Hari kedua, matahari seolah tak mampu bersinar apabila pagi ini aku terlewat satu jam untuk ke pejabat. Memandangkan bendera merah sedang cantik berkibar, memang aku tidur tak ingat dunia. Ibu Zarina pun terlupa yang sejak semalam aku sudah bekerja.
Orang lain mula bekerja jam 9, aku baru terkedek kedek masuk pejabat pukul 10. Sudahlah terpaksa hadap kesesakan jalan. Kalau tidak boleh je aku sampai sedikit awal. Ah! Apa apa pun, masak aku harini! Baru hari kedua bekerja dah buat hal.
"Melampau betul kan pekerja baru sekarang? Baru dua hari kerja dah berani datang lambat!"
Langkah yang aku bawa untuk ke pantri terus terhenti apabila terdengar perlian daripada Adira apabila aku berselisih dengannya. Wajahnya aku pandang sekilas. Senyuman manis tak berapa lebar seperti baru lepas cucuk botox aku tayangkan padanya sebelum terus berlalu pergi. Sempat aku dengar Adira mendengus. Malas aku nak layan. Lebih baik aku buat kerja aku sendiri.
~~~
"Cik Hana, paket horlick ada dekat mana?"
"La, Encik Zariff nak air ke? Tak apalah biar saya yang buat. Nanti saya hantar dekat meja encik." aku menawarkan pertolongan apabila dia seolah buntu mencari paket horlick yang dimahukannya. Kalau tak silap aku, Encik Zariff ni CFO dekat syarikat ni.
"Tak apa saya tunggu dekat sini je. Susahkan awak pulak nak kena hantar dekat tempat saya." ujarnya sambil melabuhkan duduk di sebuah kerusi yang disediakan di pantri ini.
"Nah, ni air encik." aku meletakkan mug di atas meja.
"Duduk la sini dulu. Saya nak sembang dengan awak sekejap." langkah aku yang mahu keluar daripada pantri terus terhenti apabila Encik Zariff menahan dengan memegang lengan aku. Tindakan refleks, cepat cepat aku tarik lengan aku daripada pegangannya.
"Tak perlu rasanya. Saya pun ada kerja nak kena buat ni." aku menolak pelawaannya.
Tanpa sempat Encik Zariff memberikan respon, kami berdua dijerkah dengan satu suara tengkingan.
"Patutlah I cari you dekat bilik you tak ada. Sembang dengan perempuan ni rupanya!"
Aku ketap bibir. Masalah apa pulak ni...
"Apa masalah you? I cuma nak sembang je bukannya buat apa apa pun!" Encik Zariff membidas kata kata Rafiqa yang datang bersama Adira.
Eloklah, memang dua orang manusia ni yang pandang aku tak puas hati dari semalam.
"Taste you memang perempuan buat air ke? Dah lupa you tunang I?" aku tahan diri daripada menjulingkan mata. Ingat aku ni nak rampas tunang dia? Alahai, ceteknya pemikiran...
"I bukan lupa, I dah cakap yang I nak sembang je kan?" Encik Zariff sudah mengeluh berat. Kasihan pula aku tengok dia ni. Ada tunang yang kuat cemburu memang macam ni eh?
"Cik Hana Arisya, I nak mintak you kemaskan bilik I boleh? Tiba tiba rasa semak pulak tengok fail banyak banyak dalam bilik tu." Adira bersuara mengeluarkan arahan dengan wajah yang ikhlas tapi terlalu ketara plastiknya
Tidak mahu mencari gaduh, aku hanya ikut langkahnya. Adira membuka pintu biliknya dan mempelawa aku untuk masuk. Ya, dia tak tipu bila dia kata yang dia terasa semak dengan fail dalam biliknya.
"Okay, you boleh kemas sekarang." ujarnya sambil menunjukkan timbunan fail yang bertaburan di atas lantai. Banyak juga kertas kertas yang seperti sengaja disepahkan.
Aku tahan sabar. Pasti Adira sengaja menyepahkan biliknya sendiri semata mata mahu membuli aku. Entah apa benda yang membuatkan dia benar benar tak puas hati dengan aku. Nafas aku tarik dalam dalam sebelum mula mengemaskan timbunan fail. Adira hanya duduk bersilang kaki di kerusinya sambil memerhatikan aku. Memang dia digaji untuk tak buat kerja ke apa?
YOU ARE READING
Hikayat Sang Pencinta ✔
RomanceKisah ini, hanya sebuah hikayat yang tak seindah dongeng Cinderella. Di mana Cinderella yang pada mulanya cuma satu watak yang hina, sebelum bertukar menjadi puteri dan akhirnya hidup bahagia bersama sang putera raja. Namun hikayat aku ini...tak mun...