✘ Bab 22 ✘

1.8K 114 2
                                    

BANGG!

"Argh, sial!"

Aku semakin takut apabila terdengar carutan dari mulut Fyraz. Perlahan lahan aku angkat muka dan aku perasan lengan kiri Fyraz yang dibaluti kot putih serta merta bertukar merah.

Fyraz...kena tembak?!

"Raz, you okay tak?!" teragak agak aku bertanya pada Fyraz namun Fyraz tak ambil endah dengan soalanku.

Fyraz terus melepaskan lima das tembakan. Tiga daripadanya tepat mengena pada ketiga tiga lelaki yang cuba menyerang kami hingga akhirnya membuatkan mereka jatuh rebah.

Tanpa menunggu lama, Fyraz menarik tangan aku untuk menuju ke kereta. Fyraz yang baru ingin membuka pintu kereta itu terhenti sebelum dia memandang aku lama.

"You boleh drive, kan?"

Aku terkedu dengan soalannya. Memang la aku boleh drive tapi untuk apa dia tanya?

"Boleh, ta..tapi..." tak sempat aku mahu meneruskan kata, Fyraz terus membaling kunci keretanya pada aku.

"Untuk apa ni?" aku bertanya kehairanan.

"Kali ni tolong drive."

"Haa? Memang la I boleh drive tapi..."

"Please, Sya! I trust you, okay?" melihat wajah Fyraz yang seperti benar benar terdesak itu buatkan aku tak sampai hati.

Aku terus bertukar tempat dengan Fyraz sebelum menghidupkan enjin perlahan lahan. Terketar ketar tangan aku ketika memasukkan kunci.

Relaks, Sya...jangan gelabah!

"Tunggu kejap!" aku yang mahu menurunkan handbrake itu terhenti apabila terdengar arahan Fyraz.

"You gerak ikut map. Jangan pandai pandai nak drive pergi tempat lain." sambil itu Fyraz meletakkan telefonnya pada stand holder sebelum membuka aplikasi Waze.

"Pakai ni. I taknak diaorang cam muka you." Fyraz menghulurkan satu kain bandana berwarna hitam pada aku. Laju laju aku angguk tanda mengerti sebelum mengikat bandana itu menutupi separuh wajah.

"Dah, gerak cepat." aku akur dengan arahan Fyraz sebelum minyak aku tekan untuk pergi dari tempat itu.

Hampir sepuluh minit perjalanan, nafas aku mula terasa sesak. Tak biasa memakai penutup muka. Sebelah tangan aku menarik sedikit kain bandana itu ke bawah, sekadar cukup untuk hidung aku bernafas. Aku pelik dengan Fyraz, kenapa dia suruh aku tutup muka? Bukannya ada orang yang tengah ikut kami pun sekarang.

"Dengar cakap I, jangan bukak kain tu." bahu aku terhinggut mendengar arahan tegas Fyraz. Cepat cepat aku naikkan balik kain bandana yang aku pakai.

Tidak lama kemudian, aku baru perasan ada dua buah kereta yang mengekor rapat belakang kereta yang kami naiki. Bukan apa, jalan ini agak sunyi dan sejak kami beredar daripada hotel tadi, memang dua kereta ini saja yang banyak kali aku nampak.

Aku jeling Fyraz dengan ekor mata. Matanya daripada tadi asyik melihat ke arah cermin sisi kereta seolah olah memerhatikan sesuatu di belakang.

Aku mula risau. Memikirkan sesuatu yang tak enak mungkin akan terjadi. Patut ke aku gelabah sekarang?

Tekaan aku nampaknya betul apabila tak lama kemudian, aku dengar lagi bunyi tembakan. Aku menjerit takut. Hampir hampir saja aku terlepas stereng kereta daripada genggaman.

Fyraz mendengus lalu menepuk dashboard kuat. Aku lihat Fyraz seketika. Nampak jelas dadanya berombak kuat. Halkumnya juga dari tadi turun naik seperti menahan marah.

Hikayat Sang Pencinta ✔Where stories live. Discover now