✘ Special I ✘

3.4K 133 8
                                    

2 tahun kemudian


















"Jangan picit sabun, nanti licin!"

"Main buih!!"

"Hud, baba kata apa tadi?"

"Nanakk!!"

"Okay, dah siap mandi dah anak baba ni!"

Arisya yang masih lena di atas katil itu terpisat pisat membuka mata apabila terdengar suara suara yang begitu riuh dari dalam kamar mandi. Perlahan lahan, Arisya bangun dari pembaringan lalu menukar posisi kepada duduk agar lebih selesa.

Matanya yang masih pedih digosok lalu jam loceng di meja sisi katil dikerling seketika. Sudah jam 5 petang. Awal pula Fyraz pulang hari ini.

"Sabar, sayang...balut dulu, nanti cekci lah!"

"Nanakk!"

Seketika, Arisya tertawa lepas apabila terdengar perbualan dua beranak itu.

"Sayang!"

Sejurus selepas itu, pintu kamar mandi terbuka. Hud terkedek kedek berlari keluar tanpa dibaluti apa apa.

Riang sungguh si anak kecil itu.

Fyraz turut melangkah keluar dari kamar mandi dengan tuala yang dibalut separas pinggang. Rambutnya masih basah dan titisan air mengalir hingga ke rahang dan dagu.

"Mi, Hud mandi wangi dengan baba!" teruja Hud bercerita dengan pelatnya kepada Arisya.

Sejujurnya kalau dilihat, perkembangan Hud lebih cepat berbanding kanak kanak lain. Pada umurnya baru menjejak setahun, Hud sudah boleh menyebut suku kata pendek mahupun panjang. Tingkahnya, Hud suka melihat perlakuan dan percakapan orang di sekelilingnya lalu mudah saja ditiru. Untuk itu, Arisya dan Fyraz risau juga kalau kalau ada pengaruh tak baik yang ditiru oleh Hud.

Dan sekarang, Hud sudah berumur dua tahun. Surah Al Fatihah dan doa doa ringkas pun sudah boleh dihafalnya tanpa gagap walaupun masih pelat.

Kadang kadang bersembang, mengalahkan orang tua.

"Hud pergi ambil pampers, ambil baju. Nanti ummi pakaikan." Arisya memberi arahan sambil menggosok kepala Hud.

Hud yang cepat mengerti, terus saja berlari ke arah almari yang menempatkan baju bajunya.

"Sayang..." Arisya menoleh ketika pemilik suara itu memanggil.

Fyraz tayang senyum sambil menghulurkan sehelai lagi tualanya kepada Arisya.

"Baba pun nak ummi siapkan..." bicaranya sengaja ditutur manja sebelum berlutut di hadapan Arisya yang masih duduk di atas katil.

Arisya tertawa namun diambil juga tuala yang berada di tangan Fyraz sebelum bertindak mengelap rambut suaminya itu. Cukup tertib perbuatannya membuatkan Fyraz tersenyum senang.

"Baba tepi. Mi agi Hud pakai baju!" suara Hud mematikan perlakuan Arisya.

Mata Hud terjegil ke arah Fyraz. Marah la tu kononnya.

"Sibuk je. Pakai la sendiri! Siapa suruh tak nak dengar cakap baba tadi?" Fyraz yang tak mahu mengalah, terus saja membidas kata kata Hud.

"Papa tadi lambat. Hud keluar la tak balut." Hud masih becok bercerita dengan ekspresi wajahnya sekali.

"Yelah, papa kena pakai tuala dulu. Kalau papa tak pakai tuala, nanti ummi tergoda lepastu-aduh, sakit sayang!!" bicara 'kotor' Fyraz terhenti akibat Arisya yang menarik telinganya ingin memberi pengajaran.

"Apa cakap macam tu dengan anak?" Arisya melepaskan telinga Fyraz. Fyraz tertunduk sambil menggosok gosok telinganya yang mula memerah.

Arisya sejak ada anak seorang ni, cubitannya berbisa tak boleh lawan!

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now