls White Chocolate yang ditinggalkan. Tak lama lagi, memang habis dekat mulut diaorang. Tapi aku tak kisah sangat, apa yang aku tunggu, hanya sticky note yang ditulis janji janjinya pada aku.
"Kesian Syafiq. Diam diam dah ada pengganti." kata kata Sofea membuatkan renungan aku pada sticky note itu terhenti.
"Mana ada pengganti. Dia just nak kawan dengan aku aje kan? Terima je la."
"Tapi kau pun tak tahu siapa yang bagi. Fyraz yang approach depan depan kau tak nak pulak. Benda lame macam ni jugak yang kau suka." Arin juga menyatakan pendapatnya.
Aku hanya terdiam. Cara aku menunggu sticky note itu, seperti sedang mengganti posisi Syafiq ke?
~~~
Petang itu kami melepak di library untuk mencari rujukan bagi menyiapkan assignment. Setelah mengambil tempat, tiba tiba mata sempat menangkap figura seseorang berjalan di tepi aku. Fyraz dengan rakan rakannya.
Ingatkan spesies bad boy tak lepak library!
Tapi, masuk library pun dengan mulut yang bising. Pelajar-pelajar lain hanya mampu memandang saja tanpa berani untuk menegur. Geng hot stuff kampus, kan?
Aku hanya meneruskan kerja tanpa mempedulikan mereka. Tidak lama kemudian, Arin dan Sofea mula mengambil tempat. Pada mulanya, Sofea melabuhkan punggung di hadapan aku tapi tiba tiba saja dia bangun semula dan duduk di hadapan Arin. Entah apa masaahnya, aku tak mahu ambil tahu.
"Sweetnya kau dengan dia, Sya!" aku pandang Arin pelik. Sweet tang mana? Dengan siapa?
Arin dan Sofea tersengih nakal. Arin menjuihkan bibirnya ke depan, menunjuk pada satu arah di depanku.
Apa yang buat aku terkejut, Fyraz duduk di meja hadapan kami, betul betul bertentangan dengan tempat duduk aku sekarang. Rakan rakan Fyraz pun mengosongkan tempat di hadapannya, membuatkan aku yang terpaksa bertentangan dengan Fyraz.
Tak guna! Dah kenapa pulak pipi aku rasa panas?
Cepat cepat aku tunduk semula dan menyambung semula kerja yang perlu aku siapkan.
"Alah, Sya...malu malu kucing pulak kau ni!" Arin mengusik sambil mencuit cuit pinggangku. Spontan aku terjerit kegelian. Orang orang di sekeliling sudah menjeling tajam. Menyampah apabila tumpuan untuk belajar diganggu sekali lagi.
Termasuklah, orang meja depan ikut memandang ke arah aku yang mencapub sekejap tadi.
Aku pukul lengan Arin sementara Sofea menekup mulutnya untuk mengelakkan bunyi ketawanya kedengaran.
YOU ARE READING
Hikayat Sang Pencinta ✔
RomanceKisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cuma satu watak yang hina, sebelum bertukar menjadi puteri dan akhirnya hidup bahagia bersama sang putera raja. Namun hikayat aku ini...tak mun...