19

1.6K 71 24
                                    

Christina P.O.V

Aku dan Shane dah sampai ke majlis ni sejak satu jam yang lepas. Tetapi batang hidung Alex masih aku tak nampak. Walhal geng-geng dia yang lain dah lama sampai bersama pasangan mereka masing-masing.

Majlis Tari Menari ini memang sering diadakan setahun sekali oleh Fakulti Muzik. Majlis yang diadakan di Dewan Besar Fakulti  sahaja, dan diuruskan sepenuhnya oleh pelajar-pelajar junior sebagai salah satu markah lulus mereka.

Sudah pasti lah Shane and the gang pernah melalui nya. Mereka juga pernah bergelar junior.

Mata aku masih meliar memandang dicelah-celah orang ramai yang menari di tengah dewan. Sesekali aku memandang kearah pintu masuk.

"Sayang kejap, saya nak jumpa Coach." Suara Shane yang hampir ditelinga menyentak aku. Dia menunjuk ke satu arah, seorang lelaki dalam lingkungan umur 40-an sedang berdiri.

Aku pantas mengangguk, membenarkan.

Shane berjalan kearah lelaki yang dipanggil Coach bersama rakan-rakan nya yang lain. Tinggal lah aku terpinga-pinga disini. Tak tahu nak buat apa.

Mampu tengok orang menari jelah. Nak menari takde pasangan. Rentak lagu yang agak happening, membuatkan orang ramai menari dengan pelbagai gaya.

Tarian bebas.

"Fokus nampak. Teringin nak menari ke?" Suara Alex disisi mengejutkan aku. Pantas aku menoleh memandang dia yang berdiri disebelah kiri aku.

Alex segak mengenakan suit lengkap berwarna biru terang, berkemeja putih sebagai lapis dalam.
Dikenakan pula dengan kasut kulit berwarna hitam. Rambutnya yang sedia pendek disikat rapi. Nampak kemas.

Jantung aku serta merta berdegup laju. Terpana,terpaku,terkesima.

"Hai, lama pandang saya. Rindu ke?" Alex berseloroh. Dia tersenyum memandang aku. Aku makin terkesima.

Dia...dia nampak handsome dan gentleman.

"Shane mana?" Soal Alex, kepala ditoleh ke kiri dan ke kanan seperti mencari.

"Err...dia jumpa Coach. Awak tak join dia ke?" Tanya aku pelik.

"Saya bukan pemain kolej. Saya main sebagai hobi je." Terang Alex.

"Owhhh..." Aku terlupa sebenarnya. Almaklumlah orang terkesima. Otak tak berapa pantas berfikir.

Tiba-tiba sahaja lagu yang memenuhi ruang dewan berubah menjadi lagu romantik. Orang ramai mula menari secara berpasangan.

Berdiri rapat. Berpelukan. Menari mengikut rentak melodi yang perlahan dan membuai.

Aku mampu berdiri sahaja disini. Di sisi Alex.

"Ehem." Suara Alex berdehem memecahkan kesunyian antara kami

"Dance? With me?" Alex menghulur tangan sambil tersenyum manis. Aku memandang dia tidak percaya. Tiba-tiba sahaja dia mengenyitkan mata.

Merona merah pipi aku,malu.

Aku bagai dipukau. Perlahan-lahan menyambut huluran tangan Alex. Dia membawa aku ke tengah dewan. Dimana orang ramai menari dibawah sorotan lampu yang berwarna warni.

Kami berhenti, dan saling berhadapan. Dia masih tersenyum manis.

Perlahan-lahan genggaman tangannya dilepaskan lalu diletakkan pada pinggang aku. Tubuh aku ditarik lebih hampir kearah nya.

Serta merta bauan minyak wangi Alex semerbak harum dapat aku hidu. Terlalu wangi. Bau maskulin.

Sebelah tangan Alex menyentuh,lalu menggenggam tangan aku. Secara sendirinya aku mengangkat sebelah tangan aku lalu diletakkan pada bahagian bahunya.

 Secara sendirinya aku mengangkat sebelah tangan aku lalu diletakkan pada bahagian bahunya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kami semakin rapat. Perlahan-lahan lenggok badan kami mengikuti melodi lagu yang romantik.

Kami saling bertatapan.
Sayu sahaja pandangan mata Alex kearah aku.

Kami tenggelam didalam dunia kami sendiri. Tiada yang lain, selain kami berdua sahaja.

******
Shane P.O.V

"Baik, Thank you Coach." Aku, Ikmal, Chris dan Zane berjalan beriringan, hendak masuk semula ke dalam dewan selepas bertemu dengan Coach Micheal.

"Weh, nampak sweet lah diorang dua tu." Suara-suara bising berdekatan tempat aku lalu menarik untuk aku memasang telinga.

"Romantic gila cari dia pandang perempuan tu. Ish, aku tak boleh lah." Suara lain pula kedengaran berbisik-bisik

"Mesti diorang ni sweet couple kan?"
Aku pelik. Siapa yang diorang ni cakapkan. Aku semakin menghampiri pintu masuk dewan.

"Bukan Christina tu awek Shane ke? Kenapa dia nampak rapat sangat dengan Alex?" Suara sumbang terakhir yang aku dengar itu membuatkan langkah aku makin laju.

Aku masuk ke dalam dewan, dan terus sahaja mata aku menangkap pasangan yang menjadi bualan ramai  tadi berada ditengah-tengah dewan. Sedang menari mengikut alunan lagu romantik yang dipasang.

Aku mengepal penumbuk. Rahang aku bergerak-gerak menahan amarah. Tangan aku menggigil menahan kecewa.

Perlahan aku menapak ke tengah dewan. Zane,Chris dan Ikmal tampak terpinga-pinga.

******
Christina P.O.V

Aku betul-betul terbuai. Aku hanyut dalam pandangan mata Alex.

Aku dapat rasa...umpama Alex yang lama. Alex yang mencintai aku.

Pandangan mata dia dipenuhi rasa rindu dan cinta.

Aku hanyut.

"Ehem."  Suara deheman seseorang menyedarkan aku dari dibuai keindahan. Begitu juga Alex, dia nampak seperti baru tersedar.

Serta merta kami berdua menoleh ke sisi.

Shane berdiri, memandang kami berdua. Agak tajam pandangan matanya.

"May I?" Shane menghulurkan tangan, seperti meminta sesuatu.

Terus sahaja Alex melepaskan genggaman tangannya pada tangan serta pinggang aku. Dia menjarakkan diri.

Alex tersenyum, lalu mengarahkan tangan seperti menjemput.

Shane menghampiri, menggantikan
tempat Alex sebentar tadi. Terus sahaja Shane menggenggam tangan dan memegang sisi pinggang aku

Aku agak terpinga-pinga.

Aku memandang Alex yang semakin menjauh.

Lama kelamaan dia menapak keluar meninggalkan dewan besar ini.

Alex,

Kau Seorang yang sangat Misteri,

Kadangkala pendiam, kadangkala ceria.

Ada masanya umpama orang yang tiada perasaan.

Dan ada masanya, seperti dia manusia paling romantik didunia ini.

Sikapnya yang sungguh tidak boleh diramal.

Tapi kenapa?

#vote #komen

Never and Always (GxG) Where stories live. Discover now